Merawat Bengkak, Salah Urat dan Terseliuh

Posted by Encik Oktant at Jumaat, April 02, 2010
Bagi anda yang sukakan gaya kehidupan aktif dan lasak; mengalami bengkak, salah urat dan terseliuh ni adalah lumrah, kan? Kesakitan yang dirasai selalunya tertumpu pada bahagian tangan ataupun kaki.

Tapi, anda sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit tu dengan cara tradisional. Petuanya adalah dengan menggunakan daun tembaga suasa. Biasanya daun ini tumbuh di tepi pantai dan pinggir hutan. Malah, ada juga sesetengah individu yang menjadikannya sebagai tanaman hiasan.


Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum)

Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum) - wikimedia.org




Cara merawatnya;


1. Ambil beberapa helai daun tembaga suasa.

2. Bersihkan daun tadi dan tumbuk sehingga lumat.

3. Kemudian, anda tampalkan pada bahagian yang bengkak, salah urat atau terseliuh tadi.

4. Selepas itu, balutkan bahagian yang telah ditampal dengan daun tadi.

Sebaiknya, anda balut juga menggunakan daun tembaga suasa. Jika khuatir ia lekas putus, layurkan dulu daun tersebut dengan api.

Itu saja. :)


Sebagai tambahan, petua ini pula khusus untuk anda merawat kawasan bengkak saja. Sekali lagi, khidmat daun tembaga suasa diperlukan.


Kaedahnya seperti berikut;

1. Ambil sehelai daun tembaga suasa dan bersihkannya.

2. Sapukan daun tadi dengan minyak kelapa.

3. Seterusnya, salai daun yang telah disapu dengan minyak kelapa di atas api.

4. Apabila daun itu kelihatan berminyak, anda boleh balutkannya pada kawasan yang bengkak.

5. Ulangi proses ini beberapa kali dengan daun yang baru sehinggalah hilang rasa sakit.


Selamat Mencuba!

27 komen on "Merawat Bengkak, Salah Urat dan Terseliuh"

Tanpa Nama berkata...

bagusnya!!!!!

oktant on Jun 13, 2011 12:28 PG berkata...

@ Tanpa Nama: =D

Tanpa Nama berkata...

saya sakit terseliuh jari ,tapi kalau saya ade bengkaka /tersalah urat
ITS,GOOD
;],;P,:>

Tanpa Nama berkata...

blh kah sy gna nei...sbb kaki sya lama sudah terseliuh?

oktant on Mei 23, 2012 12:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- :)

- Boleh cuba. Mudah-mudahan ia mujarab utk awak.

Tanpa Nama berkata...

my husband terkena bola kat dia punya zakar,so bengkak,cmne nk hlangkan ye

oktant on Jun 19, 2012 9:25 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Buat masa ini, saya kurang pasti petua yang sesuai buat suami puan. Maaf ya.

Tapi, saya doakan puan dan suami segera menemui penawarnya.

Nor Azurah Suhadi on Jun 21, 2012 12:48 PTG berkata...

sedang mencari daun ni.. tapi susah nye nak jumpe

Tanpa Nama berkata...

td petang sy main ragbi.pastu sy melompat.time nk landing,sy mungkin tsalah landing n lutut sy meletup.skrg ni bole gerakkan tp x bole nak lipat sgt.rasa spt urat kat bahagian depan lutut tu tsangkut.kaedah rawatan ni bole guna pakai jugak x utk lutut?

oktant on Jun 29, 2012 9:44 PTG berkata...

@ Nor Azurah Suhadi: Mudah-mudahan Nor segera menjumpainya.

@ Tanpa Nama: Saudara boleh mencubanya. Jika tiada perubahan positif, mungkin cuba pergi berurut ya.

Tanpa Nama berkata...

kaki sy bengkak kt blakang kt urat tu..dktr kate bgkak kt urat saraf..boleh ke sy cuba dgn cara ni?? sbb makin lame die membengkak ke hadapan kaki xboleh nk bengkok2kan.. nk jln pn sakit.. help me...

oktant on Julai 06, 2012 1:39 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak boleh mencubanya. Sekiranya tiada perubahan positif, cuba beralih ke alternatif lain spt berurut.

Nazeef on Ogos 18, 2012 10:03 PTG berkata...

Jangan pandang ringan dengan masalah sakit lenguh di seluruh badan kerana kebanyakan masalah berpunca daripada Masalah Urat...

Terdapat banyak testimoni untuk Pil Urat Hjh Rokiah..terbaru Tan Sri Jins Syamsudin telah beransur pulih menggunakan Pil Urat Hjh Rokiah dengan Izin Allah...

Lawati : http://herbamalays.blogspot.com

oktant on Ogos 18, 2012 11:02 PTG berkata...

@ Nazeef: Terima kasih di atas perkongsian Nazeef.

muttaqinnaeiman on September 18, 2012 6:32 PTG berkata...

Tangan saya bengkak sebab tahan bola kuat.bole ke guna cara nie sebb makin lame makin bengkak

oktant on September 18, 2012 7:57 PTG berkata...

@ muttaqinnaeiman: InsyaAllah boleh. Cubalah dengan yakin.

Moga awak lekas sembuh.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..anak sy 9bln,mugkin terseliyuh kat bhgian tulang peha..xblh bergerak kaki,jari kaki je blh grak..adakah asbab daun ni blh di gunakan??

oktant on September 20, 2012 11:45 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. Boleh cuba gunakan daun ini.

Saya doakan anaknya lekas sembuh. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Nanti sy akn cri daun 2..tq kerana bg petua itu.

oktant on Disember 18, 2012 6:15 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Baiklah. Moga urusan awak dipermudahkan-Nya.

Terima kasih kembali.

Tanpa Nama berkata...

saya ni terpelecok kat dpn petronas, lepas tu saya pergilah jumpa doktor... katanya urat sudah putus.. boleh gunakah kaedah ini

oktant on Disember 26, 2012 9:13 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau urat dah terputus, ia mungkin berbeza. Wallahua'lam.

Saya cadangkan tuan berubat tradisional. Terutamanya dengan mereka yang gunakan ayat Al-Quran. InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Saya doakan kesihatan dan kesejahteraan tuan. Aamiin.

ABDUL HAFIZ on Februari 21, 2013 8:44 PG berkata...

salam tapak kaki sy bengkak sbb kena paku..akibat selalu jalan jongkit2 urat jd tersalah...boleh ke cara ni nk surutkan bengkak kaki sy?

Tanpa Nama berkata...

tgn sye seliuh nie...tp kt cni xde daun lembga suasa...daun lain bleh x

Mie Ann on Januari 31, 2014 10:51 PG berkata...

Kalau salah urat bahagian leher boleh x? Baby 10bln..

ikhtiarjaya on November 28, 2014 12:06 PG berkata...

Terima kasih dengan perkongsian ni, emak saya pun suruh pakai daun ni untuk tangan saya yang terseliuh dan bengkak.

oktant on November 28, 2014 12:56 PTG berkata...

@ Mie Ann: Insya Allah. Puan boleh mencubanya. Moga leher anak puan lekas sembuh. Amiin.


@ ikhtiarjaya: Sama-sama. Moga tangan saudara lekas sembuh ya. Amiin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez