Cara Mengempiskan Perut Buncit

Ketika berada di fasa akhir bulan Ramadhan ni, adakah perut anda semakin kempis ataupun bertambah buncit? Kalau bertambah buncit, maknanya anda perlulah "on" kan butang kecemasan. Maklumlah bila musim raya, dugaannya lagi la banyak. Anda bakal berdepan dengan pelbagai hidangan enak macam ketupat, lemang dan rendang. Lepas tu, nak memenuhi undangan rumah terbuka lagi. Boleh ke nak kawal nafsu makan nanti?

Fuhh... memang mencabar tul, kan?

Atas sebab itulah, saya nak kongsi satu cara mengempiskan perut buncit bersama dengan anda. Lagi satu, supaya pakaian yang dah anda beli atau tempah sebelum ni dapat digayakan dengan cantik dan terletak nanti. :)


1. Mula-mula, anda perlu sediakan bahan-bahan di bawah;

- segenggam cekur
- sedikit tepung beras
- sedikit asam jawa
- garam secukup rasa
- sedikit gula pasir
- sedikit gula merah


2. Kemudian, tumbuk kesemua bahan di atas sehingga halus.

3. Lepas tu, campurkan setengah gelas air masak dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi.

4. Seterusnya, tapislah air tersebut dan minum.

5. Ulangi petua ni selama 4 hari berturut-turut.

InsyaAllah, jika diizinkan-Nya anda pasti dapat merasai kesannya.


gambar belalang
Gambar belalang - WikiMedia.org


Namun begitu, ada satu lagi alternatif yang boleh anda cuba. Iaitu dengan selalu amalkan memakan belalang beras. Untuk makluman anda yang beragama Islam, belalang ni adalah halal dimakan.


Selamat Mencuba!

18 ulasan:

  1. @ puRpLish27 : Silakanlah. Mudah2an berkesan.

    BalasPadam
  2. salam, err.. cekur tu apa?

    BalasPadam
  3. salam, err.. cekur tu apa?
    n err bole tnya x. air tu kena minum berapa kali dlm 1 hari?
    > cida <

    BalasPadam
  4. @ cida: Waalaikumussalam.

    Cekur tu sejenis tumbuhan herba. Cida boleh rujuk gambarnya pada artikel di post bertajuk Hilangkan Parut Jerawat Kat Muka Anda.

    Boleh minum dua kali sehari. Biasanya diminum 30 minit selepas makan.

    BalasPadam
  5. hmmmm,,,xde cara lain ke???mcm susah jew cara tu........

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Ada. Amalkan minum teh o limau tanpa gula lepas makan.

    Petua penuh ada di Petua Kempiskan Perut

    Atau amalkan memakai korset membentuk badan. :)

    BalasPadam
  7. ala... mesti ta sedapkan... ermm.. ap pon x blyy..

    BalasPadam
  8. @ eyeda comel: Ataupun boleh cuba minum teh o limau tanpa gula spt di artikel ~ Petua Kempiskan Perut.

    BalasPadam
  9. cekur tu amik daun @ isi nye ???

    BalasPadam
  10. lepas bersalin perut makin lama makin butut..skrg anak dh stahun berat trus naik mdadak dr 75 ke 82....aduhai.....!tp nk dpt cekur 2 payah la...ktne ek?

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama:

    - Ambil isinya. Kalau amalkan makan daunnya, Insya-Allah awet muda.


    - Jika puan sukar dapatkan cekur, cuba petua Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin.


    Harap ia membantu.

    BalasPadam
  12. Sangat berguna nih ilmunya makasih nih ilmunya...

    BalasPadam
  13. Makasih tipsnya dan berguna nih ilmunya...makasih mo berbagi...

    BalasPadam
  14. Ya, sama-sama & terima kasih kembali. :)

    BalasPadam
  15. cekur ni mcm halia ek?

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Rizomnya yang macam halia.

    BalasPadam