Cara Mengubati Gusi Berdarah

Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.

Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;

a. Mulut kering.

b. Kurang menjaga kebersihan mulut.

c. Diabetes.


e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).


Sehubungan itu, sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:


1. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.

Pokok Macang/Bacang (Mangifera Foetida)

Pokok Machang/Bacang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



2. Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.

Daun Bacang/Macang (Mangifera Foetida)

Daun Bacang/Machang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.

4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.

5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.

6. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.

7. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya.

Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.


Selamat Mencuba!

17 ulasan:

  1. thanks for sharing the tips.. yeah smoking can cause this, which is bad =)

    BalasPadam
  2. Aku lain pulak. Gusi amat mudah berdarah selepas aku berhenti merokok on the spot. Alhamdulillah dah 3 tahun lebih berhenti merokok, gusi dah tak berdarah tapi gigi mula goyang. Sebelum ini OK.Tak kan faktor umur kot. Umur aku nak masuk 50. Mungkin Tuan ada tips atau petua untuk gigi goyang?.

    Thanks

    BalasPadam
  3. waaaa...ak langsung x mrokok

    BalasPadam
  4. gigi aku sllu berdarah... tensionnyer.............

    BalasPadam
  5. mcmn ni arrrrrrrr

    BalasPadam
  6. Gusi ku selalu berdarah, nak cuba petua ni kot boleh baik..

    BalasPadam
  7. @ Awang Fauzi: Mudah-mudahan ia mujarab utk Tuan. Amin.

    BalasPadam
  8. sye kalO gOsOk gigi msti de kuar darah,,cmne plax tue

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Kalau tak silap saya, keluar darah masa gosok gigi tu adalah perkara biasa.

    Tetapi, awak boleh merujuk kpd doktor gigi utk kepastian yea.

    BalasPadam
  10. kalau pakai braces, and then gusi berdarah sebab pe plak...?? bnyk plak tu, smpai dkt 15 min dlm t0ilet ofis...

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Kalau masalah pakai braces, sy kurang pasti. Maaf ya.

    BalasPadam
  12. gusi aku berdarah tahap kronik..time tido,darah meleleh kluar dr mulut..

    BalasPadam
  13. gusi sya krap berdarah,adakah pnca myebabkn gigi rengang?

    BalasPadam
  14. kan gusi bdarah sbb toksin yg dhasilkan drpd plak. so, kalo lpas kita kumur dgn air 2, plak 2 hilang ke? kalo x hlang mcm mn lak gusi nak benti bdarah sdangkan ia trjd dsebabkan plak2 2?

    BalasPadam
  15. gigi brdarah punce mkn tahi

    BalasPadam
  16. gosok gigi selalu ok arrr

    BalasPadam
  17. sya mngalami mslh plx ketika skolh . tp sdh mndpt rwatn . lpZ tmt prskolhn sy mrokok . sye gosok gigi n jga sprt biasa . tp sejak akhr2 ni sy dpti gusi sye bgkak berdrh ktika brus gigi n ada kesan plax brwna hitm . sy tkut utj bjmpa dktr kerna rwtn ktika skoh mmbt kn sy tringt akn kskitn yg sy llui mse dktr cuci plx . ada x cara yg blh sy rawat sndrii tnpa cucian yg mnyktkn tu

    BalasPadam