Petua Kecantikan: Satu Lagi Ubat Jerawat

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Jerawat Oh Jerawat! Walaupun kau kecik tetapi kau tetap merunsingkan setiap makhluk yang bergelar manusia. Hehehe... Kalau yang tumbuh tu jerawat batu, lagilah risau dibuatnya. Kalau tak gatal, bolehlah tahan. Tapi kalau jenis yang gatal tu, memang rimas dibuatnya. Tangan ni asyik nak kotes jer. Akibatnya, jerawat tu bukannya makin surut, tetapi makin parah sey!

Ouwh, masalah seperti ini kebiasaannya merungsingkan para remaja kita. Mana taknya, masa remaja nilah jerawat mula mekar tumbuh dengan galaknya. Kekadang kalau tak berangan pun tumbuh gak. Kalau yang kuat berangan tu, sendiri mau ingat aah!

Ooops..Jangan mudah putus asa. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sebelum ini pun saya dah kongsikan satu petua hilangkan jerawat.

Kali ni saya terpanggil lagi untuk tambah satu lagi petua hilangkan jerawat. Maklumlah, jerawat ni masalah universal. Tak semua orang yang sesuai dengan sesuatu cara tu.


Langkah-langkah yang perlu anda buat adalah:


1. Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air. Pastikan campuran keduanya tak terlalu pekat atau cair. Just nice. :)

2. Sapukan campuran tepung sagu dan air tadi ke seluruh muka anda macam pakai bedak sejuk.

3. Amalkan setiap malam atau sehingga sembuh. Kalau dah sembuh tetapi masih nak teruskan pun boleh.

4. Pada keesokan pagi, cuci muka anda yang dah penuh dengan tepung keromak sagu dengan air suam.

5. Itu saja. Jika tiada aral, cara ini boleh membantu anda hilangkan jerawat. :D

Selamat Mencuba!

97 ulasan:

  1. Ada satu lagi cara. Saya terjumpa sbuah website yg cerita terperinci pasal msalah jerawat ni. Dengar khabar tak pakai apa-apa petua. Langkah keras, mudah dan straight to the point.

    firnena.com

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama:

    Ya, saya dah baca website tu. Tapi, saya kurang pasti apa dia teknik2 keras. Cuma satu saja teknik yang dikongsikan kat situ iaitu Rokok Resdung.

    BalasPadam
  3. rokok resdung pun sy dah cuba tapi tak ada ape2 pun kesan..

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: kalo cam tu, cuba petua tepung sagu kat atas tu. amalkan sampai dapat hasilnya. kalo boleh, pada peringkat awal buat tiap2 malam.

    kemudian, bila dah cantik sikit kulit tu, anda buat 2-3 kali seminggu pun ok.

    BalasPadam
  5. ok ke petua dah..sbb mke sy nie skung makin byk plak jerawat sejak keje opis nie dlu xdlah plak..
    rmai jgk yg tgur psal mke sy kan 2 sy jd risau plak...

    BalasPadam
  6. Awak boleh cuba petua di atas tu. Kalau nak surutkan jerawat, boleh gak sapukan sikit minyak gamat pd jerawat tu. Dalam beberapa hari je dah boleh lihat hasilnya.

    Masa saya ada masalah jerawat dulu, macam2 petua saya cuba. Tapi semua yg tradisional la. Cuma ada sesetengahnya makan masa berbulan2 utk menghilangkan jerawat dan kesannya sekali.

    Jadi jgn risau sangat. Cuba mana2 petua tradisional yg menggunakan bahan2 semulajadi. Biasanya ia memang mujarab. Cuma anda perlu sabar sikit dan amalkannya secara berterusan.

    Di samping itu, mungkin ada petua yg awak serasi dan begitulah sebaliknya. Jadi awak perlu peka dgn keadaan kulit muka bila mencuba sesuatu petua tu.

    Lagi satu, banyak faktor lain yg perlu awak ambil kira mcm pemakanan, elakkan tekanan yg berlebihan, amalkan senaman, selalulah bersihkan muka dgn air bersih & banyakkan berdoa.

    Harap penerangan di atas dapat membantu awak. :)

    BalasPadam
  7. pakai je produk qurrotaaini!!saya pkai jap ja ilang...

    BalasPadam
  8. mana nk dpt produk qurrotaaini? farmasi ada x?

    BalasPadam
  9. cara lain lagi ada tak?

    BalasPadam
  10. apa kegunaan sebenar produk qurrotaaini??

    BalasPadam
  11. kalo awak tak keberatan, boleh tak kongsikan tentang masalah jerawat yg dialami. tujuannya agar saya dapat kongsikan @ carikan petua yang berkaitan dgn masalah awak.

    mengenai produk qurrotaaini tu, saya kurang arif. sebab tak pernah pakai.

    harap jika ada rakan2 lain yg tahu, bolehlah kongsikan info tentang produk tersebut di sini.

    BalasPadam
  12. kalau menggunakan minyak gamat ia boleh surutkan dalam masa terdekat x??

    BalasPadam
  13. mna lgi cepat,mnyak gamat ataupun mnyak cap kapak?

    BalasPadam
  14. Lebih kurang sama. Sebab tujuannya hanya utk surutkan jerawat je. Letak waktu malam sebelum tido, keesokan paginya jerawat tu akan surut skit.

    Tapi saya lebih suka guna minyak gamat. Kalo dah takde minyak gamat dlm simpanan, barulah saya pakai minyak cap kapak.

    BalasPadam
  15. pertanyaan : adakah pemakaian alat perancg kuarga like iucd mghasilkan jrwt.

    BalasPadam
  16. Maaf puan. Buat masa ni, saya kurang pasti pula mengenai hal tersebut. Jika saya dapat sebarang info mengenainya, saya akan kongsikan di blog ini kelak. :)

    BalasPadam
  17. dalam berapa hari jerawat tu hilang kalau gunakan minyak gamat

    BalasPadam
  18. Sebenarnya, saya guna minyak gamat ni lebih bertujuan untuk surutkan jerawat aje.

    Tapi kalau jerawat awak tu sekadar jerawat biasa (bukan jerawat batu dll jenis jerawat yg agak serius), kemungkinan besar ia boleh hilang gak dgn menggunakan minyak gamat ni.

    Tempohnya lebih kurang dlm seminggu camtu. Tapi saya syorkan awak turut sertakan dgn amalan lain spt kerap membasuh muka dgn air bersih jikalau sering terdedah dgn habuk, asap dll.

    BalasPadam
  19. masalah saya jerawat selalu tumbuh dan agak kemerah-merahan,ada tak petua bg menghalang pertumbuhan jerawat ni

    BalasPadam
  20. tak betul la petua ini

    BalasPadam
  21. Seperti yg telah saya sebutkan di atas, petua ini mungkin tak sesuai dengan sesetengah individu. Tapi ia mungkin sesuai untuk sebahagian individu yg lain. Begitu juga dgn petua-petua lain yg ada di blog ni.

    Sebab itulah kalau diperhatikan, terdapat pelbagai petua untuk mengatasi/merawat sesuatu masalah atau penyakit. Cuma saudara/i perlulah sentiasa berusaha untuk mencari petua yang serasi bagi mengatasi masalah yg dihadapi.

    Harap maklum. :)

    BalasPadam
  22. kulit mka saya berlubanh2...keluar resdung kot..
    kering mcm nk bersisik...mcmn eh?
    bagi la petua yg mdh dicari

    BalasPadam
  23. qurrotaaini 2 bkn ker ubt mata??

    BalasPadam
  24. dlu muke sye licin tp sjk slh gne produk kcntikan muke sye jd b'jrwt dan smkin kusam...tp sjk 3bln yg lalu muke yg brjrwt sudah kmbli pulih dgn memakai produk giffarine yg akak sye syorkn..skang sye pula yg jd pgedar produk ini wlupun dr thailand tp ianya halal dan xde ksn smpingan pd kulit,,,wlupun ksn yg lmbt tp hsilnye sgt memuaskn...ini lah rhsia org thai kot....sbrg prtnyaan kol la sye 019-4440368....

    BalasPadam
  25. macamne nak hilangkan jerawat di tepi mata

    BalasPadam
  26. Awak boleh cuba mana2 petua penjagaan muka yang ada di blog ini.

    p.s: Sila rujuk di ruangan "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bawah.

    BalasPadam
  27. sy slalu naik jerawat..
    hahah sy senang je...
    setiap malm sy cume ambik gencu yg murah2 titik kt jerawat..esokn jerawat akan kering..

    BalasPadam
  28. campurkan bedak sejuk dengan sediki perahan limau nipis..insyaallah..kna rajin uat..sy dh uat..berkesan..alhamdulilah

    BalasPadam
  29. @ Tanpa Nama: Ok. Terima kasih atas tip serta petua awak. :)

    BalasPadam
  30. saya ada guna satu produk facial cleanser yg berasaskan asam jawa..atas nasihat my friend. mmg berkesan sbb dye dpt hilangkan parut jerawat saya.parut yg lame2 pn dh ilang.. Dulu saya suka tukar2 pencuci muka, skrg dh pakai yg ni, x tukar2 dh. what a good product.. nama produk tu a's first asam jawa
    kl sape nak tahu lanjut pasal produk tu, masuk kt website produk nih
    http://www.asfirstfacialcleanser.blogspot.com/
    ramai yg x tau pasal produk ni..so sy syorkan, sape2 yg ade parut kt muka tu , gunalah produk ni. mmg sgt9 berkesan!

    BalasPadam
  31. yg product a's firdt facial cleanser ni xde dijual di kedai biasa ke??mmg kena msj then bayar melalui bank ye??

    BalasPadam
  32. ha'a.. mmg beli on9. kena ikot cara dye..msj then bayar mlalui bank-in je.

    BalasPadam
  33. hoho..yess..dh order

    BalasPadam
  34. adik dah cuba macam2 laaa.....tapi jerawat adik tak hilang2....makin banyak lagi ada laa...adik dah naik fedup dah pasal jerawat2 nieee.ape lagi yg betul2 berkesan untuk ilangkan jerawat nieee...guna asam limau la pa la semua tak berkesan........

    BalasPadam
  35. kena jaga pemakanan juga.. ade org, seafood dan makanan kekacang x bley mkn

    BalasPadam
  36. muka saya ni ade sdikit jerawat....ia b0leh hilang dngan cpat x klau pkai petua di ats 2

    BalasPadam
  37. @ Tanpa Nama:

    - Kalau susah sangat, adik amalkan pakai bedak sejuk setiap malam jer. Esok pagi cuci bedak sejuk dengan air bersih.

    - Ya, bab pemakanan mmg perlu dijaga.

    - Kalau nak cepat, saya tak pasti. Kalau jerawat biasa mungkin boleh. Tapi kalau jerawat yg terlampau banyak, agar susah gak untuk pulih dgn cepat.

    Namun, apa yang penting ialah mencuba. :)

    BalasPadam
  38. sy pun nk kongsi ckt..psl prodct2 ni sy x percya dh..sy cm amlkn telan(evening primrose oil(EPO)2x shri..dh dkt 2thn sy amlkn,alhmdllh,jrawt sy dh mula kurg skrg..sape2 yg nk cuba,blh la..kya dgn vit E..cuba la ye..moga2 kita semua bebas dr masalh jrwt..aamiin

    BalasPadam
  39. saya nk tnye..apa petua yg paling biasa org gunakan utk hilangkn jerawat dlm msa yg plg singkat?

    BalasPadam
  40. assalamualaikum semua,

    muka saya ni sekrg ada jerawat halus terutama tumbuh di kening dan pp sekrg berbekas gelap pulak. kekadang gatal.. boleh tlg mcm mana nak mengatasi masalah jerawat halus/kecil yang gatal?

    BalasPadam
  41. cmna nk ilankan bekas jerawat..dya berwarna coklat..cmna nk ilangkan dgn cpat ?

    BalasPadam
  42. gune a's first facial cleanser bole ilangkannye. produk tu mmg utk ilangkan bekas jerawat and parut2 jerawat. sy dh try dh. wlaupun bekas jerawat sy dh ilang, tp sy stil guna produk ni utk cuci muka sy setiap hari. dye leh tegangkan kulit muka n leh hilangkan sy pnye black head di muka terutama area hidung sy. x payah dh guna scrub muka. best produk ni. try lah klau x caye

    BalasPadam
  43. Sy baru je order sebulan yang lalu.. dh pakai dh.. Alhamdulillah, parut jerawat saya cepat kecut dan cepat hilang.best betol..thanks pd tanpa nama berkata. produk a's fisrt bgus sgt. x nyesal sy order . =))
    thanks jgk pd oktant cz adakan wesite ni. nsib bek jumpe website nih. scara x lgsung leh selesaikn masalah sy. tq

    BalasPadam
  44. @ adree84: Tahniah di atas kejayaan awak. Sama-sama. :)

