Sejak kebelakangan ini, saya dapati ramai individu yang dijangkiti demam campak. Terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama. Lagilah mudah nak kena, kan?
Justeru itu, ada satu petua demam campak yang ingin saya kongsi. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun semambu. Menurut pengamal perubatan tradisional, daun semambu ni mampu mengurangkan rasa miang pada seluruh badan.
Biasanya, Pokok Semambu (Melia Indica) boleh didapati pada halaman rumah masyarakat India. Selalunya mereka menjadikan ia sebagai pokok teduhan. Ataupun ia juga boleh ditemui di kawasan-kawasan tanah biasa.
Pokok Semambu (Melia Indica)
Cara menggunakan khasiat daun semambu ini adalah seperti berikut:
1. Ambil beberapa helai daun semambu dan bersihkannya.
2. Selepas dibersihkan, tumbukkan ia sampai lumat bersama-sama dengan sedikit beras. Anda juga boleh tambahkan sedikit kunyit jika ada.
3. Kemudian, sapukanlah bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi pada seluruh badan.
Ulangilah petua ini sehingga rasa miang di badan anda berkurangan atau sembuh. :)
Selamat Mencuba!
Sumber imej : rimbundahan.org
10 komen on "Petua Demam Campak dengan Daun Semambu"
terima kasih..info yang bergune..
@ Tanpa Nama: Sama-sama. Moga ianya boleh dimanfaatkan oleh awak sekeluarga ya. ;)
hi...tahu tak mcm mn nk hilangkan bekas lepas kena chickenpox? ur prompt response on this matter is highly appreciated. tq...
@ Tanpa Nama: Hai. Cuba awak buat petua yang pernah saya kongsikan di SINI
P.S: Maaf sebab lambat balas ya.
di mana nk cari daun semambu?
d kuching susah sangat nak cari daun nie...dahlah sekarang kedua2 anak kena cheken pox...mana nak dapat nieeeee
@ Tanpa Nama: Bagi tuan/puan yang sukar dapatkan daun semambu, boleh berikan air kelapa muda kepada pesakit tersebut.
Harap ia membantu.
Pokok semambu ada sepokok dua di taman tasik jaya...petaling jaya
wah.. besok nak cari kat sini. anak dah kene chicken pok
Klu ank umo 1thn,bole mnum air kelapa x?? Ank sy x nk mnum,klu daun semambu bole di bulat mndy x
Catat Ulasan