Rutin yang memerlukan anda bekerja di depan komputer, kurang tidur dan kekurangan nutrisi akan menyebabkan mata letih. Bila hal ini berterusan, kesan lebam bawah mata pun mulai muncul.
Bilamana lebam bawah mata tu mula kelihatan, anda tentu panik, kan? Segan pun ada gak. Tapi nak buat camne, anda sendiri yang mengabaikan kesihatan mata.
Bila bekerja di depan komputer, susah nak berhenti. Walaupun sekejap aje. Secara tak langsung, anda sebenarnya memaksa mata untuk terus bekerja. Mata anda pun tahu letih gak.
Jika terus dipaksa, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak darah yang ada di kawasan bawah mata, itu yang membuatkan warnanya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit muka yang lain.
Justeru, untuk hilangkan lebam bawah mata yang kelihatan, anda amalkanlah beberapa perkara;
1. Banyakkan meminum air kosong.
Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.
2. Makan sayur-sayuran hijau
Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.
3. Gunakan timun atau tomato
Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?
Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.
Sekiranya anda berminat mengetahui info tambahan berkaitan lingkaran hitam bawah mata, sila ke artikel terdahulu. Saya ada sediakan pautannya di bawah;
58 komen on "Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata"
assalamualikum nak tanya. kalau dahi lebam macam mana? Nak kata kuat sembahyang tak, salah sujud pun tak.. ada sebab lain ke? lagi satu lebabm dia bukan macam lebam ornag kuat sembahyang.. dia macam hitam-hitam..baru-baru je dapat...
@ minta tolong: Waalaikumussalam. Saya sebenarnya pun kurang pasti dgn masalah awak alami tu. Maaf yea.
Info yang menarik dan bermanfaat untuk di ketahui bersama. Info tersebut juga ada sedikit sebanyak berkaitan dengan petua kuruskan badan
@ Khai: Terima kasih Khai. ;)
kata org..[pernah tdengar ustaz apa ntah yg berceramah]..dahi lebam bukan apa..sebenarnya itu adalah kerana masalah kulit yg sensitif...
@ aNa d'sKoDenG: Terima kasih.
sama-sama
kalau faktor keturunan , memang tak boleh hilangkan ke lingkaran bawah mata tu ?
gi mna sh cra alami mnghilangkan bawh mta hitam???
@ Tanpa Nama:
- Agak susah. Tapi tak mustahil.
- Caranya seperti yg di atas. ;)
mata saya ok sebelum ni,tapi ritu lepas keje part time 3hari tiba2 naik hitam bwh mata..terus x ilang...sedih btul...nk mata yg asal balik...kentang tu terus sapu kat mata xleh ke?
@ melati desa: Awak boleh cuba sapu terus kat bwh mata. Tapi pastikan tak terkena mata tau.
Mata saya xda lebam hitam di sekeliling tp bengkak d bawah mata..Ada x petua hilangkan bengkak d bawah mata tuh??
mcm mne nk ilangkan kedut bawah mate pulak ?
kalo lebam bawah mata dari faktor katurunan macam mane nk ilang kan.. ??
@ s.s: Cuba awak ambil bawang putih. Kupas kulitnya dan potong sedikit pd bhgn hujungnya.
Nanti akan keluar getah sikit. Kemudian, sapukan getah tu pada bawah kelopak mata.
Buat 2 kali sehari.
Selamat mencuba.
@ Tanpa Nama: Kalau kedut, cuba sapu dgn lendir lidah buaya setiap malam. Insya-Allah kulit boleh kembali tegang.
@ doraemon: Kalau faktor keturunan agak sukar utk dihilangkan. Ataupun hampir mustahil.
Tapi, adik boleh cuba petua di atas. Kalau tidak hilang sepenuhnya pun, sekurang-kurangnya ia mengurangkannya. Insya-Allah.
Harap membantu. :)
Saya ade masalh lingkaran gelap bwh mata yg agak serius la gak ! sedangkan umo saye bru 13 thn. saye amt risau serisau2 nye ! Sye dapt msalh nie dari kecik lagi tau. lapas bce artikel kt ats, sye terus tengok muke mak n ayh saye, n bru lah sye tau msalh saye adelh faktor keturunan ! mak sye kate mungkin masah nie x leh hilng ,sao, saye risau lah .kengkwan ramai da tego. PLESE tolong saye ! mcam mane nk hingkan bendalah penyebok nie ? PLESE !!!
@ dieyana: Cuba amalkan mana-mana petua yg dicadangkan. Ini dia pautan yg menyenaraikan petua yg boleh dieyana cuba ~ Lingkaran Hitam Bawah Mata.
Amalkan tanpa jemu. Sebab mungkin ia memakan masa sbb faktor keturunan.
sy ni ada masalah mata yg bsinar,,rsa2 apa yg meyebabkn mata ssorg itu brsinar ea..??
salam...saya mempunyai masalah lebam di bawah mata.Bolehkah saya tahu apakah faktor yg menyebabkan ia terjadi? Dan adakah saya boleh hilangkannya? kerana ibu dan ayah saya tidak mempunyai masalah tersebut.Menurut ibu saya,sy mempunyai masalah ini sejak kecil lagi (semulajadi)... HARAP ANDA DAPAT MEMBERI JAWAPAN YG TERBAIK
Waalaikumussalam wbt.
Kepada saudara/i yg bertanya soalan di atas, saya harap awak sudi rujuk artikel Kenapa Ada Lingkaran Hitam Bawah Mata Anda terlebih dahulu.
Sekian, terima kasih.
kalau lebam bawah mata guna ghee pun berkesan. masa tu saya sehari tak tidur malam. sebelum pergi kelas sapu ghee bawah mata. dalam 20min basuh. lepas tu dah boleh nampk kesannya
@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak. :)
Salam,mohon nasihat atau tips utk menghilangkan kesan hitam atau spt lebam pada dahi.mungkin kulit saya sensitif.lebih kurang 20thn agaknya saya dapat tanda tsbt di dahi ini dan dah larat jawab soalan drp rakan2 non muslim.asyik jawab birth mark shj.
Terima kasih.
Shah
Salam,mohon nasihat atau tips utk menghilangkan kesan hitam atau spt lebam pada dahi.mungkin kulit saya sensitif.lebih kurang 20thn agaknya saya dapat tanda tsbt di dahi ini dan dah larat jawab soalan drp rakan2 non muslim.asyik jawab birth mark shj.
Terima kasih.
Shah
@ SHAH: Waalaikumussalam wbt.
Pertama sekali, saya mohon maaf kerana buat masa ini saya belum dapat kongsikan tip agar SHAH dapat hilangkan kesan tersebut.
Pun begitu, jika saya ada petua mengenainya, saya akan kongsikan di blog ini.
Saya doakan yang terbaik untuk SHAH di atas kesudian mengunjungi blog ini.
ghee 2 ape ea?
saya mgalami lembam mata dari umur saya 13 tahun tidak tahu caranya bagi mghilangkan lmbam mata ni . dgan cara ibu saya myuruh mggunakan lidah buaya untuk sapu dimata tiada kesan apa2 pun . bila saya bergambar mesti perasan mata saya lembam nmpak lain smcam . rasa tersinggung cgat tak tahu nak buat mcm mna . dah cuba mcm2 cara untuk hilangkannya ttapi kkal nmpak :(
@ Tanpa Nama: Mungkin awak perlu ubah gaya hidup.
Setahu saya, selain faktor keturunan, ia berlaku kerana pengaliran darah pada bahagian bawah mata tidak lancar.
Mungkin disebabkan beberapa perkara seperti;
- Kurang minum air masak.
- Tidur lewat atau kurang tidur pada waktu malam.
- Menghadap skrin sama ada tv, komputer, smartphone atau tablet terlalu lama.
Jadi, kalau awak ada tabiat yang dinyatakan di atas, cuba ubah tabiat tersebut.
Di samping itu, barulah awak amalkan petua-petua yang disarankan oleh ibu atau sesiapa saja yang ada pengalaman.
Harap ia membantu awak ya. :)
Salam...sy 13 tahun...sy dah ada lingkaran gelap...macam mana nak buat...malulah...kalau mmg betul sbb keturunan..adakah ia tidak boleh dihilangkan?
Salam...sy 13 tahun...sy dah ada lingkaran gelap...macam mana nak buat...malulah...kalau mmg betul sbb keturunan..adakah ia tidak boleh dihilangkan?
