Kulit Muka Kelihatan Muda dan Segar

Posted by Encik Oktant at Rabu, Jun 01, 2011
Vitamin A dan E adalah gabungan yang baik bagi memelihara kulit muka anda agar halus, kenyal dan tegang. Ia sekaligus membantu memperlambatkan proses kedutan pada kulit muka anda. Ataupun bahasa mudahnya ~ awet muda lah!. :D

Bagi merealisasikannya, sejenis buah yang berupaya membekalkan vitamin A dan E ialah avokado. Dengan mencampurkan avokado bersama-sama madu, susu tepung dan telur, impian anda untuk kelihatan lebih muda bukanlah mustahil.


Anda boleh jadikannya sebagai topeng (masker) muka dan amalkan petua penjagaan muka ini sebagai rutin mingguan ataupun bulanan.


Tetapi, sebelum anda bergegas untuk mendapatkan buah avokado, ketahuilah dulu berapa sukatan yang diperlukannya serta 3 bahan lain...


buah avokado
Buah Avokado - akten.com.pl


~ 2 sudu teh buah avokado

~ 1 sudu teh susu tepung

~ 1 biji telur

~ Sedikit madu lebah asli


Cara-caranya:


1. Tumbuk isi buah avokado hingga lumat dan letakkan ia ke dalam satu bekas.

2. Masukkan madu, susu tepung dan telur ke dalam bekas yang sama.

3. Kacau kesemua bahan hingga sebati.

4. Sapukan bahan tadi ke seluruh muka anda.

5. Biarkan hingga 20 minit.

6. Cuci muka anda dengan air suam.


Moga wajah anda kelihatan lebih segar sepanjang hari!

14 komen on "Kulit Muka Kelihatan Muda dan Segar"

Mr.PinGu on Jun 17, 2011 12:30 PG berkata...

hehe rajin try tp sy malas.. hehe

oktant on Jun 17, 2011 3:20 PG berkata...

@ Mr.PinGu: Betul tu bro. Mesti rajin buat barulah nampak hasil dia. ;D

Tanpa Nama berkata...

WHERE TO FIND AVOKADO FRUIT??

Tanpa Nama berkata...

at giant..

oktant on Februari 01, 2012 3:57 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih sbb tolong jawabkan. :)

Tanpa Nama berkata...

tesco pn ade jgk la..3 untk 10 inggit.haha

oktant on Mac 07, 2012 1:40 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih utk awak juga yea. :)

mai comel on April 02, 2012 2:56 PTG berkata...

telur tu ambik kesemuanya ke atau putih telur shj?

oktant on April 02, 2012 5:16 PTG berkata...

@ mai comel: Utk petua yg ini, gunakan bhgn kuning & putihnya.

Tanpa Nama berkata...

mana nak dapatkan buah avokado?

Tanpa Nama berkata...

susu tepung ape ye???

oktant on November 24, 2012 6:08 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Cuba awak cari di pasaraya besar i.e cold storage, sogo dll. Ada rakan-rakan lain yang beli di sana.

- Susu (milk powder) di dalam tin ataupun dalam pek. Sebarang jenama dan yang penting ia halal.

huhu berkata...

Pkai apa2 jenis susu tepung buleh eak ?

oktant on Februari 27, 2013 10:14 PTG berkata...

@ huhu: InsyaAllah awak boleh pakai sebarang jenama susu tepung yang halal.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez