Pastikan Anda Tak Mabuk Sepanjang Perjalanan

Memandangkan suasana Hari Raya yang semakin terasa, saya percaya ramai di antara anda yang sedang dan bakal memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. Bagi anda yang tak biasa berjalan jauh tu, kemungkinan akan mengalami mabuk perjalanan. Bila dah mabuk ni, memang serba tak kena dibuatnya.

Sama ada anda melakukan perjalanan di darat, laut ataupun udara, cubalah ikuti petua tradisional di bawah. Ianya cukup mudah dan ringkas.

gambar ubi keledek

Gambar ubi keledek - Portal Usahawan Tani



Anda cuma perlukan ubi keledek. Iaitu makanlah ubi keledek sejurus sebelum anda nak memulakan perjalanan. Itu saja. :)

Tapi kalau dalam bulan puasa ni, anda bolehlah makan ubi keledek tu semasa bersahur atau berbuka. Iaitu ikut masa yang terhampirlah sebelum berjalan jauh.

Sebelum ini pun, saya pernah menulis petua elakkan mabuk kenderaan di sini. Anda boleh mencubanya juga sebagai alternatif.


Selamat Mencuba!

3 ulasan:

  1. @ azam: Awak cuba la dulu. Saya tak dapat nak pastikan sama ada ianya serasi ngan awak atau tak.

    Maklumlah, kesannya belum tentu sama untuk setiap individu. Tapi kalau nak diikutkan, ia memang berkesan dan telah digunapakai oleh sesetengah masyarakat dulu2.

    BalasPadam