Antara ciri kulit muka berminyak ialah berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat serta bintik hitam. Juga terdapat kilatan pada zon T muka anda. Zon T ini meliputi bahagian dahi, hidung dan dagu anda. Pori-pori biasanya kelihatan melebar.
Justeru, bagi mengatasi masalah kulit berminyak secara beransur-ansur, anda boleh menggunakan masker (topeng muka). Antara jenis masker yang baik adalah lumpur.
Tetapi jika agak sukar untuk anda dapatkannya, boleh gunakan masker buatan sendiri dengan menggunakan 1 biji putih telur dan setengah biji jus lemon.
Cara-cara membuat masker:
1. Masukkan putih telur ke dalam sebuah bekas.
2. Campurkan perahan jus lemon ke dalam bekas yang sama.
3. Kacau kedua-dua ramuan di atas hingga sebati.
4. Sapukan ia pada keseluruhan muka anda.
5. Biarkannya lebih kurang sekitar 20 minit.
6. Selepas itu, cuci muka anda sebersih-bersihnya.
Petua ini boleh diamalkan sebulan sekali. Tak lupa juga, pastikan anda memakai pelembap muka setiap kali selepas memakai masker tadi. Tujuannya bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi kering.
Selamat Mencuba!
26 komen on "Petua Penjagaan Kulit Berminyak"
menarik~!
@ Mr.PinGu: Terima kasih. ;D
kesan dari perahan lemon tue juga boleh memutihkan kulit kita.... **sye dpt petua nie masa sya ikut grooming talk bauty dulu....hehehehe...
@ Tanpa Nama: Betul tu. Terima kasih banyak sudi kongsi petua. ;)
cara utuk mnghilangkan bekas jerawat & jerawat: sediakan putih telur dan perahan limau nipis.. pabila anda memakainya,anda akn terasa sedikit pedih krana perahan limau nipis brtindak sbgai mngecilkan jerawat... cubalah.. insayaallah brjaya... (sy dpat petua ni drp emak sy(^^~)
@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak krn sudi kongsi petua.
Ada tak petua hilangkan tahi lalat menggunakan limau nipis sahaja atau petua yang senang???
Kak......ncm mna nah hilang kn jerawat dan bekas jerawat....pda msa yg singkat???
@ Tanpa Nama: Harap awak dpt rujuk pd Cara Mudah Buang Tahi Lalat Hidup.
Sila baca pd bahagian ulasan @ komennya sekali yea. Sbb ada rakan2 yg baik hati sudi kongsikan petua mereka di situ. Cekidout yea. :)
@ Angel: Setahu saya, semuanya memerlukan masa. :)
emm... macam menarik nak try lah
@ Tanpa Nama: Ok. Dipersilakan mencuba. :)
saye ade masalah jerawat dekat hidung dan dahi.saye dah cuba macam2 produk kesannya hanya sementara sahaja.saye dah hampir putus asa untuk menghilangkan jerawat di muka saye.apakah cara yang paling berkesan dan dapat menghilangkan jerawat.ingin tahu...
@ Tanpa Nama: Saya faham dgn keadaan yg awak alami. Namun, saya harap awak tidak putus asa mencari jalan utk menghilangkannya.
Di dalam blog ini juga saya pernah kongsikan pelbagai petua. Saya benar-benar berharap awak dapat luangkan masa utk mencari dan mencubanya.
Secara asasnya, awak mesti menjaga kebersihan diri & persekitaran serta menitiberatkan soal pemakanan.
Sebabnya, biarlah kita cantik di dalam dan juga di luar. Jika hanya bergantung pd produk kecantikan semata-mata, pd saya usaha yg dilakukan masih belum menyeluruh.
Sekian, terima kasih.
nak hilang bintik hitam ada tak,muka saya penuh dengan bintik hitam kat hiung mybe sebab kulit saya jenis beminyk kat zon t
@ nina: Cuba awak amalkan petua ini;
- Ambil bhgn putih drpd 1 biji telur.
- Celup & rendamkan tisu ke dlm putih telur tadi.
- Kemudian, letakkan tisu td pd hidung & bhgn muka lain yg ada bintik hitam.
- Seterusnya, sapukan lebihan putih telur (jika ada) ke atas tisu td.
- Biarkan ia kering.
- Setelah kering, tarik tisu tadi perlahan-lahan.
Awak akan nampak ia menarik keluar sesuatu dr muka. Ulangi petua ini sebulan sekali.
Mungkin tak banyak bintik hitam yg dpt dihilangkan dlm satu-satu masa, tapi sekurang-kurangnya ia dpt kurangkan bintik hitam yg ada.
Sebaik-baiknya, terus lakukan petua ini setiap bulan ya.
Selamat mencuba nina & moga berjaya hilangkan bintik hitam yg ada. :)
Jerawat saye sdah pun hilang...hanye breminyak saje...macm ne nk hilang an nye
@ Tanpa Nama: Syukurlah kalau jerawat awak dah hilang.
Jikalau kulit muka berminyak, elakkan memakai pelembap muka.
Lagi satu, jika keadaan muka kurang selesa, cuci dengan air bersih dan lap dengan kain lembut. Lap dgn perlahan-lahan. :)
kalau jerawat d pipi bagaimana pulak?
@ kawaii kimono: Cara penjagaannya sama dengan penjagaan kulit muka.
Cuma kalau awak nak surutkan jerawat di pipi, dahi, hidung ataupun di bahagian lain, sapukan saja dgn minyak gamat.
Kalau tiada minyak gamat, gantikan dgn minyak cap kapak. :)
salam akak nak tnya sikit mcam mna nak hilangkan parut chicken p0x kat muka??,,,,
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.
Cuba awak sapukan parut tersebut dengan lendir lidah buaya. Amal setiap hari(lakukan sama ada pada awal pagi ataupun malam sebelum tidur).
salam...petua apa boleh hilangkan jeragat?
Salam.. saya nk kongsi kn petua yg saya amalkan.. utk kulit lebih cantik amalkan buat masker kentang.. buat sendiri je.. saya parut kentang kemudian lupur di kulit muka..biar 20-30 minit.. Selalunya org dr indonesia amalkn..sbb tu kulit mrk cantik.. utk guna harian saya pakai produk anggerik pesona.sgt sesuai..jerawat dan jeragat dah tak tumbuh lg..mmg baik utk jeragat.
@ Tanpa Nama:
- Waalaikumussalam wbt. Cuba awak guna sabun taharah.
- Waalaikumussalam wbt. Terima kasih di atas petua yang telah awak kongsikan.
Assalamualaikum.. sy nak tyn btl x tindakan sy klu sy menggunakn krim pelembab dan krim kecantikan untuk mengurangkn mslh muka brminyak.. actualy, sy x pernah lagi guna krim2 ni.. sy hanya guna bedak kompak dr dulu smpai skrng.. adakah mslh ni akn berkurangan?
kedua,knp d ats hidung t'dpt bintik2 itam? apakah puncanye? mcm mane nak menghadapi dan menghindari?
kalau makai nya setiap hari gimana
Catat Ulasan