Cara Menghilangkan Jerawat dan Bintik Hitam

Ramai di antara kita amat runsing dengan masalah jerawat dan bintik hitam yang ehhh... tetiba jer muncul. Saya faham benar dengan situasi tersebut. Kurang keyakinan dan teramat malu nak berdepan dengan orang lain. Terutamanya mereka yang masih remaja, kannn? Memasing nak menghilangkan jerawat dengan sekelip mata cepat aje.

Sekiranya anda nak hilangkan jerawat dengan cepat, anda takkan menjumpainya di sini. Tapi, kalau anda mahukan cara yang lebih mudah, mungkin ia sedikit mengembirakan. :)


Cara yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan pemakaian sabun taharah. Sabun seluruh tubuh badan anda dengan sabun taharah setiap kali mandi. Lepas itu, biarkan ia menyerap ke kulit anda dalam 30 saat. Kalau nak lama sikit pun boleh.

Akhir sekali, bilas muka dan tubuh badan dengan air secukupnya. Itu saja. Mudah, kan?

Andainya anda belum pernah tengok bagaimana rupanya, lihat saja gambar di bawah. Kalau tak cakap pun, anda dah tahu, kan? Pandai! 


Sabun Taharah


Sabun taharah ni banyak khasiatnya. Selain menghilangkan jerawat dan jeragat, saya senaraikan sebahagiannya khas untuk anda yea;

~ Mengurangkan garis penuaan dan kedutan

~ Menghilangkan penyakit kulit seperti gatal-gatal kulit, kudis, kulit kering, kurap, panau dan tumit pecah.

~ Menghalus serta melembabkan kulit

~ Menghilangkan bau badan


Tapi, di mana nak dapatkannya??? Carilah saja di farmasi yang berdekatan. Pasti ada. Harga yang tertera, biasanya RM5.90. Tapi anda boleh dapat RM5 sekotak, bergantung pada kedai.

Jika anda masih tak dapat cari, nak beli secara online pun boleh. Anda perlu tambah kos penghantaran saja. Taipkan saja "sabun taharah", anda mesti jumpalah. =)


Selamat mencuba sabun taharah yea!


P.S: Masa saya beli sabun taharah ni pada 2/2/2016, harganya dah berubah kepada RM7 sekotak. Harap maklum ya.



43 ulasan:

  1. MACAM MANA NAK HILANG KAN RUAM PADA MUKA .

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama: Boleh cuba gunakan sabun taharah ni jika ada ruam.

    BalasPadam
  3. cam mne itew nk hilangkan jerawat yg bru....munking jerawat yg baru mudah hilang ..kan????

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: Pertama sekali, teruskan rutin penjagaan muka spt biasa.

    Kemudian pada waktu malam sblm tidur, cuba sapu minyak gamat pd jerawat ataupun keseluruhan muka.

    Esok pagi barulah cuci muka dgn air biasa.

    BalasPadam
  5. First time dengar sabun ni maybe boleh cuba nanti :) Muka ni luar dalam kene jaga kan? Luaran mcm guna sabun or facial foam/cleanser yang sesuai..

    Also, dalaman pon perlu mcm vitamin2..Adaa dah amalkan supplement dan Alhamdulillah kulit dh kurang jerawat :)

    kulit bebas jerawat/rahsia kulit mulus dan berseri/hormone kembali stabil/rahsia mendapatkan kulit cantik/supplement dan kecantikan

    BalasPadam
  6. @ adaa: Betul tu. Sebaik-baiknya kita jaga luar dan dalam. :)

    BalasPadam
  7. klau sapu kt muka tu,sapu seluruh muka bley x

    BalasPadam
  8. klau sapu kt muka tu,sapu seluruh muka bley x

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Boleh. Lepas tu bilas dgn air sampai betul-betul bersih agar kulit muka tak kering.

    Selain muka, badan pun boleh.

    BalasPadam
  10. Bagus jgk sabun taharah ni.

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Ya. Saya pun dah tak pakai pencuci muka lain sejak pakai sabun taharah ni.

    Alhadulillah, keadaan kulit muka tetap dalam keadaan baik.

    Cuma, pastikan bilas dengan air yang secukupnya. Jika tidak, berkemungkinan kulit akan kering.

    BalasPadam
  12. betul ke bende ni boleh hilangkan jerawat n bintik hitam.. lagi satu kaki saya ade kesan kudis kene gigit nyamok rasenye leh hilang x kesan kudis ni.. lagi satu pulak .. kalw da gune sabun tahara ni kene basuh gune air yg banyak dengan sebersih-bersihnya ..klaw x kesan sampinganya kulit cume kering je ye ... kalw kite da gune sabun ni ... pastu die berkesan kt kulit kite .. lepastu kite stop gune ..ataupun gune produk yg lain lak.. ade x kesan sampinganya.. ?? hihihi cume nak tanya je jgn marah (^_^)

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Sebenarnya, sukar saya nak jawab sama ada ia betul-betul boleh hilangkan jerawat ataupun sebaliknya.

    Sebab, ia bergantung pada seseorang. Ada yang sesuai dan begitulah sebaliknya.

    Untuk saya, Alhamdulillah. Ia memang sesuai. :)


    Cuma bintik hitam tu, boleh gunakan petua tambahan dengan;

    Celupkan tisu pada 1 biji putih telur ayam, dan lekapkan pada muka. Pastikan dilekap pada bahagian yang ada bintik-bintik hitam.

    Selepas 20-25 minit, tarik tisu tu perlahan-lahan dan cucilah muka dengan air bersih.

    Lakukan petua ni sebulan sekali.


    Seterusnya, bagi kesan kudis, cuba awak sapukannya dengan madu lebah asli.


    Mengenai sabun taharah tu, saya jawab ya. Sebab masa mula-mula pakai di muka dulu, kulit muka saya terasa agak kering.

    Penyelesaiannya, saya basuh muka dan anggota badan dengan lebih sempurna. Selain itu, lebihkan juga meminum air masak/suam/mineral.


    Kalau berhenti menggunakannya, saya tak pasti ada kesan sampingan atau sebaliknya. Sebab saya belum berhenti gunakannya atau beralih ke produk lain.


    Tapi bagi memudahkan awak, jika rasa sesuatu produk tu sesuai dengan kulit awak, teruskan saja penggunaannya. Tak perlulah bertukar kepada produk lain yang belum pasti keberkesanannya. Itu saja. :)

    BalasPadam
  14. thank q arr utk tips hlangkan bintik htam 2..

    BalasPadam
  15. @ Tanpa Nama: You're welcome. :)

    BalasPadam
  16. saya guna beras yg diblend dgn kunyit hidup untuk menyental muka..mcm scrub..berkesan juga jika diamalkan..kulit rasa lembut dan halus..

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak.

    BalasPadam
  18. boleh juga mengamalkan cara menghilangkan jerawat yang betul. boleh dapatkan tips di caramenghilangkanjerawat.com.my tq

    BalasPadam
  19. Hari ni baru sy jumpa sabun utk masalah sy..dah merata sy cr..tk da utk jrwt kat blkng sy.

    BalasPadam
  20. @ iza: Iza perlu pakai dalam beberapa bulan baru nampak perubahannya.

    Kalau tak berkesan juga, awak cuba ikuti nasihat doktor jerawat di sini.

    BalasPadam
  21. dimana nak beli sabun taharah tu

    BalasPadam
  22. @ Tanpa Nama: Cuba awak cari di farmasi berdekatan. Tapi kat Watson & Guardian saya belum nampak lagi.

    BalasPadam
  23. sabun taharah ni ada tiruan tak??takut la nak beli. .

    BalasPadam
  24. @ Tanpa Nama: Maaf, saya kurang pasti mengenainya. Jika ada info berkaitan, saya akan kemaskini di blog ini.

    BalasPadam
  25. Sedikit info buat rakan-rakan yang bimbang dengan produk tiruan sabun taharah.

    Bagi memastikan sabun taharah yang anda beli asli, cuba lihat di belakang kotak sabun tersebut.

    Pastikah tertulis "manufactured for": TAHARAH GLOBAL (M) SDN. BHD. (750154-D) formerly known as Tazqiah Global Sdn. Bhd.

    Harap info ini membantu anda.


    p.s: Jika ada perkembangan terbaru, saya akan kongsikannya. Terima kasih.

    BalasPadam
  26. Just nak share lah kat sini..saye mmg dah lame amalkan sabun ni..memang berkesan dah 2 bulan dah gune xder parut dah kt muke jadik licin jer..dulu macam2 gune tp x jugak hilang then mak bg sabun ni suh try..dah mls nk try tp pakai jerk la..time raye hr tu muke mcm ade mngelupas 2 3 hari pelik gak lepas habis mengelupas tu tengok2 eh kulit licin dah dgn bekas2 jerawat sekali hilang..skrg happy jer kulit muke dah bersih..korang2 cube lah yerk..klw kerap pakai insyaAllah 2 minggu bole nmpak hasil..sy pakai setiap kali mandi n setiap kali nk cuci muke

    BalasPadam
  27. Just nak share lah kat sini..saye mmg dah lame amalkan sabun ni..memang berkesan dah 2 bulan dah gune xder parut dah kt muke jadik licin jer..dulu macam2 gune tp x jugak hilang then mak bg sabun ni suh try..dah mls nk try tp pakai jerk la..time raye hr tu muke mcm ade mngelupas 2 3 hari pelik gak lepas habis mengelupas tu tengok2 eh kulit licin dah dgn bekas2 jerawat sekali hilang..skrg happy jer kulit muke dah bersih..korang2 cube lah yerk..klw kerap pakai insyaAllah 2 minggu bole nmpak hasil..sy pakai setiap kali mandi n setiap kali nk cuci muke

    BalasPadam
  28. @ Chenta arifudome: Terima kasih banyak atas perkongsian awak setelah menggunakan sabun ini. :)


    p.s: Semasa proses rawatan jerawat, kulit kita memang akan mengelupas sedikit.