    BalasPadam
  45. salam kpd pembaca.. sy ni mengalami masalah jerawat yg sgt teruk sejak dr tingkatan 3.. mcm2 yg sy dh guna.. mak smpaikn risau tgk sy murung je.. pd pertengahan tingkatan 6 sy telah dperkenalkan dgn 1 produk kesihatan.. masalah stp org yg mngalami masalah jerawat ni adalah fktor darah (dan fktor2 yg anda sndiri sedia mklum).. sy mkn vitamin c dan pakai pncuci muka yg disyorkan.. alhamdulillah kesan lebam kt muka akibat jerawat dh surut.. dah putih gebu kulit sy.. skrg jerawat masih ada tmbuh tp still boleh surut sbb sy mkn vitamin c.. cari la kt farmasi.. murah je.. jenama x kisah asalkan ada kelulusan... =)

    BalasPadam
  46. muke saye tak de la bnyak sangt jrawat..tpi tiap2 ari tmbuh..so muke saye pun jd merah myale..budak2 pun takut dengan muke saye..ramai yang tgur..muke saye jugak slalu brmyak..kdang2 tmbuh jrawat yang brnanah..ade petu yang cepat tak untuk masalah saye nie..

    BalasPadam
  47. saya ada satu lagi cara iaitu dgn menggunakan kunyit hidup. kunyit ni keras jadi kena kikis. agak susah tapi memang berkesan. campur sikit air. lepas tu sapu di jerawat. tapi saya sapu di seluruh muka. lebih berkesan kalau buat waktu malam esoknya baru basuh. alhamdullilah, jerawat mengecut, parutnya semakin hilang dan kulit lebih licin :D.

    BalasPadam
  48. @ Tanpa Nama: Terima kasih sudi berkongsi petua kunyit hidup di atas. Sesuatu yg baru sy ketahui. :)

    BalasPadam
  49. betul ke produk A's First Facial Cleanser 2 menjadi?

    BalasPadam
  50. honestly, sy pakai menjadi. Parut cepat hilang n muka nampak lg bersih

    BalasPadam
  51. mane nk cari a's facial cleanser tu

    BalasPadam
  52. sy tempah on9 aje. refer on website ini:
    http://asfirstfacialcleanser.blogspot.com/

    BalasPadam
  53. jerawat yang bernanah....lmbt sembuh....meninggalkan tompok hitam or bintik hitam yg susah nak hilang or pudar.bagaimna nak tangani jerawat jenis ini?ad petua yg berguna x?

    berkenaan minyak gamat yg anda maksdkan,ada berapakah jenis minyak gamat yg ssuai dgunakan?
    boleh x anda nyatakan jenis minyak gamat tersebut?

    BalasPadam
  54. @ Tanpa Nama: Saya harap awak dpt cuba petua yg pernah sy kongsikan di blog ini. Harap awak sudi luangkan lebih masa utk "explore" blog ini.

    Sila gunakan ruangan search (bhgn atas kanan blog ni) yer.

    Gunakan minyak gamat yg biasa saja. Biasanya dlm botol kecil tutup warna merah. ;)

    Harap ia membantu awak.

    BalasPadam
  55. betul ke minyak gamat@minyak cap kapak bleh hilangkan jerawat??

    BalasPadam
  56. @ Tanpa Nama: Memula ia akan surutkan jerawat dulu.

    Lepas tu kalau awak teruskan sapu kat muka setiap malam, Insya-Allah jerawat tu boleh hilang.

    Itu adalah pengalaman sy kalau ditumbuhi jerawat biasa.

    Kalau jerawat batu dll, awak perlu cuba dulu yea.

    BalasPadam
  57. juz want to share....baru2 ni jerawat saya makin bnyk naek sbb mkn smbl belacan...hehe...geram sgt dh bertahun berpantang...dh membiak balik jerawat 2, sy geram sgt saya sapu ubt gigi dkt jerawat 2...esoknya dh kering...cuba la...

    BalasPadam
  58. @ Tanpa Nama: Oke. Terima kasih sbb sudi "share" dgn kengkawan kat sini. :)

    BalasPadam
  59. sapa2 yg pkai cleanser mmg bgus aq dh cuba

    BalasPadam
  60. (mia)...oktant sye bru ting1..sye bli 3 pncuci muka...ia brmacam jnis..adakah kene pkai wktu yg sama smua nye

    BalasPadam
  61. @ mia: Sebaik-baiknya mia pakai sejenis pencuci muka aje pd satu-satu masa.

    BalasPadam
  62. (mia)tq oktan,,,

    BalasPadam
  63. (mia)oxy bgus ke untuk teenange

    BalasPadam
  64. @ mia: Sy kurang pasti. Sbb sy pun tak pernah guna.

    Dulu ada seorang rakan sy pakai, tp dia agak kecewa dgn hasil yg diperolehi.

    BalasPadam
  65. (mia)klau oktant sarankan pencuci muka yg mne untuk teenage..

    BalasPadam
  66. @ mia: Mgkn mia boleh cuba Vaseline.

    BalasPadam
  67. (mia)lau garnier

    BalasPadam
  68. @ mia: Sebenarnya jenama apa pun boleh. Apa yg lebih penting ia sesuai dgn kulit mia.

    BalasPadam
  69. oktant muka saya ada jerawat kecil2 kat dahi

    & tpi hidung....

    BalasPadam
  70. leh trangkan ..facial foam..scrub..moisturizer cara keguaanaan nye.dan waktu nye

    BalasPadam
  71. boleh ke kalau budak remaja menggunakan a's first facial cleanser ?

    BalasPadam
  72. @ Tanpa Nama:

    - Sy harap awak dpt mencuba petua yg telah dikongsikan yea.

    - Facial foam biasanya kita pakai 2x sehari. Iaitu pagi 1x, mlm 1x.

    Tapi, kita boleh mencuci muka dgn hanya menggunakan air bersih selain drpd waktu pagi atau mlm. Terutamanya kalau kita perlu kerja di luar/jalani sbrg aktiviti luar.

    Lepas basuh muka dgn air bersih, lapkan dgn tuala@kain lembut.


    Kalau scrub, kita pakai hanya sekali atau dua kali saja dlm seminggu. Jgn pakai terlalu kerap.

    Lepas pakai scrub, barulah guna facial foam.


    Manakala moisturizer pula, pakai lepas dah cuci muka dgn facial foam & lap dgn tuala lembut. Pakailah setiap hari sblm keluar rumah.


    Rasanya itu saja kot. ;)

    BalasPadam
  73. kalo jerawat batu bkesan ke kalo gne mnyak gmat je?? dy bkesan ntok mse yg cpat x??

    BalasPadam
  74. @ Tanpa Nama: Biasanya sy guna minyak gamat utk surutkan jerawat biasa.

    Tapi, awak boleh cuba sapu pd jerawat batu. Cepat atau lambat tu sy kurang pasti. Maaf ya.

    p.s: Sy doakan mudah-mudahan usaha awak berhasil ya. Amin.

    BalasPadam
  75. @ Tanpa Nama: Boleh juga sapukan minyak gamat ke jerawat batu. Tak perlu takut, tapi mesti yakin. :)

    BalasPadam
  76. Dah lama jugak topik ni tapi saya nak kongsi bagaiman untuk hilangkan jerawat satu cara modern dan satu petua traditional.
    Untuk modern saya sarankan siapa2 yg mempunyai jerawat terus berjumpa dengan pakar kulit bukan doktor biasa ya tapi doktor kulit. Klu cara ni doktor boleh check masalah jerawat anda berpunca dari mana cthnya hormon, kulit berminyak, pemakanan etc so dia blh sarankan ubat yg bersesuaian. Ini dari pengalaman saya coz saya mempunya kulit yg berjerwat dari sekolah menengah lagi hingga masuk universiti semakin teruk dan hingga bekerja. Macam2 jenis ubat guna kadang hilang kadang tumbuh balik jerawat. Bila dah guna ubat dari klinik jerawt pun dah hilang tinggl parut jer.

    Untuk petua traditional ambik
    bedak sejuk + limau nipis (untuk mematikan bakteria pada jerawat) + bunga melur (mengembalikan seri pada muka)
    amal tiap2 malam buat macam masker sy amal selama 2/3 bulan dulu ambik masa jugak nk hilang kena sabar n pantg makan benda2 minyak.

    BalasPadam
  77. @ mizz zaza: Terima kasih banyak di atas perkongsian mizz zaza.

    Harap ia dapat memberi manfaat kepada saya & rakan-rakan lain.

    BalasPadam
  78. salam...saya nak tanya a's first facial cleanser tu blh hilangkan parut jerawat yg berlubang x?

    BalasPadam
  79. Muke sy berjerawat,selepas sy pk cosmetic bermercury,trs sy pk kelly,hilang 1 jerawat tumbuh plk 2 jerawat,pk ape yng bgs ye bwt mk sy ni.?

    BalasPadam
  80. aahhh ada jerawat kat atas bibir ni!!! kat tempat lain takde tapi kat situ ada lak. da la lusa nak naik pentas ambk adiah,huhu asenye law gune minyak gamat leh ilang ke lam tempoh tu? or ada cara lain? tq sesgt-_-

    BalasPadam
  81. @ cendolPucino: Ia boleh surutkan. Nak hilang terus, mgkn tak sempat.

