5 Khasiat Daun Jambu Batu

Selain keenakan jusnya, keistimewaan jambu batu ni lebih daripada apa yang saya jangkakan. Seperti artikel terdahulu, daunnya boleh menghilang jerawat. Anda boleh rujuk semula di SINI jika mahu. Kini, saya akan senaraikan beberapa lagi khasiat jambu batu buat anda.


Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu
Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu (www.bijlmakers.com)


Cuma khasiat yang dikongsikan kali ni tak tertumpu pada daunnya saja. Malah, ia turut melibatkan buahnya sekali. Antara penyakit atau masalah yang boleh dirawatinya ialah kudis, ruam, seriawan mulut, kencing manis serta mengurangkan kolesterol.


1. Kudis dan Ruam

- Anda ambil segenggam pucuk muda dan daun jambu batu yang dah matang.

- Rebuskan kesemua daun tu sehingga mendidih.

- Setelah mendidih, biarkan air rebusan tadi suam.

- Anda mandilah dengan menggunakan air rebusan tu sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Amalkannya setiap hari selama seminggu dan jika tiada aral melintang kudis atau ruam anda akan pulih.


2. Seriawan Mulut

- Ambil kira-kira segenggam pucuk daun jambu batu yang masih muda.

- Rebuslah pucuk muda tadi sampai mendidih.

- Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam atau sejuk sedikit.

- Seterusnya, anda gunakanlah air rebusan tu untuk berkumur-kumur.

Berkumur-kumurlah sebanyak 2 atau 3 kali sehari sehingga masalah seriawan mulut anda sembuh.


3. Kencing Manis dan Mengurangkan Kolesterol

- Ambil sebiji atau dua biji buah jambu batu yang masih muda atau mengkal (belum betul-betul masak).

- Basuh buah jambu batu tersebut sampai bersih.

- Tumbuk sedikit buah jambu tadi. Biarkan ia agak kasar.

- Kemudian, rebuslah buah jambu yang telah ditumbuk kasar tadi hingga mendidih.

- Setelah mendidih, biarkannya suam.

- Minumlah air tersebut 2 kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum anda tidur.

Amalkanlah petua ini setiap hari dan kemudian buatlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan kencing manis atau tahap kolesterol anda.


Begitulah 3 kaedah yang boleh anda cuba bagi mengatasi 5 jenis penyakit berbeza. Mudah-mudahan ia menjadi satu lagi pilihan rawatan alternatif sekiranya anda mengalami mana-mana penyakit yang dinyatakan di atas.


Selamat Mencuba!

21 ulasan:

  1. sharing is caringApril 14, 2010 1:39 PTG

    seriawan mulut 2 penyakit yang macamane..
    terima kasih atas info anda

    BalasPadam
  2. trima kasih. infonya bermanfaat.

    BalasPadam
  3. hubungi sy ....klau ingin mencuba jus jambu merah....pasti terangkat dan enak....0135936717

    BalasPadam
  4. @ Dilla Ady: Tentu sekali. Silakan. :D


    P.S: Terima kasih sudi "share" yea.

    BalasPadam
  5. bagaimana hilangkan panau di belakang badan?

    BalasPadam
  6. @ sharing is caring: Seriawan tu ada keputihan dalam mulut. Ia disebabkan oleh jangkitan kulat. Puncanya sebab kurang menjaga kebersihan.
    Sama-sama ya. ;D

    @ akbar: Sama-sama. Terima kasih kembali ya. ;)

    @ airis: Awak boleh cuba petua menghilangkan panau. Cuba klik mana petua pada pautan Menghilangkan Panau.

    Cuma awak perlu minta bantuan individu lain utk sapukannya kat belakang badan.

    Harap ia membantu airis.

    BalasPadam
  7. @ ainaWardatul: Boleh saja. Dipersilakan. ;)

    BalasPadam
  8. Saya jujuk .... usia Muda Muka saya tergolong subur ... jerawat atau bisul itulah yang banyak tumbuh yang selalu menjanjikan keminderan ketika bergaul... kuning telur. dlll. ....

    memang dahsyat Daung jambulah jadi akhir keminderan ,,,,

    BalasPadam
  9. Secara peribadi dan pengalaman yang saya alamai. June 2011 kadar gula dalam darah saya tinggi akibat makan durian berlebihan dan kerap kecing malam. Pemeriksaan doktor menunjukkan tahap gula saya mencecah 10. Namun, mengamalkan memakan jambu batu setiap hari selama 2 minggu, penurunan gula dalam darah amat memeranjatkan dan sekarang kadar menjadi normal.

    BalasPadam
  10. @ Red: Terima kasih banyak sudi berkongsi pengalaman anda. Saya doakan agar tahap kesihatan Red berada dlm keadaan yg terbaik.

    BalasPadam
  11. bagaimana nak hilangkan parut di muka akibat kutilan.... ????

    BalasPadam
  12. ala senang je >_<......

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama:

    - Kalau parut, sapu pd parut tu dgn lendir lidah buaya ataupun ramasan asam jawa. Cuba tau.

    - :)

    BalasPadam
  14. kau ni betul je tapi x tahu

    BalasPadam
  15. Mmg betol ar buah jambu nie mmg byk khasiatnye..........sya harap dpt ar sye cube gak,...!!!!!!!!!!!!bye bye bye???????????

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Baiklah, selamat mencuba dan saya doakan awak berjaya selepas mencubanya secara teratur.

    BalasPadam
  17. Tq for imfo,

    BalasPadam
  18. Di mana boleh dapat cari daun jambu batu? Tq

    BalasPadam