    BalasPadam
  29. Sabun ni ada chemical yg merbahaya x utk kulit.selamat pakai? Untuk remaja belasan tahun boleh pakai tak

    BalasPadam
  30. @ tyrangee~: InsyaAllah ia selamat dipakai oleh semua golongan remaja. Sama ada jenis kulit kering ataupun kulit berminyak.

    Malah dibuat sama' & membasuh sayur-sayuran. :)

    BalasPadam
  31. rasa nak cuba lah sabun nie..nanti lah check kat farmasi..

    BalasPadam
  32. @ kart_teena: Cubalah. Sabun taharah ni ada 2 jenis.

    Kalau yang dalam gambar di atas boleh juga diguna untuk buat samak.

    Satu lagi, khas untuk muka. Ada minyak zaitun dan minyak kelapa dara. Tapi tak boleh diguna utk samak. Harganya dlm RM15.

    Harap sedikit info ini membantu awak. :)


    BalasPadam
  33. macam mana nak hilangkan kulit tangan kering dan kasar?
    TOLONGLAH !!

    BalasPadam
  34. @ tdz: Awak boleh sapu dengan minyak bayi (baby oil) selepas mandi ataupun pada waktu malam sebelum tidur.

    Ataupun boleh juga gunakan minyak gamat. :)

    Harap ia membantu tdz ya.

    BalasPadam
  35. Sabun taharah tue ambik masa berapa bulan ea , untk hilangkan jerawat .

    BalasPadam
  36. @ Tanpa Nama: Ia bergantung kepada berapa lama kulit awak dapat sesuaikan dengannya.

    Kemudian, ia bergantung juga kepada jenis jerawat. Sama ada jerawat biasa ataupun jerawat serius.

    Kalau serius, biasanya lebih lama masa rawatannya.

    Umumnya, kulit kita ambil masa 2-3 bulan untuk sesuaikan dengan sebarang jenis produk. Jadi, kalau pada permulaannya (2-3 minggu) kulit awak sedikit mengelupas, ia adalah normal. Ia akan pulih sedikit demi sikit. InsyaAllah.

    Teruskan pemakaiannya sebab masa itu sebenarnya ia sedang merawat kulit awak. Berikan kulit awak masa secukupnya untuk sesuai dengan keadaan tersebut.


    Melainkan kulit awak mengelupas teruk, sabun ini mungkin tak sesuai dengan kulit awak. Boleh tukar kepada produk lain.

    Kalau masih tidak pasti, silalah berjumpa dengan doktor yang memang mahir dengan masalah kulit.


    Harap ia membantu awak dan kengkawan yang ada masalah serupa. :)

    BalasPadam
  37. Erm saya ada masalah kulit yang merah-merah sbb saya tk blh kena matahari sgt tapi bila tak kena matahari pun tetap sama doktor kata saya cuma biasa saja dn bagi sya ubat cream tapi tk ada apa2 perubahan saya dh cuba bnyk produk tapi tk jadi jgk apa produk yg patut sya guna adakah sabun taharah ni bkh utk mslh kulit sya ini

    BalasPadam
  38. Sabun taharah...boleh x jumpe kt kedai jamu ...?

    BalasPadam
  39. @ Tanpa Nama:

    - Mungkin awak ada alahan. Tapi, saya sebenarnya pun kurang pasti dengan masalah kulit yang awak hadapi.

    Cuma, apa yang boleh saya cadangkan ialah awak sapukan minyak gamat biasa pada bahagian kulit yang merah-merah tu sebelum tidur.

    Sapu secara nipis sahaja ya.

    Saya tidak pasti sama ada ia berkesan untuk kulit awak atau sebaliknya, tapi awak boleh cuba jika mahu.

    Saya doakan moga masalah kulit yang awak hadapi lekas sembuh. Amiin.


    - Sesetengah kedai jamu mungkin ada. Kalau tiada di situ, awak boleh cari di farmasi ya.

    Mudah-mudahan awak segera menjumpainya ya. Amiin.

    BalasPadam
  40. Assalam
    Saya terkena jangkitan kudis buta.lepas sembuh je.kulit saya jd gatal.dan mula berkudis dekat seluruh badan.boleh ke sabun taharah ni tolong pulihkan kulit sensetif.

    BalasPadam
  41. sekarang dah naik harga.. rm 8 😭 tapi takpe lah sabun ni pun amat bagus! tidak ada bahan kimia yg boleh rosakkan kulit kan kan? 😉👍

    BalasPadam