Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak

Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.

Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak;

~ 1 biji telur

~ 1 sudu makan daun pudina

~ 1 sudu makan jus lemon

~ 1/2 biji timun telah yang dihiris


topeng muka berasaskan timun


Cara membuatnya;

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.

3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.

4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.

Sekadar gambar hiasan

5. Biarkan ia sekitar 30 minit.

6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.


7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.


Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea. Selamat Mencuba!

7 ulasan:

  1. telur tu pkai putih telur atau cmpur putih+kuning telur?

    BalasPadam
  2. xfhmlah psl i sudu daun pudina tu... kne tumbuk hgga hlus dlu ke???

    BalasPadam
  3. @ marvechenta: Utk petua ni, gunakan putih + kuning.

    @ Tanpa Nama: Ambil daun pudina tu anggarannya dalam 1 sudu besar.

    Boleh tumbuk ataupun kisar.

    BalasPadam
  4. Rumah saya takde daun pudina dan lemon. Boleh tak pakai timun dengan telur jer?

    BalasPadam
  5. @ Fatiqah: Kalau takde lemon, boleh gantikan dgn limau kasturi.

    Boleh juga kalau tak letak daun pudina. Cuma kesannya mgkn ada perbezaan sikit. Itu saja.

    BalasPadam
  6. Dekat mana nak dapatkan daun pudina ya? Untuk cukupkan 1 sudu makan tu, agak-agak berapa helai daun?

    BalasPadam
  7. Penyelesaian kepada masalah JERAWAT,PARUT JERAWAT,JERAGAT,KULIT BERMINYAK,KUSAM..
    dapatkan set TRIAL AS BEAUTY RM50 SAHAJA...
    pm me 013-2939718 2 view more www.missanabeauty.blogspot.com

    BalasPadam