4 Senaman Kempiskan Perut (Bahagian 1)

Posted by Unknown at Jumaat, Jun 04, 2010
Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap lelaki mahupun wanita. Bagi mencapai objektif mengempiskan perut, 4 jenis senaman berikut boleh anda amalkan setiap hari;


A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.

senaman knee circle 1
Senaman knee circle 1


Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

senaman knee circle 2
Senaman knee circle 2


Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

senaman side chop 1
Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

senaman side chop 2
Senaman side chop 2



Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.


Baiklah, saya berhenti di sini dahulu. Lagi 2 jenis senaman kempiskan perut lain akan saya kongsikan kemudian yer. :)


Selamat Mencuba!


Sumber imej: health.msn.com

31 komen on "4 Senaman Kempiskan Perut (Bahagian 1)"

Tanpa Nama berkata...

tq!!!!!!bebanyak sgt2.kempis dh prut sye!!!hehe (^_^)

oktant on Jun 23, 2010 2:35 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau begitu, baguslah. Dalam masa singkat jer dah kempis. Tahniah! :)

Normaliza on Jun 24, 2010 2:25 PTG berkata...

Terima kasih atas info ni :)

oktant on Jun 24, 2010 5:12 PTG berkata...

@ Normaliza: Sama-sama. ;)

Tanpa Nama berkata...

saya ni nak tanya nape tubuh saya ni besar atas dan punggung ke cik je.malu saya nak dress skit xbley.semua orang kutuk saya cakap kaki kecik.bahagian perut saya ni macam hamil 9 bulan jer

Tanpa Nama berkata...

bnyk dosa kot

Tanpa Nama berkata...

buat atas tilam tak boleh ker? sakit belkg buat ats lantai senaman tu

oktant on Mac 09, 2011 9:55 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh juga kalau rasa selesa buat atas tilam.

Ataupun boleh buat atas tikar senaman.

Tanpa Nama berkata...

emm.. saya umo 18, baru stat berdiet awal bulan 3 nih. Saya malu dengan perut sy yang boroi dan peha yang besar.

saya amalkan senaman skipping rope sbanyak 500x sehari, kalau rajin saya buad 1000x sehari. Agak2 ia berkesan tak untuk kempiskan peha dan perut?

SHANTA berkata...

IM 39. BIG UPPER STOMACH. 70KG HEIGHT 152CM.
HOW TO LOST WEIGHT. BIG TUMMY LOOK LIKE PREGNANT. SO SHAME. PLS ADVICE.

oktant on Mac 25, 2011 4:50 PTG berkata...

@ SHANTA: Hai. Based on my experienced, you need a system to lose your weight.

I suggest you to read those 2 articles;

1. Sistem Menurunkan Berat Badan Anda?

2. Sistem Menurunkan Berat Badan Anda? Siri 2

Thank you. :)

Tanpa Nama berkata...

BOLEY KEW UMO 12 THON KEBAWAH BUAT SEMUA PETUA 2..."_

oktant on November 14, 2011 7:15 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh dik. Sbg permulaan, buatlah ikut kemampuan diri adik.

Tanpa Nama berkata...

kalau buat push-up 20 x /sesi dan 2 sesi stiap hari agk2 brkesan tak ?...bdan sye bersaiz sderhana cume perut sye yang buncit,jdi sye bru brmula utk diet dn brazam kurgkan prot boncit dlm mse 3 bulan..
stu lgi nk twu,bley tak klu spjg tmpoh diet sye cume amal kan mkan roti 2 keping shari yg mmbantu mgurangkan kolestrol,dn mkn buah2..ssuai x hdgan mknan tu utk org bdiet mcm sye ?..

Unknown on November 28, 2011 6:00 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Insya-Allah ia boleh kempiskan perut awak. Cuma, awak perlu tambahkan lagi bilangan push-up secara berkala ikut kemampuan diri sendiri.

Contohnya dalam minggu pertama, mulakan dgn 10x per sesi. Sehari buat 2 sesi.

Minggu ke-2, tambahkan sikit bilangan push-up. Cthnya 15x per set. Sehari buat 2 sesi.

Minggu ke-3, buat 20x push-up per set. Sehari buat 2 sesi.

Minggu ke-4 pula buat 25x per set & 2 sesi per hari.

Begitulah seterusnya.....

Kalau boleh, tambahkan bilangan push-up sikit demi sedikit ikut kemampuan tubuh awak. Biar sikit, tetapi dilakukan dgn konsisten.

Kemudiannya, lebih baik kalau awak ambil roti yg berserat atau bijirin. Elakkan ambil roti putih atau roti biasa tu.

Buah-buahan, salad & sayur-sayuran mmg oke utk diet awak. Cuma pastikan salad tu salad yg sihat yea.

Harap ia membantu.

Tanpa Nama berkata...

sye ade msalah perut buncit...teman2 ade mngesyorkan kpd sye sjenis losyen utk dsapu stiap hari..kate nye memang brkesan!Losyen Mustajab pati halia,adakah losyen2 sbgini dpt mmbantu msalah sye ini?..

oktant on Disember 14, 2011 2:41 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Ia berkemungkinan boleh membantu mengempiskan perut awak.

Pun begitu, awak boleh dpt hasil lebih baik jika menggabungkan senaman di atas serta memakai losyen tersebut.

Lakukan kedua-duanya secara konsisten yea. InsyaAllah dpt mengatasinya walau kadang-kala ianya terpaksa mengambil masa.

Tanpa Nama berkata...

saya ingin tahu bagaimana cara untuk hilang kan lemak di bahagian perut saya ni,tetapi perut saya tidak buncit..cuma naik di bahagian tepi perut saya je..mcmne boleh saya hilang lemak itu...sudah pelbagai cara saya lakukan..

oktant on Januari 13, 2012 3:29 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Cuba awak amalkan senaman Dumbell Side Bend".

Buat 3 set setiap sesi. 1 set tu ulang dalam 15 ulangan utk setiap sisi iaitu sblh kanan & kiri.

Tanpa Nama berkata...

maafkan saya,saya nak tanya..kakak saya adalah penghidap leukemia semasa dia berumur 6 tahun.penyakit itu menyebabkan dia menjadi gemuk dan berisi.jadi,dia x boleh duduk atas lantai kerana mengalami masalah susah untuk bangun..jadi saya ingin tanya bagaimana kakak saya ingin bersenam seperti petua di atas??berat kakak saya melebihi 100 kg..

yang bertanya:Farah Nadira (13 tahun)

Unknown on April 13, 2012 6:18 PG berkata...

ada tak cara nak elak dpd perut buncit. badan saya naik mendadak dan kesan pd muka & perut. ada org kata, sebab byk minum ais boleh buat buncit.

oktant on April 13, 2012 11:10 PG berkata...

@ Farah Nadira: Buat permulaan lakukan senaman yg ringan dahulu. Apa yg penting senaman tersebut mampu dilakukan oleh kakak Farah.

@ syita: Elak makan berulam air. Kemudian, lepas makan tengah hari dan malam, boleh cuba minum air teh o limau tanpa gula.

Begitu juga dengan minuman berais dan bergas. Kurangkan pengambilannya. Ataupun kalau boleh, berazam utk meninggalkan minuman tersebut.

firdaus zaini on April 17, 2012 11:29 PG berkata...

saya ad mslh bhgn puggumg dan peha..dh pelbagai cara sy lkukan,tp still xde kesan??

oktant on April 17, 2012 3:59 PTG berkata...

@ firdaus zaini: Cuba tuan lakukan aktiviti berbasikal.

Tanpa Nama berkata...

saya baru nak start diet mulai Julai 2012 ni..hrpnya oktober nnt badan akan turun sebanyak 10kg..mesti susah nak kawal makan, tp petua cik akan saya cuba buat..plus, 3 bln bukanlah masa singkat..hrp dapat thn 3 bulan dan bila dah trun 10kg, akan dapat makan macam biasa balik.tlg doakan usaha saya ya ..muslimah 2012

oktant on Julai 03, 2012 9:16 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Selamat berdiet cik muslimah 2012. Saya doakan proses diet cik berjalan lancar & berjaya.

Apa yang penting, cik amalkan diet yang seimbang di samping melakukan senaman yang disukai. Cik juga mesti konsisten dengan usaha diet tersebut.

Jika tergelincir, cuba kembali ke landasannya secepat mungkin. Maklumlah, dugaannya pasti datang dari pelbagai arah.

Saya harap cik kuat menghadapinya ya.

Tanpa Nama berkata...

Sy ni perut buncit n besr punggung. Dulu badan kecik jer sebab kuat bersukan sekarang dah naik sebab tak bersukan.. Dah cuba minum susu sd2 tapi tak berkesan juga, macamana ya? Malu juga nak dressing dengan perut yang boroi ni.. Nak kurus dalam masa yang singkat. Adakah dengan tidak makan nasi boleh kurus dalam masa singkat?

oktant on September 26, 2012 2:33 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Secara peribadi, saya tak pernah tinggalkan nasi.

Cuma saya kurangkan pengambilan nasi. Itu pun tidak selalu.

Tapi, awak sebenarnya boleh gantikan beras biasa dengan beras perang. Ia lebih sihat.

Selain itu, bagi mengelakkan perut buncit;

- Elakkan minum air masa tengah makan

- Elak daripada terus mandi selepas makan

- Lebihkan senaman pada bahagian perut (mulakan dengan senaman ringan pada permulaan)

- Jika punggung besar, tumpukan juga senaman pada bahagian tersebut.

Walaupun begitu, saya tak galakkan awak fokus untuk kurus dalam masa singkat. Biarlah kurus secara perlahan dan bukannya mendadak.

Bukannya apa, nanti masalah lain mungkin timbul. Contohnya masalah kulit dan jerawat pula yang berlaku. Nanti tak semena-mena dah bertambah masalah lagi.

Harap beberapa tip ni dapat beri idea untuk kempiskan perut dan punggung.

Moga berjaya merealisasikan hajat awak ya. :)

aisyah berkata...

Tq untuk info ni.suka blog ni;-)

oktant on Januari 04, 2013 9:31 PTG berkata...

@ aisyah: Terima kasih kembali aisyah. :]

Tanpa Nama berkata...

Salam sy nak ty senaman ap best utk hilangkan lemak di paha?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez