Cara Penjagaan Muka Dengan Sayur-Sayuran

Menjaga kulit muka tak semestinya memakan kos yang tinggi. Sebaliknya, anda boleh sediakan sendiri ramuannya dengan menggunakan sayur-sayuran dan herba. Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan muka adalah daun pegaga, lobak merah, terung muda dan cekur.

Kini, anda dah boleh menjimatkan duit dengan menggunakan beberapa tips penjagaan muka berikut;


Daun Pegaga:

1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.

2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.

3. Campurkannya dengan sedikit air.

4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.

5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.

6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.


Lobak Merah:

Anda boleh melihat pada artikel lepas bertajuk Atasi Masalah Kulit Berkedut.


Terung Muda:

1. Ambillah sebiji terung muda.

gambar terung ungu
Gambar terung ungu - Wikipedia


2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda. Terutamanya di bahagian dahi dan pipi.

3. Selepas itu, jangan dibuang dulu terung tadi. Sebaliknya, potonglah lagi selapis bahagian dalam terung itu tadi. Kemudian, ulanglah langkah no. 2 di atas.

4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.


Cekur:

1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.

2. Giling cekur tadi sampai lumat.

3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.

4. Sapukan campuran tadi ke muka anda.

5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.

6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.

7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.

8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Saya juga pernah menulis satu petua menggunakan cekur untuk hilangkan parut jerawat kat muka sebelum ini. Anda boleh rujuk di sana nanti. :)


Selamat Mencuba!

28 ulasan:

  1. bez..senang nak buat,,
    thanx...

    BalasPadam
  2. boleh jugak rasanya nak cuba.

    BalasPadam
  3. insyaallah nty i try

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama dan hasmina: Cubalah yer. Saya doakan mudah-mudahan semuanya berhasil lah. :)

    BalasPadam
  5. kalau buat wajah yang berjerawat dan berminyak itu pakai buah apa?

    BalasPadam
  6. knpa muka saya slalu b'minyak..?

    BalasPadam
  7. time kasih........saya akn try

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama:

    - Sama-sama. Selamat mencuba ya.

    BalasPadam
  9. yg pegaga 2 kalo xde bedak sejuk nak gnt dgn ape eh?

    BalasPadam
  10. terimah kasih blog petua sejagat, saya nak tanya... saya ni rabun skit.. makin lama makin tak best la pakai cermin mata tiap hari.. boleh ka carikan tips untuk menyembuhkan rabun dan menguatkan pandangan? selama ni saya hanya makan lobak sahaja. ada ka cara lain? rasa mual la kalo lobak makan hari2 x sama cam nasi... terima kasih...

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama:

    - Rasanya bedak sejuk mudah dicari. Cubalah awak dapatkannya di pasar malam atau di kedai yang ada jual ubat kesihatan seperti jamu.

    - Sama-sama. Nanti saya usahakannya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Jika awak rabun ayam, boleh klik pada link di atas yea.


    Salam petua,
    oktant

    BalasPadam
  13. kenapa saya penat berjalan

    BalasPadam
  14. tapi selalunya klu rawat cara sendiri mesti lambat kan kesannya, sampai kadang.2 buat kita dh nak putus asa hoho

    BalasPadam
  15. @ Tanpa Nama: Biasanya memang begitu. Tapi di sebalik itu, ia sebenarnya mendidik kita agar mendisplinkan diri.

    Sebab bila dah merasai kesannya, kita akan rasa teramatlah puas dan menikmati hasil yg diperolehi. ;)

    BalasPadam
  16. kalau pakai bedak biasa, bolehkah?

    BalasPadam
  17. @ Nash: Bagi kanak-kanak, biasanya akan guna bedak biasa saja.

    Tetapi bila dah memasuki alam remaja, bedak biasa mgkn bukan lagi pilihan yg terbaik.

    BalasPadam
  18. tq..sy akn cube,,

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Ok, u're welcome. Selamat mencuba & moga mendapat apa yg diharapkan.

    BalasPadam
  20. kalau kulit berminyak dan berjerawat macam mana....

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama: Cuba awak amalkan pemakaian masker yg dicadangkan pd artikel "Petua Penjagaan Kulit Berminyak".

    Harap ia membantu yea.

    BalasPadam
  22. kalau saya nak buat tpi x jdi,bagaimana?

    BalasPadam
  23. @ Tanpa Nama: Saya hanya mampu kongsikan petua. Sama ada ia jadi atau tidak, ia di luar kawalan atau kuasa saya. Saya harap awak faham ya.

    Pun begitu, saya harap awak berfikiran positif. Mesti yakin dengan petua atau apa saja perkara yang awak nak cuba. Jika awak sendiri tidak yakin, saya nasihatkan awak tak payah cuba langsung.

    Sebabnya, saya bimbang kalau ia tidak menjadi awak akan menyalahkan orang lain pula.


    Walaubagaimanapun, saya sentiasa doakan usaha awak berjaya. Amin.

    BalasPadam
  24. boleh x bgi ptua utk hlangkn jragat kt muka sye??

    BalasPadam
  25. @ Tanpa Nama: Cuba awak gunakan sabun taharah. Saya pernah kongsikan tentang sabun taharah sebelum ini [klik].

    Harap ia membantu awak.

    BalasPadam
  26. Ni ai kte da msalh wrna kulit yg x sekata..cm na ni nk atasinyee?. .help me. .

    BalasPadam
  27. @ Tanpa Nama: Cuba awak rujuk Petua Merawat Kulit Muka Tak Sekata di sini [klik].

    Harap ia membantu awak mengatasi masalah kulit tidak sekata. :)

    BalasPadam