@ NurMarissa: Waalaikumussalam wbt adik Nur Marissa.
Kalau disebabkan faktor keturunan, agak sukar. Tapi tak mustahil adik boleh hilangkannya.
Sama ada dengan amalkan petua tertentu & memakai krim khas untuk atasi masalah tersebut.
Antara petua yang boleh adik amalkan selain di atas:
1. 7 Langkah Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
Selain itu, gaya hidup adik pun memainkan peranan. Tidur malam mesti mencukupi, minum air masak secukupnya dan elakkan menonton tv atau menghadap pc/lappy/pad/hp/smartphone terlalu lama.
Bila saya senyum timbul bengkak bawah mata.. I mean senyum atau ketawa laaa tp bila tidak senyum/ketawa okay ja... Really annoying .. Bila tegok gmbr.., bengkak tu sangat ketara? How to reduce dat? Thanks :)
@ Tanpa Nama: Awak boleh amalkan petua di atas.
Selain itu, pastikan waktu tidur malam awak mencukupi (6-8 jam) & teratur.
Saya akan cuba sebab malu la npk hitam je bila x make up. Huhu
SELALUNYA JUGA LETAK TIMUN KAT ATAS MATA BILA RASA MATA NI PENAT SGT
@ Tanpa Nama: Iya. Silakan. Saya doakan awak berjaya.
@ munna: Alhamdulillah, adakalanya saya pun amalkan petua tersebut.
Pun begitu, ada juga rakan kita yang lain amalkannya tetapi tidak dapat hasil yang dikehendaki.
Mungkin cara tersebut tidak sesuai dengan mereka.
Pun begitu, saya doakan mereka segera menemui cara yang sesuai dengan diri mereka.
tq atas petua yg diberikan. muda2 pun kena jaga penampilan mata..sy pakai kaca mata jd x berapa org x berapa nampak lebam di mata saya.
terima kasih atas petuahnya .
Terima kasih kembali saya ucapkan kepada kalian berdua ya.
petua2 nie memang berkesan..saya guna timun atau tomato....sampai muka pon merah..:-)
@ seribupilihan: Syukur Alhamdulillah. Terima kasih banyak atas perkongsian cik puan. :)
@ amer akat: Waalaikumussalam wbt.
Oke, terima kasih.
terima kasih share petua ni..
@ mama3heroo: Sama-sama puan. :)
thanks for the share..thnks for dropping by too....
pss...rietta pown mengharapkan org bg jerr...kt tmpat rietta, xde telur pindang...
@ HeNRieTTa JoSe: You're most welcome rietta. :)
Ouh, ok. Kat tempat saya pun susah juga nak jumpa sekarang nie. Kalau kat online pun ada juga yang menjualnya. Cuma biasanya perlu tempah dalam kuantiti yang agak banyak.
terima kasih tipsnya sangat membantu.
@ peluang usaha: Sama-sama. :)
macam mana nia bawah mata saya lembam saya tengok mata orang lain ok jee..tiap2 pagi pergi sekolah ramai kawan saya tegur mata saya Lebam..saya malu..
tQ.. Tips sangat membantu...sy pakai kaca mata jd x berapa nampak lebam di mata saya. :)
Sesama tuan Din.
pernah dengar org kata tea bag tu pun bagus jugak.. :)
good info. bab sayuran hijau tu sy mmg tak suka. hahahah
Perkongsian yg menarik. Sy pn mcm Ishak bab sayuran hijau tu mmg kurang skit hehe...terima kasih atas panduan yang berguna.
Bagaimana menghilangkan lebam kerana kulit mata agak nipis.saye pernah cube amalkan pemakaian Timun,tea bag, tomato,ais x kurang juga krim mata dari pakar kulit dan pakar mata. Tetapi masih tiada perubahan. Terkadang terlihat semakin jelas.
Bagus petua nie.. saya nie dahlah keje depan komputer 24 jam
Banyakkan ambil sumber dari vitamin k seperti avocado, timun. Sapu bawah mata pun bagus
Urutan guna minyak kelapa @ minyak avocado .buat urutan bulat keliling mata/5 ke 10 min
Catat Ulasan