Merawat Kulit Kasar Serta Bintik Hitam

Memandangkan Hari Raya pun makin dekat, pastinya anda ingin mempersiapkan diri agar wajah kelihatan berseri ketika menyambut hari kemenangan tu nanti. Bagi yang ada masalah kulit kasar dan bintik hitam di muka, tentunya hal ini sikit sebanyak menganggu tahap keceriaan, kan?

Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua yang bakal saya kongsikan di bawah. Anda cuma perlu guna timun saja.

gambar timun

Gambar timun - BuyOrganicVegetable.com



1. Memula, anda parut dulu timun tu.

2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.

3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.

4. Andainya kurang berkesan, ambil sekali hampas timun tu dan tampalkan kat muka anda.

5. Bila bangun pagi nanti, anda cuci muka dan mandilah dengan air suam atau air panas.


Amalkan petua ni setiap hari sehinggalah kulit muka anda bertambah halus dan tiada lagi bintik-bintik hitam. Bila dah puas hati dengan hasil yang diperolehi, anda boleh teruskan petua ni. Cuma dah tak payah buat hari-hari. Buat seminggu sekali pun dah cukup. :)


Selamat Mencuba!

21 ulasan:

  1. Sebagai ganti, anda boleh gunakan pegaga. Caranya ada saya kongsikan di SINI.

    BalasPadam
  2. maksud parut timun tu mcm mana??
    kena blend kew??

    BalasPadam
  3. @ shiqin: Dulu orang parut guna alat pemarut. Bentuknya lbh kurang macam kepingan besi yg nipis.

    Tapi kalau awak nak "blend" pun boleh. Sebab kita nak air timun tu aje. ;)

    BalasPadam
  4. kalau tumbuk xblh?? huhu

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama: Boleh jugak. :)

    BalasPadam
  6. saya pernah cuba petua ni, dulu saya parut timun, kemudian tampal hampasnya dimuka. air timun pulak sy sapu kat muka pagi2 sebagai pelembab muka. masa tu time sekolah lg, kwn sy tegur, pakai ape, kulit licin je

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Terima kasih sudi kongsi pengalaman.

    BalasPadam
  8. saye akan cube nanti sye britau ape hasil nyer!!!:)

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Terima kasih sudi mencuba. Ok.

    Semoga berjaya tau. ;)

    BalasPadam
  10. care ni boleh hilangkan parut di muke jugak ker??

    BalasPadam
  11. camner nak hilangkan parut di muke?

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Utk hilangkan parut sama ada di muka mahupun badan, cuba sapukan parut tu dgn lendir lidah buaya.

    Amalkan selalu ataupun setiap hari pd waktu malam sblm tidur.

    BalasPadam
  13. wah,time kasih..dh lame cari petua ni :)

    BalasPadam
  14. @ erma nazillah: Sama-sama Erma. :D

    BalasPadam
  15. kalau dh guna air perahan timun tu utk cuci muka , bleh cuci dgn pncuci muka skli lg x??

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Saya syorkan amalkan petua ini waktu malam. Iaitu sebelum tidur.

    Keesokan paginya, barulah awak cuci muka dengan air suam. Kalau tiada air suam, air biasa pun boleh.

    Selepas muka dah bersih sepenuhnya, awak boleh cuci muka sekali lagi dengan pencuci muka yang selalu digunakan. :)

    BalasPadam
  17. inshaAllah sye akan mncuba...tpi kne buat hari2 k?

    BalasPadam
  18. dan ada tak petua nk merdukan suara?..sye bru umur 16 thun..hihi

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Silakan mencuba. Jika rajin, boleh buat setiap hari atau 2-3 kali seminggu.

    Bergantung pada kesesuaian kulit awak ya. :)


    @ Tanpa Nama: Adik boleh cuba petua Petua dan Tips Agar Suara Merdu.


    Harap ia membantu awak. :)

    BalasPadam
  20. @ Tanpa Nama: Sama-sama. :)

    BalasPadam