Petua Menghilangkan Bulu Ketiak

Masalah ketiak berbulu mungkin lebih merisaukan kaum wanita berbanding lelaki. Rasa malu dan kurang selesa pastinya menghantui anda, kan? Lebih-lebih lagi kalau hal ini sering menjadi usikan atau bahan mainan rakan-rakan lain.

Justeru itu, di sini ada satu petua untuk menghilangkan bulu ketiak. Bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah;

- 10 biji lada sulah

- 3 butir kapur barus

- 1 sudu minyak tanah

Ohh yea, bagi yang kurang pasti bagaimana rupa kapur barus, saya serta gambarnya. Biasanya ia dijual dalam bentuk kiub. Anda boleh beli sama satu kiub ataupun sekotak sekaligus. Di bawah ini, saya paparkan kapur barus cap gajah. Harganya RM5.30 sekotak. Tapi jika di tempat anda mungkin sedikit berbeza.

Bila dah dibuka kiub tu, beginilah rupanya.

Kapur Barus Cap Gajah


Di bawah ini, saya kongsikan pula salah satu jenama minyak tanah yang boleh anda dapatkan di pasaran tempatan;


Botol Minyak Tanah - biocleanmkt.com


Seterusnya, bagi menghilangkan bulu ketiak anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Tumbuk semua lada sulah dan kapur barus sehingga halus.

2. Campurkan sesudu minyak tanah kepada campuran di atas dan gaul hingga rata.

3. Kemudian, sapulah minyak tersebut pada ketiak anda sebelum tidur.


Selamat Mencuba!


p.s: Petua di atas saya tak pernah cuba lagi. Tapi telah dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan tradisional tak lama dulu. Harap anda semua maklum ya.

138 ulasan:

  1. menjadi ke kalau buat mcm ni...ketiak akan rasa gatal tal lepas letak ramuan tu...??

    BalasPadam
  2. kalo awak was-was, saya sarankan awak sapu sikit je dulu kat bahagian ketiak utk "test" sama ada awak tahan atau tak dgn tindakbalasnya.

    sebab, saya tak pasti sama ada kulit awak "alah" dgn bahan2 tu atau tidak. :)

    BalasPadam
  3. huissh... ley caye ke?? bkn ap bhn dye agk mnakutkan.. really sorry.

    BalasPadam
  4. it's ok. saya faham maksud awak tu. tapi mmg itulah salah satu petuanya. :)

    BalasPadam
  5. tak ada kesan sampingan pada tubuh ke bila guna kapur barus dan minyak tanah? silap2 dapat kanser pulak nanti?

    BalasPadam
  6. Saya kurang pasti pula mengenai kesan sampingannya. Mungkin rakan-rakan yg pernah mencuba petua di atas dapat berkongsi pengalaman di sini ya.

    Tapi saya tak menafikan yang mungkin ada di antara anda yang alah dengan bahan-bahan ni.

    Jika kulit anda alah, saya nasihatkan anda mengurangkan sukatannya.

    Ataupun abaikan saja petua ni. Sebab saya risau kalau-kalau ia merosakkan kulit dan menimbulkan rasa tak selesa pula.


    p.s: Sebab itulah saya sering menekankan bahawa setiap individu tak semestinya serasi dengan setiap petua yang saya kongsi di blog ini. Harap anda dapat memahaminya.

    BalasPadam
  7. InsyaAllah tak ada. sebab amalan ni sebijik dalam buku saya. buku rawatan tradisional + perubatan islam.

    BalasPadam
  8. bila kamu nk cuba?alau berkesan,gtau la.. leh cuba..dlu sye letak halia,abes bgkak ketiak saye..

    BalasPadam
  9. dekat mana nak dapat pokok kapurbarus di KL ni? any suggestion?

    BalasPadam
  10. bukan pokok la...tp kabur barus untuk mndi mayat tu...sy dah cuba...hasilnya memuaskan...cuma kalo tak biase just gtal skit je...slamat mncuba..

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Terima kasih sbb dah jelaskan kat kawan kita yg di atas td.

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke blog saya. :)


    p.s: Saya harap anda yang ingin mencuba petua ni, usahlah ragu-ragu lagi. Sebab tuan yg menulis buku rawatan tradisional + perubatan islam telah mengesahkannya.

    BalasPadam
  13. tindak balas bahan kita sapu nie akan nampak bila???

    BalasPadam
  14. mcm bukan pokok kapur barus je tu....

    BalasPadam
  15. apa bisa jg untuk bulu halus di wajah ?

    BalasPadam
  16. boleh pakai minyak petrol ga??

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama:

    - Sebaiknya tidak digunakan untuk menanggalkan bulu halus di wajah. Ini kerana kulit wajah lebih sensitif.

    - Harap awak dpt gunakan bahan yg disyorkan saja. Saya bimbang jika awak guna ramuan lain, ia akan memudaratkan pula.

    Harap maklum.

    BalasPadam
  18. lau nk ilangkan bulu roma di perut plak cmne cranye?

    BalasPadam
  19. btoi ka ni..mcm x caya ja..nak try tp tkt x jadi mcm mana?...

    BalasPadam
  20. nk try la..:) da try bru tau care ni berkesan dgn kite ke tak..myk tanah tu mane nk cr...sll org gune tu utk ape ea..gune myk masak or myk zaitun leh tak? myk gamat tk leh ea? ;))

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama: Cuba tanya je kat kedai runcit berhampiran rumah awak.

    Kalau petua ni, awak perlu guna minyak tanah la. ;D

    Selamat mencuba dan mudah2an berhasil.

    BalasPadam
  22. tq! hehe...myk tnh je ea..orait!

    BalasPadam
  23. Hi.. Sy rasa cara nie selamat Sebab dah Ramai yang suruh saya Cuba cara nie..
    Dan ade jugak yang suruh saya guna Kapur Sirih + lima nipis..
    Tapi tak pernah buat lagi Sebab tak tau mane nak dapat Kapur Sirih atau Kapur barus nie.. Tolong sape sape yang tau mana boleh dapat Kapur Nie? Kat area KL la senang nak g beli

    BalasPadam
  24. owh yeke brkesan?
    nk try la,,ane la tw brkesan ke..
    xyh pnt2 nk cabut bulu ktiak kn?
    thnks ea bg petua,,tp kpur barus nk beli kt mne ek?
    bley bg tw x?

    BalasPadam
  25. @ BeBie & abby: Kapur barus ea... Cuba awak cari kat kedai runcit milik orang India. Biasanya kat situ ade jual kot.

    BalasPadam
  26. kenape minyak tanah???? kan bahaya tuuu.. kapur barus tau la mmg boleh ilangkan bulu. tapi penggunaan minyak tanah untuk ilangkan bulu jumpa kat internet jek yang bagitau hal ni. dalam buku xde pulak cakap. tapi kapur barus mmg well known. pelik pelik..

    apa nama buku tu?

    BalasPadam
  27. mksudnye cam nii yee..cabut sume bulu ketiak then trus sapu yee..??
    1 soalan lgi..mnyk tnah biase jual kat mane..??

    BalasPadam
  28. minyak tanah jgk org dlu guna untuk kanak2 yg tertelan chewing gum...untuk bayi yg baru lahir,,elok guna debu putih yg ada kt buah kundur,,,lumur pd ketiak bayi, n bila besar,org kata x tumbuh bulu ketiak,,wallahualam

    BalasPadam
  29. petua d ats gna smpi ble..??

    BalasPadam
  30. betul ke kapur barus klu letk kat ketiak..rse panas2..??

    BalasPadam
  31. before nk sapu kt ktiak,kena cabut smua bulu ktiak dlu eh?

    BalasPadam
  32. kapur barus biasa kita temui di kedai2 yg mnjual brngn untuk urus jenazah.. sbb ia turut d gunakan untuk mandikan jenazah.. zaman dulu2 ia duja ditabur dalam bara yang mengasap kemenyan..
    tips paling mudah dan senang boleh gantikan kapur barus dngn kapur sirih..

    BalasPadam
  33. @ toyolkiut: Terima kasih atas perkongsian saudara. :)

    BalasPadam
  34. salam...terima kasih ats prkgsian ni...sy nk tnya lpas sapu bhan2 ni,kne bilas atau pun bawa tidur?

    BalasPadam
  35. tidor dengan kapur barus? alamak ai..malam2 bau kapur barus la plak..ade yg cik abg takut plak tetibe "asal plak bini aku bau kapur baru ni..betul2 bini aku ke bukan ni.." hahaha ape pun time ksh krn kongsi rahsia..rase nak try plak

    BalasPadam
  36. tq ats info anda....x panas k????or pedih???