    BalasPadam
  82. Penyelesaian kepada masalah JERAWAT,PARUT JERAWAT,JERAGAT,KULIT BERMINYAK,KUSAM..
    dapatkan set TRIAL AS BEAUTY RM50 SAHAJA...
    pm me 013-2939718 2 view more www.missanabeauty.blogspot.com

    BalasPadam
  83. salam...

    Ada ke cara yg brkesan?dlu thn 2010 jerawat di muka saya xda..tpi start thn 2011,saya start pkai pencuci muka..tpi slpas tu nampak jerawat makin byk,dan slps tu saya pun brtukar kpd pelbagai jenama pencuci muka sprti oxy,t3,..tpi lama2 kelamaan jerawat makin byk di seluruh muka,..ubat jerawat jenama oxy,t3 pun x mbri kesan..tpi start bulan 7 thn lps,saya brhenti mgambil pencuci muka ni..xguna apa2 dah,setiap hari cuci je muka dgn air mutlak..shingga skrg jerawat ni (ntah,xtau nk sbut)..kalau sblum sy brhenti mmkai pencuci muka +ubat jerawat,jerawat saya tumbuh jenis yg jerawat batu,nanah..tpi slps brhenti guna pencuci muka+ubat jerawat tu,jerawat nanah+batu ni xda lah,tpi ada mcm kemerahan,tpi xtimbul..xtau nk sbut pulak..muka saya kotor la sdikit..

    Smpai skrg,saya dah trauma nk pkai pncuci muka+ubt jerawat tu..ada x cara lain utk hilangkan kemerahan kat muka saya ni?

    BalasPadam
  84. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Saya kurang pasti punca sebenarnya. Tapi, kemungkinan besar pencuci muka yang pernah digunakan tidak sesuai dengan kulit muka awak.

    Cadangan saya, cuba awak gunakan sabun taharah.

    Tentang kemerahan tu, ia mungkin alahan. Cuba awak sapukan dengan minyak gamat pada seluruh muka sebelum tidur. Keesokan paginya baru cuci muka.


    Harap ia membantu.

    BalasPadam
  85. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  86. macam mane nak hilangkan jerawat & parut jerawat untuk teenange??

    BalasPadam
  87. Sy dh cuba bermacm2 prduk untk mnghlngkn jrwt tp tdk pndai hlng2 jrwt sy..
    Prduk apa ar,yg plng sesuai untk mnghlngkn jrwt..
    Please bntu..

    BalasPadam
  88. pakai minyak gamat jew

    BalasPadam
  89. Betul tu. Minyak gamat pun boleh awak gunakan untuk mengecutkan dan menghilangkan bekas jerawat biasa.

    BalasPadam
  90. Ada jerawat dekat atas hidung sy . Makin hari makin besar . Kdg2 lepas sy picit je sy taruh bio oil takut ada tnggal kesan parut . Ia menjadi tapi jerawat atas hidung still ada ag . Boleh tolong takK ?

    BalasPadam
  91. Asalamualaikum . Mcm mana nak hilang parut ehh ? Kdg2 jerawat tu dah hilang tapi still tertinggal kesan parut

    BalasPadam
  92. @ Tanpa Nama:

    - Kalau boleh, elakkan daripada terkena kuku ketika picit jerawat. Sebab jika berparut, boleh kata agak mustahil untuk menghilangkan parut tersebut.

    Sebagai usaha ikhtiar, cuba awak sapukan dengan lendir lidah buaya pada bahagian yang berparut setiap malam. Ataupun 3 malam dalam seminggu.

    Selain gunakan jari/kuku untuk picit jerawat, awak boleh gunakan alatan yang bersesuaian supaya ia tidak mencacatkan kulit muka awak.

    Jika awak nak cari alatan tersebut secara "online", saya cadangkan awak tanya ataupun boleh tengok-tengok dulu di laman web Dr Hassenah.


    - Waalaikumussalam wbt.

    Cuba awak sapukan dengan lendir lidah buaya pada parut tersebut. Ataupun sapu terus ke seluruh muka.

    Kalau agak susah nak cari lidah buaya, awak boleh sapu dengan minyak gamat. Awak boleh rujuk pada artikel Minyak Gamat Mampu Hilangkan Jerawat.

    Minyak gamat ini pun bukan hanya tertumpu di muka saja. Malah kalau ada jerawat di badan pun boleh cuba sapukannya.


    Harap ia membantu awak berdua ya.

    BalasPadam