Bila berbicara soal kalori, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan masalah berat badan. Sebab itulah sesetengah anda begitu menitikberatkan soal pengambilan kalori. Tapi anda sedar tak sebenarnya terdapat beberapa cara untuk bakar kalori dalam badan?
Maklumlah dalam kesibukan seharian, ada kalanya anda mungkin terambil jumlah kalori yang berlebihan tanpa disedari. Kalau tak dikawal, berat badan anda pasti akan bertambah. Pinggang pun dah tak macam kerengga lagi. Huhu...
Sebagai penyelesaiannya, anda boleh cuba lakukan perkara-perkara berikut untuk membakar kalori berlebihan dalam badan;
1. Cuba kawal nafsu yang mendorong anda untuk makan secara berlebihan. Terutamanya bila berhadapan dengan segala macam hidangan yang boleh menggugat nafsu makan anda.
Huhu... saya tahu memang susah nak buat nih. Takpe ada cara lain lagi kat bawah nie.
2. Mulai hari ini, anda amalkan meminum teh hijau.
Teh Hijau
Ini kerana ada satu kajian yang berjaya membuktikan bahawa pengambilan teh hijau dalam diet harian boleh meningkatkan jumlah pembakaran kalori.
3. Makan di tempat yang sesuai. Sebagai contoh terbaik tentulah anda makan di meja makan.
Cuba elakkan makan sambil tengok tv atau berada di depan komputer. Tujuannya supaya anda tak makan secara berlebihan tanpa disedari.
4. Hindari daripada menyimpan makanan sama ada berat atau ringan dalam bilik tidur.
Tabiat ini sebenarnya kurang elok sebab ianya menggalakkan anda makan secara kerap dan berlebihan.
Sebagai alternatif, letakkan makanan di dapur atau di tempat yang sepatutnya. Sekiranya lagi jauh dari bilik tidur anda, itulah yang terbaik.
5. Rajin menggosok gigi dengan ubat gigi yang disukai.
Selepas gosok gigi, cuba gunakan ubat berkumur khas selepas menggosok gigi.
Ubat kumur
Amalan ini dikatakan mampu mengekang tabiat suka memakan makanan ringan. :)
6. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit setiap hari.
Ataupun anda berdiri di tingkap yang boleh ditembusi oleh cahaya matahari. Kaedah ini dikatakan baik sebab pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu pembakaran kalori serta mengawal nafsu makan anda.
7. Akhir sekali, anda luangkanlah masa seketika dengan mendengar jenis muzik yang digemari.
Haha... aktiviti ini dikatakan dapat membantu anda menghilangkan rasa lapar tau. Sebab ada kajian yang dijalankan mendapati individu yang melakukan aktiviti yang boleh menenangkan otak seperti mendengar muzik adalah sama seperti anda sedang menikmati makanan.
Jadi bila berasa lapar, anda cubalah mendengar muzik yang digemari. Mungkin ia dapat menghilangkan rasa lapar anda. :)
14 komen on "7 Cara Bakar Kalori Dalam Badan"
Duduk depan cahaya matahari kn kulit hitam..
@ Aiman: Cahaya matahari pd waktu pagi baik utk kulit.
Kemudiannya, awak tak perlu berdiri secara terus-menerus di bawah pancaran cahaya. Sebaliknya berdirilah di balik tingkap, cermin dan seumpamanya. :)
minumnya berapa kali sehari ?
@ Tanpa Nama: Teh hijau boleh diminum lepas makan tengahari dan malam. Dalam 2 kali sehari camtu.
cne nk cari teh ijau..leh tau? t klu terbli teh ijau yg bnyk pewrna dh x der khasiat
boh ade kuarkan teh hijau.
cameron pun ade kuarkan.
cari je...
teh hijau terjadi bukan sebab perwarna.
cuma daunnya dipetik dan diproses tanpa dikeringkan (masih hijau).
berbeza dgn teh biasa yg daunnya dikeringkan dulu sebelum diproses.
mendengar muzik adalah terapi terbaik untuk menghilangkan rasa lapar...percayalah kerana saya telah mencubanya
Makan perlahan juga sangat berkesan...Makan pagi dengan bijirin( oat ) sangat berkesan..
@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian awak semua. I like. ;)
@ siti: Setuju dgn siti. ;)
macm ane nk turun an berat bdn...berat bdn sy 63...dulu brt mcm nie jgk..lpz 2 kurus..n skunk dh naik alek..mcm ne nk wt ye...kongsi lh gn sy....
@ Tanpa Nama: Secara umumnya, awak perlu lakukan lebih banyak aktiviti fizikal berbanding jumlah kalori yg diambil setiap hari.
Selain artikel di atas, saya pernah kongsikan beberapa lagi artikel lain yg berkaitan.
Antaranya spt ~ Sistem Menurunkan Berat Badan Anda?
Harap ia membantu. :)
semalas2 senaman - jln kaki sejam pusing2 kawasan taman tmpt tinggal, dulu saya amalkan selama setahun, tak mkn malam selepas 8 mlm..dari zaiz XXL turun ke saiz S++. makan pagi wajib berat2 dan kurangkan mkn tengahari..minum air masak/mineral. apa pun kena konsisten dan kuat semangat. selepas setahun semua org kata saya ambil ubat kurus..sdgkan sy cuma jalan kaki setiap hari selama satu jam dan xmakan mlm
@ Tanpa Nama: Tahniah atas kejayaan awak. Terima kasih juga atas perkongsian. :)
Catat Ulasan