Cara Hilangkan "Stretch Mark" Pada Kulit

Saya kurang pasti istilah "stretch mark" dalam BM. Rekahan kulit, kulit pecah, garis hitam atau kerepot? Tak kiralah apa yang anda selalu sebut. "Stretch mark" ni terjadi kerana regangan berlakunya regangan kulit. Biasanya dialami oleh para ibu yang kerap bersalin dan ahli bina badan. Begitu juga mereka yang mengalamai pertambahan atau pengurangan berat badan.

Biasanya anda boleh nampak ia pada sekitar bahagian perut, dada, lengan, belakang badan, paha dan kawasan sekitarnya.

cara hilangkan stretch mark
Sumber - http://en.wikipedia.org

Ada sesetengah orang tak peduli pasal benda ni. Biasanya lelaki la. Hehe... Tapi bagi kebanyakan wanita, ia sesuatu yang agak merisaukan. Betul ke?

Kalau begitu, saya kongsikan cara untuk hilangkan strech mark anda. Tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya boleh amalkan petua ini.


Bahan- bahan yang anda perlukan;

~ 1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)

~ 1 sudu teh air limau nipis

~ 20 titik minyak kayu putih

Caranya;

1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas hingga sebati.

2. Sapukan pada tempat-tempat yang ada "stretch mark".

3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.


Selamat Mencuba!

38 ulasan:

  1. Salam kak,
    Saya akan cuba petua ni..tapi nak amalkan berapa lama pulak tuh? maksud saya, macam mana dan bila masa sesuai di amalkan? berapa kali seminggu? setiap hari ker?

    terima kasih ya!

    BalasPadam
  2. nafacamila: Waalaikumussalam dik.

    Sebaiknya amalkan setiap hari. Boleh disapu pd setiap malam & teruskan hingga adik puas hati dgn hasil yg diperolehi.

    Sama-sama. ;)


    p.s: Sy ni lelaki.

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM SAUDARA. MINYAKK KAYU PUTIH TU MCM MANA?

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Minyak ni diperbuat drpd penyulingan daun dan ranting kayu putih.

    Cuba cari kat kedai jamu ataupun kedai yg menjual barang-barang keperluan utk kaum India.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak kapur sirih itu macam mana ..
      saya Korang tau lah

      Padam
  5. hahaha, kelakar la bile awk kte 'sy ni lelaki' haha, so sbgai llaki.=, just tnye , kish ke psl stretch mark ni? pngetahuan am saje :)

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Ia bergantung pd individu itu sendiri. Bagi saya, kalau sedikit itu normal.

    Kalau terlalu banyak, mungkin akan risau gak.

    BalasPadam
  7. salam...nak tnye bagaimana pula stretch mark berlaku dibahagian punggung...selamatkah kalau disapu dibahagian itu?

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Rasanya tiada masalah jika nak disapu kat punggung.

    BalasPadam
  9. berkesan ke cara ni..

    BalasPadam
  10. salam, nak tanya dekat mana boleh dapat minyak kayu putih tu yea??

    BalasPadam
  11. oh..hehehe..silap panggil kakak laks..maaf yer!

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Cuba awak cari di kedai runcit yg pemiliknya berbangsa India. Biasanya kat kedai mereka ada minyak tersebut.

    @ Nafacamila: Ok ok. Tiada masalah. ;)

    BalasPadam
  13. alaaa..semua kedai ader minyak kayu putih....bayi2 kan selalu guna untuk mengelakkan kembung peruttt...

    BalasPadam
  14. dibahagian breast sya ada kesan regangan ni,bole sapu tak bahagian tu

    BalasPadam
  15. kalau nak sapu waktu mlm,biarkan hingga pagi ataupun kena cuci?

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama:

    - Terima kasih banyak di atas perkongsian awak. :)

    - Boleh cuba sapu di bahagian tersebut.

    - Keesokan paginya barulah dicuci.

    BalasPadam
  17. Ok,tq mesti nak cuba ni

    BalasPadam
  18. hi,bole tak gantikan kan limau nipis tu dgn lemon?

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama:

    - Sama-sama. Silakan. Moga awak berjaya ya. :)

    - Hai. Boleh.

    BalasPadam
  20. ibu mengandung blh ke guna petua ni

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama: Rasanya boleh. Ia hanya utk bahagian luaran saja.

    BalasPadam
  22. Mnyak kayu putih mnyak ape uh...??

    BalasPadam
  23. urm , salam.. ade x petua yg blh hilangkan parut yg dh betukar mnjadi kaler hitam? Rse cam parut ni xleh hilang sbb mcm sebati dngn kulit. Kalau ade, Nak sngat2 >.<. tmkasih!

    BalasPadam
  24. @ Tanpa Nama:

    - Cuba awak cari di kedai yg dimiliki oleh bangsa India dan tanya saja pada mereka. Sesetengah kedai ada menjualnya & sesetengahnya mungkin tiada.

    Ataupun cuba cari di kedai-kedai yg menjual jamu serta ubat kesihatan.


    - Waalaikumussalam wbt.

    InsyaAllah ada. Iaitu awak gunakan lendir lidah buaya.

    Sapukan saja lendir tersebut pada parut yg dah hitam tu setiap malam sebelum tidur.

    Keesokan paginya barulah awak cuci ya.

    Ataupun awak boleh rujuk artikel ~ Hilangkan Parut Pada Badan.

    Harap ia membantu.

    BalasPadam
  25. kalau xde semua benda tu...ada ke cara lain?

    BalasPadam
  26. @ diamond: Jika tidak silap saya, guna minyak bio oil pun boleh.

    BalasPadam
  27. Bio oil xbkesan pun. Start mengandung sy sapu bio oil. Tp ttp ada strechmark. Byk jgk. Jd bio oil mmg xbkesan.

    BalasPadam
  28. @ Tanpa Nama: Jika begitu, terima kasih banyak di atas maklumbalas puan.

    Sebab saya pernah diberitahu bahawa bio oil juga boleh digunakan. Mungkin ia bergantung pada seseorang juga. Ada yang serasi dan begitulah sebaliknya.

    Walaubagaimanapun, sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas maklumbalas puan. Saya amat menghargainya.

    BalasPadam
  29. Ezza: Minyak kayu putih boleh didapati di Mydin atau mana2 kedai runcit yg menjual keperluan minyak kegunaan baby.

    Jika susah nak dptkan minyak kayu putih, boleh gunakan minyak zaitun = virgin olive oil. sapu/usap setiap kali lepas mandi spt anda menggunakan krim badan. namapun petua jadi anda harus sabar dlm menanti hasilnya dan memakan masa.

    BalasPadam
  30. @ Ezza: Terima kasih banyak di atas perkongsian awak. :)

    BalasPadam
  31. Pakai minyak extra vigin olive oil je ke? Tak payah pakai dengan teh air limau nipis dll ke?

    BalasPadam
  32. 20 titik minyak kayu putih? 2 sudu teh ke?

    BalasPadam
  33. @ Tanpa Nama: Secara kasar, anggarannya lebih kurang dalam 20 titik minyak kayu putih. :)

    BalasPadam
  34. semua tak berkesan

    BalasPadam
  35. sudah ada yg pernah memakai petua ni?adakah ia berkesan?tahap kritikal dah ni stretch marks lama sudah :(

    BalasPadam
  36. guna minyak zaitun saja blh hilang ke stretch marks,
    tanpa guna kapur sihir dgn limau nipis,

    BalasPadam
  37. Bang, waktu dah sapu tu, nak bilas selepas beberapa minit or biar je lama2. Hahaha. Sebab kapur mkn ni kan bersifat panas kann.

    BalasPadam