5 Petua Untuk Anda Dapat Anak?

Kebelakangan ini, kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi semula. Tiba-tiba saja fenomena ini kembali meledak dan mewarnai dada akhbar. Dalam masa yang sama, masih ramai lagi pasangan yang inginkan zuriat tapi masih belum dikurniakan anak. Mungkin belum rezeki mereka agaknya.

bayi comel
Bayi comel


Atas sebab itulah, saya ingin berkongsi 5 petua yang boleh dibuat bagi merealisasikan impian anda untuk dapat anak. Iaitu;


1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.

2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.

3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.

4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.

5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.


Begitulah serba ringkas cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan yang inginkan anak. Mudah-mudahan, doa dan usaha anda diperkenankan oleh-Nya.


Selamat Mencuba!


P/S: Sekiranya tuan/puan mahukan panduan terperinci, sila layari laman web berikut:-



Mudah-mudahan ia mempermudahkan usaha tuan/puan. :)

37 ulasan:

  1. interesting.. thanks for sharing =)

    BalasPadam
  2. @ kenwooi: you're welcome. :)

    BalasPadam
  3. dah 5 year kawin,blmm ader rezeki dpt baby..dah wat checking suami isteri dua2 xder problem.. doktor saran pastikn waktu subur..mslh bila xdpt kerjasama suami..time subur tu la dia ader projek itu ini..nak kesana sini.. kdg-2 isteri kena merayu @ goda spi dpttt

    BalasPadam
  4. thanks.....selamat maju jaya..

    BalasPadam
  5. tHANX SBB BG PETUA..HRP2 LA PETUA NI DPT MEMBANTU KAMI UTK MNDPTKN ZURIAT

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: You're welcome. :)

    Saya kat sini turut doakan kejayaan awak semua agar dikurniakan zuriat yang sempurna ya. Amin.

    BalasPadam
  7. ble dh keguguran nk mgndg lg pn xdpt2..
    dorg saran g berurut.. blm cube lg.. mdh2 menjadi.

    BalasPadam
  8. @ yan: Awak cubalah dulu saranan mereka tu. Saya doakan semoga sebarang usaha awak akan berhasil. :)

    BalasPadam
  9. saya dah 10 thn kawin, 2 kali mengandung tapi etopik, saya dah tak tahu nak buat mcm mana lagi.

    BalasPadam
  10. dah 5 thun kawin msih blum de rezeki lg.yg jdik msaalahnye sye tak tau wtu subur pun pyah.cox sye period x ttu.kdang2 cecah 10 blan skal.i

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Oh, kalau begitu puan mesti tahu cara mengenalpasti waktu subur. Ada sehingga 15 cara yg puan boleh lakukan bagi mengetahuinya.

    Ada satu ebook yang mungkin boleh menyelesaikan masalah puan. Iaitu ebook rahsia mudah hamil yg boleh dimiliki di web ini [klik 2x].

    Harap membantu.

    BalasPadam
  12. boleh jugak menggunakan femina....telah terbukti penggunaan bagi mendapatkan zuriat...kiter perlulah mencubanyer....

    jika berminat untuk keterangan lebih lanjut sila layari facebook di drgamatemas@yahoo.com

    BalasPadam
  13. tima kasih atas pandangan...

    BalasPadam
  14. Sememangnya betul tips diatas ini moga kita dpr faedah drpdnya...

    BalasPadam
  15. @ Busanashafika: InsyaAllah... mudah-mudahan semua yg membaca & menyebarkannya mendapat faedah. Amin.

    BalasPadam
  16. thanks atas petua ini, harap2 ini dpt membantu sy utk mendapatkan zuriat...

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama: Sama-sama. InsyaAllah, saya akan turut mendoakan agar awak berjaya memperolehi zuriat. Amin.

    BalasPadam
  18. saya 10 thn berkahwin,tiada lg cahaya mata..doc,urut dan pelbagai cara di usahakan pun x pernah lekat.

    BalasPadam
  19. @ ayu: Saya harap puan ayu terus bersabar dgn dugaan ini. Mungkin ada sebab tertentu puan dan pasangan masih belum dikurniakan zuriat. Atau mungkin belum tiba masanya.

    Walaupun pada kita ia suatu tempoh yg agak lama, tetapi hanya Dia saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik utk puan dan suami.

    Walaupun begitu, teruskan berusaha dan perbanyakkan berdoa tanpa henti kepada-Nya.

    Jangan sesekali berputus asa. Sentiasalah bersangka baik dan berfikiran positif yea.

    InsyaAllah, akan tiba masanya nanti untuk puan dikurniakan cahaya mata oleh-Nya. Amin.

    BalasPadam
  20. assalamualaikum & slm sejahtera saya dah 15 thn kwin tp blm dpt zuriat sendiri.saya ada ambil anak saudara sbg pengubat rindu cos saya suka sgt ngan budak-2.alhamdulillah skrg dah 8 thn usia anak ku.saya kwin umur 20 suami 23.saya penah mengandung 2x tp tak berthn lama dlm 1 1/2 bln gugur & yg ke-2 kandungan luar rahim.lps tu tak penah ade lg.

    BalasPadam
  21. @ ibu sepi: Banyakkan berdoa di samping sentiasa berusaha. Insya-Allah suatu hari nanti puan dan suami akan dikurniakan zuriat.

    Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Akhir kata, tabahkan hati puan dan yakinlah pada-Nya.

    Insya-Allah saya turut sentiasa mendoakan segala hajat puan sekeluarga termakbul. Amin.

    BalasPadam
  22. sya dah 10 tahun kawin... pun belum penah ngandung. memang ada problem... sya dan suami... terima ajelah takdir yang telah tersurat... tapi tetap berusaha... tengah amalkan petua dari seorang ustaz... sesap yang nak cuba sekali amalkanlah... 7 sudu teh minyak habatus sauda + 7 biji telur ayam kampung + 7 ulas bawang putih (cincang / blend, sukatilah). campur 3 bahan tadi, suami isteri kena makan. x kisah masak atau mentah. amalkan tiap2 hari. campuran tu tak semestinya dihabiskan dalam masa sehari... maybe 3 hari. cukup sebulan, mandi dan sembahyang sunat serta baca doa berjimak sebelum bersama.

    BalasPadam
  23. ops... minyak habatus sauda tu... mesti yang original tau.. 100% tanpa campuran apa2. jgn lupe... berdoa dan bertawakal.... semoga kita sama-sama berjaya....

    BalasPadam
  24. @ ani: Terima kasih banyak saya ucapkan buat pn. ani di atas petua ni. Mudah-mudahan doa puan agar dikurniakan cahaya mata termakbul.

    BalasPadam
  25. saya baru kawen dlm 6 bulan tapi teringin sangat nak dapat ank..,kalau ikutkn tiap2 bln wktu subur mmg go on tp still xlekat2 lg..

    BalasPadam
  26. @ Tanpa Nama: Mungkin belum ada rezeki lg. Setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

    Namun, teruskan usaha puan & perbanyakkanlah berdoa. InsyaAllah suatu hari puan pasti akan dikurniakan anak yg sempurna spt yg diidam-idamkan. Amin.

    BalasPadam
  27. sy kawen umO 18thn skrg da umO da 31thn msh blum lg dpt anak,,priOd teratur,,,sdih rsenye

    BalasPadam
  28. @ Tanpa Nama: Mungkin belum rezeki puan & suami buat masa skrg. Namun, teruskan usaha di samping banyakkan berdoa.

    BalasPadam
  29. saya sudah mendirikan rumahtangga selama 7 tahun. dan dikurniakan 2 cahayamata dalam, beberapa tahun yg lalu saya ingin mendapatkan seorang lagi zuriat.masaalah saya adakah sengugut bgi kaum wanita untuk mendapatkan zuriat amat sukar.

    BalasPadam
  30. saya dah kahwin selama setahun lebih,ingin sangat zuriat,period saya ok dan salalu datang setiap bulan,apakah petua untuk saya mendapatkan zuriat.

    BalasPadam
  31. sy sudah berusaha tp masih tiada zuriat..hidup sy penuh kekosongan....sy mahukan cahaya mata....

    BalasPadam
  32. @ Tanpa Nama:

    - Sekiranya puan mengalami senggugut, cuba petua Petua Mengatasi Masalah Senggugut.

    - Cuba puan sentiasa amalkan baca Surah Maryam (bg yg beragama Islam shj).

    BalasPadam
  33. sy dah sthun brkhwin tp blum dpt zuriat..kitaran kluar haid x menentu..

    BalasPadam
  34. Sy pulak untk mdptkn ank yg kdua sgt sush

    BalasPadam
  35. saya dah 6 hahun kwin tapi x dpa ank lagi maca cara saya usaha tpi x mjadi juga nk buat mcmna

    BalasPadam
  36. @ Tanpa Nama: Diharap kepada puan-puan yg bertanya, usah lekas berputus asa. Mungkin belum tiba masanya lagi. Hanya Dia saja yang Maha Mengetahui.

    Pun begitu, puan-puan usah lekas mengalah, lakukan petua-petua yang disyorkan oleh mereka yg berpengalaman. Di samping itu, perbanyakkan berdoa.

    Insya-Allah masanya akan tiba. Cuma cepat atau lambat sahaja.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  37. saya nita,saya dan suami dah 8thn mendiri kan rumah tangga kami teringin dan sangat merindu kan untuk menimang cahaya mata sendiri,tapi saya pernah mengalami keguguran sebanyak 3kali last year 2010 pernah cuci sekali lepas gugur 2010 dokter sarankan rest 2years tapi sampai sekarang belum ada tanda2 kehamilan lg dan sdh bermacam cara dan petua saya dan suami amal kan tetap tdk berhasil.mohon nasihat dan cadang nya

    BalasPadam