Petua Agar Wanita Kelihatan Awet Muda

Anda semua terutamanya golongan wanita tentunya gembira jika wajah sentiasa kelihatan awet muda. Tapi, mungkin kebanyakan anda masih lagi tercari-cari formulanya, kan? Justeru, itu saya nak kongsi petua awet muda yang tidak menelan belanja besar. :)

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)
Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)


Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ni iaitu:


1. Makan begitu saja

- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.


2. Minum air rebusan

- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.

- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Wahh, banyak gak khasiat pucuk gajus ni, kan?

Berkemungkinan besar saya akan buat satu artikel lain khas untuk menceritakan khasiat pucuk gajus selain daripada yang dinyatakan di atas. Nantikannya yer.


18 ulasan:

  1. nak cri daun 2 kat mne..? ade jual kat kedai x?

    BalasPadam
  2. a'a...nak cari kat mane eyk pucuk gajus ni?

    BalasPadam
  3. tanam je pkok gajus...hehe

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: Memang cara paling senang. Cuma perlu sabar la tunggu pokok gajus tu membesar. :)

    BalasPadam
  5. betul2..mak n ayah saya pun amal kn petua ni..ari2 ulam daun gajus,so darah tinggi dh ok skit. ada sape2 nk nk ke..?? mak sy ada tanam pokok gajus. Pasni berniaga daun/buah gajus lak lh sy..kih3..

    BalasPadam
  6. 1kg daun gajus brapa harga u letak? betul nie..huhuhu

    BalasPadam
  7. Tak ada apa-apa efek ke kalau amalnya... sekarang ni bukan senang nak cari di kampung

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: InsyaAllah tiada kesan sampingan. Ia telah diakui oleh pengamal perubatan tradisional.

    BalasPadam
  9. betul kah tidak o....

    BalasPadam
  10. akak anak dara leh amalkn awet mudaa mana la taw ta buleh kew.......hurmm.....

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Baik anak dara mahupun teruna, semua boleh amalkannya. Lagi awal adik amalkan, lagilah baik. :)

    BalasPadam
  12. Sy selalu makan cicah dengan sambal belacan ketika makan nasi. Pucuk ini ada getah.

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak. Biasanya ulam-ulaman ni memang sedap dicicah sambal macam sambal belacan atau sambal asam.

    Tapi ada juga yg gemar cicah dengan tempoyak, budu mahupun cencalok. Bergantung pada selera seseorang, kan?

    BalasPadam
  14. Tidak digalakkan mengamal makan pucuk atau biji gajus bagi mereka yang dalam proses menghafal, sbb gajus ada sejenis enzim yg merencat kebolehupayaan otak menyimpan data..Wallahu a'lam

    BalasPadam
  15. @ Tanpa Nama: Terima kasih di atas info yang dikongsikan.

    BalasPadam
  16. mkn daun ok,jgn makan biji gajus tu samada kering atau bakar,boloeh slow down memori otak.

    BalasPadam
  17. @ Khairul Anwar: Ok. Terima kasih atas info tuan.

    BalasPadam
  18. Atas diri semua makan apa2 pon tawakal sudah

    BalasPadam