    BalasPadam
  37. @ Tanpa Nama:

    - Waalaikumussalam. Bawa tidur. Keesokan pagi baru bilas.

    - Sama-sama. Lepas dah dapat hasilnya, tak perlu buat lagi. Ini semua utk cik abg gak, kan?

    - Sama-sama. Mungkin akan rasa panas sikit.

    BalasPadam
  38. klau guna kapu makan leh ke?

    BalasPadam
  39. @ Tanpa Nama: Kalau yg guna kapur makan tu utk memutihkan ketiak. Tak pasti sama ada ia boleh hilangkan sekali bulunya.

    BalasPadam
  40. confirm ke bulu ketiak x tumbuh lgi lpas nee..?? atau petua d ats d buat berulang ulang kali..??

    BalasPadam
  41. ada beza kee kapur barus dngn kapur sirih..??

    BalasPadam
  42. kapur makan utk putihkan ketiak? camna plak tu? kongsila petua.. sebelum nak sapu kapur barus, kena cabut bulu ketiak gakk ke?
    makasih

    BalasPadam
  43. @ Tanpa Nama: Saya pernah kongsi dulu. Awak boleh rujuk di Petua Memutihkan Ketiak.

    BalasPadam
  44. ok ke...sye tkut la

    BalasPadam
  45. klu nk hilngkan bulu kaki leh x gne cara ni?

    BalasPadam
  46. @ sha: Jgn la tkut sha. :)

    @ Tanpa Nama: Itu saya kurang pasti. Maaf ya.

    BalasPadam
  47. minyak tanah tu minyak gas ker??

    BalasPadam
  48. minyak tanah ker minyak kelapa?
    ker sama je dua2

    BalasPadam
  49. @ Tanpa Nama: Minyak tanah. :D

    BalasPadam
  50. dah try tp xda apa2 perubahan pon??

    BalasPadam
  51. berkesan ke x ni...mula2 sapu dia panas jer..dah la minyak tanah tu cair mcm air jerk!

    BalasPadam
  52. kapur barus ? .. err , xboleh ganti dgn bahan lain ke ? sbb kapur barus niy .err , hehe . sy sensitive la nk sebut , tapi kne gne kapur barus ni menyeramkan la plak .

    BalasPadam
  53. @ Tanpa Nama: Menurut apa yg diberitahu kpd saya, itulah bahan-bahan yg perlu digunakan.

    Jikalau guna bahan lain, saya bimbang nnti tak menjadi pula.

    Harap maklum. ;)

    BalasPadam
  54. cuba sekali saja ehh???
    klu dah hilng kena wat lagi ka??

    BalasPadam
  55. @ Tanpa Nama: Buat sampai awak puas hati dengan hasilnya. Kalau sekali, rasanya belum memadai.

    BalasPadam
  56. trima kasih atas perkongsian n3 tapi sya mau tanya mau cabut bulu ketiak kah dulu sebelum guna petua tu??????

    BalasPadam
  57. @ Tanpa Nama: Sama-sama. Rasanya tak perlu dicabut dulu bulu ketiak.

    BalasPadam
  58. petua ni bagus..
    saya pernah buat..
    tp sekerat jln je sbb tau2 je la, kita kerja kn.. (buat2 sibuk sokmo) jd x sempt nk tngok hasil dah berenti dh..
    tp sy try puff-it bbrapa bulan lalu, ia mmg berkesan.. skg ia dh tumbuh mkin kurang dan kian halus.. mngkin bbrapa bln lg ia akn hilang scr kekal.. lebih mudah guna, sbb mcm bedak saja.. bg yg bmasalah mcm sy, cuba lah..

    BalasPadam
  59. @ puff: Terima kasih yea sudi kongsi pengalaman. ;)

    BalasPadam
  60. lada sulah tu macam mana?

    BalasPadam
  61. kenapa saya buat ketiak saya jadi hitam wa....................

    BalasPadam
  62. kalau guna kat bahagian badan yg lain ok tak

    BalasPadam
  63. @ Ewan Yusof: Saya kurang pasti pula utk bahagian badan yg lain.

    Cuma satu aje yg sy nak pesan, jangan gunakan ia utk menghilangkan bulu di muka.

    BalasPadam
  64. kalau kita buat banyak ramuan tuh
    boleh tak simpan ?? then guna balik ?

    BalasPadam
  65. @ bulat santek: Boleh kalau nak simpan. Tapi elakkan simpan terlalu lama.

    BalasPadam
  66. bole hilang stress bace komen korang . sumpah lawak .

    BalasPadam
  67. jual jerk la minyak 2.. dapt duit gark.. leceh nk cari bahan2 :/

    BalasPadam
  68. putihkan ketiakmu. ohh. i follow.

    BalasPadam
  69. I da try tp xmenjadi pun.. xhilang pun bulu ketiak nie? da la bau dia menyeramkan

    BalasPadam
  70. tkjdi pape ke klu gna myak tnh ? seram laa pulak tkut kna smbr api ke ...

    BalasPadam
  71. mcm ni mudah....ambek sdikit minyak tanah dn sdiakan mancis...then u sapu minyak tnah tuu kt ketiak ps2 bakar laa...sye dh try mmg brkesan!!

    BalasPadam
  72. dulu waktu kecil2..pernah ada kutu..nenek saya sapu minyak tanah n spray racun nyamuk..pas tu bungkus kepala gan tuala..selepas stgh jam saja..smua kutu2 tu kuar..tp syukur..rambut mc tebal..hehe..jd minyak tanah tak juga bahaya..tp jan dekatkan gan api plak..:)

    BalasPadam
  73. @ Tanpa Nama: Terima kasih sudi kongsi pengalaman.

    Setiap benda tu mesti ada kegunaan & fungsi memasing. Apa yang penting, gunakanlah sebaik mungkin.

    BalasPadam
  74. erm..law bulu selain ketiak, mcm bulu dibetis nk hilangkan macam mane ye??leh share x??tq

    BalasPadam
  75. @ Tanpa Nama: Utk menghilangkan bulu roma;

    - Sediakan 2 sudu besar perahan limau nipis

    - Sedikit gula

    Campurkan perahan limau nipis & gula hingga sebati. Kemudian, sapu saja pd betis dll tmpt di badan.

    Biarkan ia kering dlm 30 minit. Akhir sekali, cuci dgn air bersih.

    Ulang petua ini sampailah awak puashati dgn hasil yg diperolehi.


    Semoga berjaya yea. Amin. :)

    BalasPadam
  76. Baru saya jumpa tips yang mudah untuk hilangkan bulu roma..trima kasih :-)

    BalasPadam
  77. @ Tanpa Nama: Sama-sama. Mudah-mudahan awak berjaya yea. Amin.

    BalasPadam
  78. boleh buang bulu ari terus ke?????

    BalasPadam
  79. @ Tanpa Nama: Bulu tu akan tumbuh semula. Jadi, awak perlu ulangi petua di atas utk menanggalkannya.

    Sbb kalau tak salah saya, ia cuma akan melemahkan akar bulu tersebut.

    BalasPadam
  80. minyak tanah tu minyak gas la ea???

    BalasPadam
  81. kelakar la komen2 kat atas ni..ngeh2..
    ok tant - kalau nak hilangkan bulu tu, sy cukur dulu bulu ketiak boleh tak?

    BalasPadam
  82. @ Tanpa Nama: Kalau tak terlalu lebat, tak perlu cukur atau "trim" bulu tu.

    BalasPadam
  83. Klu nk hilangkn bulu ketiak,guna waxing mudah dan cepat tp sakit ckit la..
    tp xtau la kot klu pas wax tuh bulu ketiak akn tumbuh dgn lebih lebat & kasar. sy xpernah try lg.

    BalasPadam
  84. cara oktant bg ne sesuai jgk ke utk hilangkan terus bulu kt alat sulit ne..?

    BalasPadam
  85. @ Tanpa Nama: Utk bhgn alat sulit, saya kurang pasti.

    Tapi, biasanya bulu akan tumbuh semula sesudah beberapa lama menggunakan petua ini. Bila ia tumbuh semula, awak ulangi petua ini utk menanggalkannya semula.

    BalasPadam
  86. hye..admin
    terus hilag ka bulu ketiak nei? atau
    slepas tu tumbuh blik?.. cuz sya mau xmau bulu tumbuh blik rimas..heheh...
    tq

    BalasPadam
  87. @ rangga: Hai rangga. Biasanya bulu ketiak akan tumbuh semula.

    Bila ia tumbuh, ulangi saja petua di atas. ;)

    BalasPadam
  88. hye...nk tnya petua ni xmyebabkan ketiak jd hitam ke?

