Tegangkan Kulit Muka

Posted by Unknown at Rabu, April 16, 2008
Petua Penjagaan Kulit

Dewasa ini, baik lelaki mahu pun wanita kecantikan wajah amat dititikberatkan. Ini kerana untuk tampil lebih yakin di khalayak umum, kecantikan wajah merupakan satu faktor penting. Di samping itu, secara tak langsung ia juga meningkat keyakinan orang ramai kepada kita. Betul tak?

Di sini saya ada satu petua untuk tegangkan kulit muka. Tak kira anda masih muda atau tua ia sesuai untuk semua. Seperti biasa, perkara asasnya ialah kelembapan kulit. Untuk menegangkan kulit muka, anda perlu pastikan kelembapan kulit muka sentiasa dijaga.

Langkah melembapkan kulit muka:

1. Ambil sebiji mentimun dan dibuang kulitnya.
2. Potong halus-halus dan ramas hingga berair.
3. Sapukan air mentimun tersebut pada muka. Biarkan selama 20 minit.
4. Selepas 20 minit, cuci muka dengan air bersih.
5. Keringkan muka dengan tuala lembut.
6. Amalkannya tiga kali dalam seminggu.

Selain melembapkan kulit muka, mentimun ni juga ada khasiat lain.
Mentimun yang dikisar dan ditambah dengan sedikit gula boleh dijadikan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan dan menghilangkan panas badan.

Seperkara lagi, mentimun ni boleh juga dijadikan ulam untuk merawat penyakit darah tinggi.
Caranya amat mudah iaitu makanlahlah beberapa hiris mentimun setiap kali makan nasi.


Sekian, wassalam dan selamat mencuba!


Petua Penjagaan Kulit

21 komen on "Tegangkan Kulit Muka"

Tanpa Nama berkata...

wah tol la kulit muka smkin tegang...rugi x try!!

oktant on Januari 12, 2010 4:45 PTG berkata...

Alhamdulillah... Kalau boleh, amalkannya dari semasa ke semasa ya. :)

eylis berkata...

@ tanpa nama: betul ke awk dah try??? awk dah cuba berapa lama baru nampak kesan nya??? kalau betul2 berkesan sy nak cubalah

oktant on April 03, 2010 10:13 PTG berkata...

@ eylis: Cuba saja. Lagi pun timun memang baik untuk kulit. Banyak produk pencuci muka di pasaran yang menggunakan timun sebagai salah satu ramuan.

Kalau awak buat sendiri, hasil dia selalunya lebih baik. :)

kesuma@dewi berkata...

menjadi ke ni???
coz tomorow i nk uat nasi lemak...........

oktant on Mei 08, 2010 9:45 PG berkata...

@ kesuma@dewi: InsyaAllah menjadi. Tapi awak perlu amalkanlah setiap minggu. Jika hanya buat sekali dan lepas tu tinggal terus, memang takkan dapat merasakan perubahannya.

Tanpa Nama berkata...

mmg berkesan..sy slalu jgk buat..kulit muka rse lembap n licin..rugi kalo x try..mentimun mmg byk khasiat..sesuai kalo muka yg ade jerawat...

oktant on Jun 08, 2010 2:43 PTG berkata...

@ Tanpa Nama; Terima kasih atas testimoni awak di atas ya. :)

mem on Jun 28, 2010 10:42 PG berkata...

tq syer petua ni nti sya cuba..

oktant on Julai 14, 2010 3:30 PTG berkata...

@ mem: you're welcome. semoga sukses yer. :)

Tanpa Nama berkata...

klau nak tgangkan kulit tgan mcm mana??
boleh guna ptua d atas??..

oktant on Februari 19, 2011 10:16 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh juga. Selain tu, kalau kat tangan awak boleh sapu dgn serbuk kopi @ teh, hampas kelapa ataupun nenas yg dah taknak dimakan.

Banyak pilihan yang boleh awak cuba di situ. :D

Tanpa Nama berkata...

nk cuba la petua ni..
mudah pn yer.. :)

Unknown on Januari 30, 2012 10:29 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ok, silakan. Moga berjaya yea. ;)

darimi on Februari 08, 2012 10:26 PG berkata...

mentimun tu timun kan??

darimi on Februari 08, 2012 10:33 PG berkata...

mentimun tu timun kan??

oktant on Februari 09, 2012 8:49 PTG berkata...

@ darimi: Ya. Betul. :)

AyusSlim on Mac 13, 2012 4:06 PTG berkata...

pernah cuba kopi kat badan..lembut rasa kulit..tp kotor pakaian dan leceh(serbuk la katakan), ada alternatif lain x utk guna kopi ni selain cara serbuknya?

shaiqa on Julai 31, 2012 1:27 PG berkata...

Sy mengalami masalah jerawat n kulit jadi sgt kering. Skrg ngh runsing mencari apa2 utk melembapkan kulit muka.klu timun tu blend jadi air boleh ke sapu kt muka??? Tlg bg jwpn..tq so much kerana sudi bantu :)

oktant on Julai 31, 2012 3:22 PG berkata...

@ shaiqa: Boleh. Tiada masalah kalau shaiqa nak "blend".

Selain itu, shaiqa boleh rujuk tag kulit kering ya.

Tanpa Nama berkata...

sy pomm nak tra lah

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez