Petua Kecantikan: Lebatkan Bulu Kening Anda

Posted by Unknown at Jumaat, November 07, 2008
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Bulu kening yang lebat pastinya akan menambahkan lagi kecantikan wajah anda. Tentu anda inginkan bulu kening yang lebat dan cantik, kan?

Ada yang mengatakan yang lendir lidah buaya mampu mencantikkan bulu kening anda. Cuma ambil daun lidah buaya dah ramaskannya hingga melekit. Kemudian, sapukan jer pada bulu kening anda.

Rajah 1: Lidah Buaya (Sumber: Wikipedia)



Tapi saya nak tambah skit petua lebatkan bulu kening ni. Sebagai alternatif untuk anda yang sukar nak menjumpai pokok lidah buaya ni.

Antaranya;

1. Sapukan lemak ayam pada bulu kening anda tu. Amalkan 2 kali sehari.

ATAU

2. Bakar sebiji kelapa dan diambil minyaknya tu. Kemudian, sapukan minyak kelapa tu pada kening anda.

ATAU

3. Gunakan buah keras. Kat bawah ni ada gambarnya sekali.

Rajah 2: Pokok Buah Keras (Sumber: Wikipedia)



Rajah 3: Buah Keras (Sumber: Wikipedia)



Anda perlu buang dulu kulit buah keras ni. Kemudian bakar buah keras tadi sehingga hitam dan keluar minyaknya.

Sapukan minyak tu kat bulu kening anda 2 kali sehari. Amalkan selama 1 minggu.

Harap-harap, pada anda yang nak lebatkan bulu kening tu, bolehlah try petua kat atas yer.

Selamat Mencuba!

26 komen on "Petua Kecantikan: Lebatkan Bulu Kening Anda"

Stylo_Rempit on Mei 14, 2010 2:36 PTG berkata...

Nak lebatkan bulu kening senang jer.. sapu jer kunyit hidup kat kening.. awek sya dah try..ok menjadi.. ;p

oktant on Mei 14, 2010 4:48 PTG berkata...

@ Stylo_Rempit: Alhamdulillah... baguslah kalo camtu. Mungkin anda yang berhajat boleh terus mencuba lepas ni. :)

Tanpa Nama berkata...

cara mak akak ...
dari cucu dia kecik hingga besar...
beli 1 botol minyak zamzam hair oil....
lumur pada rambut dan kening...

oktant on Mei 16, 2010 2:20 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih sekali lagi atas petua yang dikongsi hasil daripada pengalaman keluarga. :)

'AiN MuSthAfA on Ogos 23, 2010 10:17 PG berkata...

nk tnya bakar tuh ats kual tnpa minyak bule tk? ke letakkn atas api dapur gas je?

oktant on Ogos 28, 2010 2:41 PG berkata...

@ 'AiN MuSthAfA: Bakar kat atas api dapur gas je. :)

Tanpa Nama berkata...

mne satu care paling cepat berkesan?

Tanpa Nama berkata...

kunyit je cnang cari....

Tanpa Nama berkata...

untuq baby pulaq macamane..?? same jugaq ker??

oktant on Ogos 06, 2011 4:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Saya kurang pasti mana satu yg lebih berkesan. Tapi, jika diizinkan-Nya, semua petua di atas berkesan. Insya-Allah.

- Rasanya boleh juga. Terutamanya yg guna minyak kelapa.

Tanpa Nama berkata...

saya dah buat...memang berkesan...bulu mata bawah n atas dah lebat skit n panjang...heee..:-)

oktant on November 14, 2011 3:53 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Sy tumpang gembira. ;)

Terima kasih banyak juga atas maklumbalas awak.

Tanpa Nama berkata...

boleh gune buah keras yg tdpt dr kedai
liza

oktant on Disember 16, 2011 5:15 PTG berkata...

@ liza: Boleh.

Tanpa Nama berkata...

Salam...jadi ke sapu kunyit hidup? lately kening sy luruh la..huhu ;(

Tanpa Nama berkata...

kening jd lebat mcm sin chan :D

Tanpa Nama berkata...

Org usaha nk lbtkn kening tp da yg xbsyukur nk cabut sampai halus

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum bagaimana nak lebatkan bulu kening dgn cepat ?? selain dari kunyit,buahkeras,kelapa ada tak? lidah buaya saya ada tapi ta tahu macam mana nak letak ! dan macam mana nak hilangkan bintik hitam di sebelah hidung??

Tanpa Nama berkata...

Ada sapa2 tak boleh tlong saya.kening saya luruh la...tension dibuatnye..pkai minyak zam zam pun tak menjadi...

Tanpa Nama berkata...

sya lgi dahsyat..kening separuh jer...huhu...asyik kna gelak je kat org...

Tanpa Nama berkata...

lidah buaya.....sya pkai x menjdi la.....kunyit belom cube lgi....agat mjdi x?

Tanpa Nama berkata...

Buah keras tu pki stiap hri ke

oktant on September 07, 2015 2:46 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Awak cuba guna minyak zaitun pula. In Shaa Allah boleh lebatkan bulu.

- Ya, buat 2 kali sehari.


Harap ia membantu kengkawan semua. :)

Unknown on Disember 06, 2015 4:08 PTG berkata...

Kalau guna minyak kelapa dara boleh ?

Tanpa Nama berkata...

Kak SAP APA kat kening? Kunyit hidup k?

oktant on Ogos 07, 2016 9:57 PG berkata...

@ Nurin Jazlina: In Sha Allah boleh.

@ Tanpa Nama: Awak boleh cuba sapu satu bahan dulu.

Contohnya, jika nak cuba sapu kunyit hidup, amalkan perkara tersebut saja dulu.

Sekiranya sesuai dengan awak, boleh teruskan.

Jika sebaliknya, boleh cuba salah satu bahan yang telah saya kongsikan di atas.


Harap-harap ia membantu awak berdua ya. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez