Bagi anda yang sedang bersiap sedia untuk menurunkan berat badan, artikel ini adalah sambungan tulisan semalam. Apakah langkah seterusnya yang patut anda buat? Semuanya ada di bawah;
4. Salad Tanpa Mayonis
Tentu ramai yang sukakan salad kat sini. Termasuklah anda gak, kan?
Namun perlu diketahui jenis salad yang macam mana boleh membantu diet anda secara berkesan?
Salad tanpa mayonis - herdaily.com
Jawapannya adalah salad tanpa mayonis. Ataupun salad yang tak bercampur dengan bahan-bahan lain yang mengandungi banyak lemak dan berkalori tinggi.
5. Jumlah Kalori yang Bersesuaian
Dalam diet seharian, setiap lelaki memerlukan sebanyak 2500 kalori. Manakala seorang wanita pula memerlukan 2000 kalori sehari.
Mulai hari ini, anda berusahalah untuk mengambil jumlah kalori dalam lingkungan tersebut. Elakkan daripada terlalu kurang daripada jumlah di atas.
Ini kerana, jika jumlah kalori dalam badan anda terlalu sedikit ia akan menjejaskan tahap metabolisme. Anda dah tahu yang tahap metabolisme yang baik diperlukan untuk memudahkan proses pembakaran lemak dan kalori, kan?
Lagi satu, anda juga boleh mengalami anemia jika tahap metabolisme terjejas tau.
6. Bersenam Itu Perlu
Memang diet dan senaman tak boleh dipisahkan. Jika anda hanya berdiet dari segi pemakanan tapi mengabaikan senaman, hasilnya pasti mengecewakan.
Buat pengetahuan anda, bersenam juga akan meningkatkan tahap metabolisme. Jadi, nak atau tak, anda perlu bersenam.
Bersenam walaupun sibuk - rightattitudes.com
Andainya anda terlalu sibuk, cuba juga lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki selama 20 minit. Boleh juga naik tangga dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan rutin harian anda.
7. Kawal Penurunan Berat Badan
Walau seghairah manapun, pastikan anda menurunkan berat badan secara terkawal. Jauhi aktiviti yang mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak. Sebab biasanya ia akan meninggalkan kesan sampingan.
Antaranya seperti masalah gangguan hati dan ginjal anda terpaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.
Oleh itu, berikan diri anda masa. Tetapkan jumlah penurunan yang boleh dicapai dan masuk akal. Contohnya dalam seminggu anda nak turunkan sebanyak 0.5 kg. Paling tinggi pun 1 kg dalam seminggu. Ianya sudah memadai.
Sekian saja perkongsian kali ini. Saya harap anda teruskan usaha bagi mendapatkan berat badan ideal. Usah lekas berputus asa jika belum nampak sebarang perubahan. Usahakanlah hingga anda berjaya menguruskan badan yea.
Mudah-mudahan anda berjaya ya!
3 komen on "Sistem Menurunkan Berat Badan Anda? Siri 2"
berguna jugaa :D
@ AISHAH lovalova: Terima kasih. Mudah-mudahan sikit sebanyak dapat membantu awak ye. :)
salah satu langkah untuk menurukan berat badan dengan membuang toksin dari badan anda...harga rm24.50..jika berminat sila email di echah_82@yahoo.com ataw layari facebook eidalissashop@yahoo.com
Catat Ulasan