2 Cara Memutihkan Siku Hitam

Warna siku yang agak gelap pun boleh membuatkan seseorang rasa kekurangan. Dahlah hitam, permukaannya kasar pula. Antara sebab musabab siku hitam ni adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan. Ataupun faktor keturunan.

Jadi, kalau anda nak memutihkan siku, di sini ada 2 cara untuk dicuba. Pilihlah yang sesuai dengan anda yea.


cara memutihkan siku hitam


Cara #1


1. Anda perlukan 1 biji limau nipis ataupun lemon. Pilih salah satu aje.

2. Belah dua limau nipis/lemon tadi.

3. Gosokkan ia sebelah pada siku kanan dan sebelah lagi pada siku kiri anda.

4. Gosoklah dalam beberapa minit.

5. Kemudian, biarkan air limau nipis/lemon tadi kering dan menyerap pada siku anda.

6. Akhir sekali, anda bilas kedua siku dengan air suam.


Ulangi cara memutihkan siku ini setiap hari. Sehinggalah anda puas hati dengan hasil yang diperolehi.



Cara #2


1. Sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;

~ Serbuk kunyit

~ Tepung gandum

~ Sedikit susu kotak

2. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.

3. Gaulkan hingga rata.

4. Sapukan bahan tadi pada kedua-dua belah siku.

5. Biarkan selama 30 minit.

6. Akhir sekali, bersihkan siku anda dengan menggosoknya perlahan-lahan menggunakan air suam.

Sama seperti cara memutihkan siku #1, lakukannya setiap hari sampai anda puas hati. :D


Selamat Mencuba!

19 ulasan:

  1. wahhh! macam taw2 je. haha. insyaallah sy akan cuba ;)

    BalasPadam
  2. @ nadia fatihah: Hehe... kebetulan aje kot. Cuba tau. Sy doakan nadia peroleh hasil yg terbaik. ;)

    BalasPadam
  3. tak pernah tahu pun petua ni selama ni~ hiks

    BalasPadam
  4. @ dhiera: Ok takpe. Tp, skrg dhiera dah tahu, kan? ;D

    Kalo dhiera perasan, sy ada gak buat 1 entri yg berkaitan kat ~ Cara Memutihkan Siku yang Hitam. =)

    BalasPadam
  5. TERBUKTI AMPUH TIDAK

    BalasPadam
  6. siapa yang dah cuba . how ? berjaya tak ?

    BalasPadam
  7. xboleh ke klau guna susu buat sndiri???

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: Susu buat sendiri? Boleh berikan contohnya?

    BalasPadam
  9. kalau gna susu dlm tin 2 campur dgn air bleh x??

    BalasPadam
  10. @ Nurul Najihah: Rasanya boleh juga. Tapi jangan lupa tambah sikit air tau Nurul.

    BalasPadam
  11. x de ke petua untuk memutih kn lutut?

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Awak boleh cuba praktikkan petua ni kat lutut.


    p.s: Ini cuma cadangan saya yea.

    BalasPadam
  13. antara dua ni kan .. mana yang lagi terbaik ,, yang pertama ke kdua ehhehehe =)

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama: Bergantng pada keadaan siku individu itu sendiri. :)

    BalasPadam
  15. apa sudah ada yang berasil menggunakan cara ini?

    BalasPadam
  16. saya berjaya!!!

    BalasPadam
  17. berjaya beli lemon tp xberkesempatan nak cuba.. heheh...

    BalasPadam
  18. @ Tanpa Nama:

    - Alhamdulillah. Tahniah sebab usaha awak akhirnya membuahkan hasil.

    Terima kasih juga kerana memaklumkan kejayaan awak di sini.

    Harap rakan-rakan lain yang ingin memutihkan siku dapat mencubanya juga.


    - Saya doakan awak sempat mencubanya & berjaya memutihkan siku. Aamiin.

    BalasPadam