    BalasPadam
  89. @ Tanpa Nama: Hai. Biasanya, ia tidak menghitamkan ketiak.

    BalasPadam
  90. minyak tanah bulih hentikan darah keluar pada luka, dulu kita terluka jari kena pisau..celup pada minyak tanah darah cepat beku dan luka tebelah nampak isi becantum..

    BalasPadam
  91. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak di atas perkongsian awak. :)

    BalasPadam
  92. bahaye x geng2 mu main reke2 ubat ni...aku was-was gok ni..takut kuor bulu lain je lepas pakai..kene jd bulu biri selok la weiii....hahahaha

    BalasPadam
  93. SAYA CADANGKAN UNTUK HILANGKAN BULU KETIAK HANYALAH DENGAN SAPU MINYAK TANAH SELEPAS CABUT BULU KETIAK PADA MALAM HARI. AMALKAN SELAMA SEBULAN, SAPU DI KETIAK PADA WAKTU MALAM. KESANNYA, INSYAALLAH KETIAK AKAN LINCIN SELAMA 2, 3 TAHUN. PETUA INI DIGUNAKAN OLEH SUAMI SAYA. KESAN MINYAK TANAH PADA KULIT ,PEDIH TAPI SEJUK SAHAJA.

    PETUA 2, NENEK SAYA AMALKAN SAPU KAPUR BARUS JA.

    LADA SULAH AGAK BAHAYA DAN BOLEH MEMEDIHKAN KULIT

    BalasPadam
  94. MAAF YA, MINYAK TANAH TAK PEDIH TAU! BILA KENA KULIT, SEJUK JA RASA.

    BalasPadam
  95. btl ke nie mc x percya jer

    BalasPadam
  96. @ Tanpa Nama: Terima kasih saya ucapkan kepada puan yg sudi berkongsi petua. :)

    BalasPadam
  97. kapur barus tu bukan unat gegat ke?

    BalasPadam
  98. @ mieyr zainal: Bukan.

    Nanti saya update gambar kapur barus ya. :)

    BalasPadam
  99. Ok, saya dah letakkan gambar kapur barus.



    p.s: Maaf jika kualiti gambar kurang jelas.:)

    BalasPadam
  100. haha...kesian gile admin nie..sabar jela ea.mlyn org y bertyer.bgus... troskn usehe anda.. :)

    BalasPadam
  101. @ Tanpa Nama: InsyaAllah, saya akan cuba jawab sebaik mungkin. :)

    BalasPadam
  102. klu guna ubat gegat jenama can can bleh?
    ade beza ke kapur barus ngan ubat gegat dr segi ingredient?

    BalasPadam
  103. minyak tanah tu minyak ape?
    mane nak dapat minyak tanah?
    adakah kite memerlukan tanah untuk mendapatkan minyak nye?
    ataupun memang ade jual minyak berjenama tanah?

    BalasPadam
  104. @ Tanpa Nama:

    - Bukan ubat gegat. Tapi kapur barus.

    Saya tak pasti apa bezanya dari segi bahan, tetapi kalau tak silap saya ia memang dua benda yg berbeza.

    Cuba awak tanya di kedai runcit dan tanya ada tak jual kapur barus di situ.

    Kalau tiada, kemungkinan besar dia pun memang tak tahu apa itu kapur barus.


    - Minyak tanah atau kerosin. Ia adalah sejenis bahan api. Biasanya digunakan utk menyalakan pelita semasa perayaan.

    BalasPadam
  105. bulu hilang sementara dan akan yumbuh balik atau hilang selamanya??

    BalasPadam
  106. @ Tanpa Nama: Biasanya, ia hanyalah sementara saja. Jika bulu tumbuh semula, awak ulangi saja petua di atas.

    BalasPadam
  107. susah nye nk jmpe kapur barus

    BalasPadam
  108. @ icha ica: Cuba cari kat kedai yg dimiliki oleh bangsa India. Selalunya mmg ada jual di situ.

    BalasPadam
  109. kemarin dh pegi kdai bangsa india tpi hanya ade kapur sirih je :( nk sngt cube petua ni. huhu..

    BalasPadam
  110. @ icha ica: Cuba icha cari kawasan yang ramai orang India berniaga di sana. Dalam banyak kedai, pasti ada yang jual kapur barus.


    p.s: Saya pun pernah ke kedai India yang pemiliknya tak kenal kapur barus. Saya tanya kapur barus ada tak? Sekali dia beri kapur sirih da.

    p.p.s: Jadi, icha teruskan mencari. Pasti jumpa nanti.

    BalasPadam
  111. ehem, buat perkara di atas xmenyebabkan kanser yerk.. sekian

    BalasPadam
  112. @ yazara: InsyaAllah tidak memudaratkan.


    p.s: Tapi jika rakan-rakan ada maklumat berkaitan, diharap sudi berkongsi info di bahagian komen. Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih pada anda yang sudi berkongsi demi kebaikan semua.

    BalasPadam
  113. letak miyak tanah.. pastu cucuh api... bg hangus.. bru xtubuh2 bulu 2...

    BalasPadam
  114. slm..sy de jumpa lam buku dara..dye x gne minyak tnah..tp minyak kelapa..

    BalasPadam
  115. @ Deena_Ab Rahman: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas perkongsian.

    Tak dinafikan memang ada pelbagai petua berbeza. Apa yang penting, ianya serasi dan berkesan untuk cik puan.

    BalasPadam
  116. kite kene sapu mse ketiak ade bulu ke mase tgh xde bulu?

    BalasPadam
  117. @ Tanpa Nama: Kalau ia agak panjang, boleh potong bagi pendek.

    Senang sikit nak sapu dan mudah serap hingga ke akar bulu ketiak tersebut.

    BalasPadam
  118. Salam..3 butir ke 3 ketol..tngk dlm cth pic tu mcm ada 2 ketol besar kapur barus..maksudnyer 3 ketol besar lah..ker 1 ketol besar tu dipecahkan jd kecik2..pastu just ambik 3 butir kecik jer..???

    BalasPadam
  119. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    3 butir.

    Sebenarnya ia bukan ketul. Tapi ia ada banyak lapisan nipis berbentuk segiempat.

    Gambar tersebut hanyalah contoh. Maaf sebab tak jelas. Saya ambil guna kamera handphone sahaja.

    BalasPadam
  120. Kapur barus tu ugama ubat gegat ke? Kang nak pakai kang ragu2 pulak

    BalasPadam
  121. @ silent_gurl: Bukan ubat gegat. Ia adalah dua benda yang berlainan.

    BalasPadam
  122. ubat gegat tu letak dlm almari jauhkan lipasla. haha. nk cari kapur barus kena tnye tukang mandi mayat. mybe byk stok ;)

    BalasPadam
  123. npe la sengal sgt..kapur barus,myk tanah pon xknl.kalo tkt sgt pkai la laser.jgn ikot cre2 tradisional.cehh

    BalasPadam
  124. adoi serious baca komen2 kat atas ni rasa mcm orang geletek2 leher kita! LOLs :D

    BalasPadam
  125. hurm,,,kalau bisul itu dh mbesar nk buat mcm mana

    BalasPadam
  126. @ Tanpa Nama:

    - =D

    - Untuk bisul, awak boleh lihat beberapa petua berkaitan pada tag/label bisul dalam blog ini.

    Harap ia membantu.

    BalasPadam
  127. Salam..xsilap sy bkn kapur barus..tp kapur sirih..n then bole ke gune mnyak tanah..kang xpsl2 ade plk yg burn ktiaknye ...dasyat dow gne mnyak tnah...was2 ..

    BalasPadam
  128. geli hati betul ble bace org yg brtanye ni. kcian admin.. hehe

    BalasPadam
  129. erm nnti sy cuba ne petua kalau berkesan

    BalasPadam
  130. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Terima kasih atas pandangan saudara/i.

    Namun, menurut apa yang telah dikongsikan kepada saya, petuanya adalah seperti di atas.

    @ Tanpa Nama: :)

    @ Tanpa Nama: Ya, silakan. Mudah-mudahan ia berkesan untuk awak. InShaAllah. Amiin.

    @ Inoue Hana Nuji: Terima kasih sebab sudi kongsi petua di atas ya. :)

    BalasPadam
  131. saya bru bca petua ni..memang saya tgh m'cari petua utk hilangkan trs bulu ketiak..mls nk cbut setiap kali..rimas gak..saya x ska cukur..rsa kasar..saya nk tnya petua ni blh hilangkan bau ketiak sekali x? saya da mslh ni..terima kasih :-)

    BalasPadam