Khasiat Daun Pegaga: Ubat Kencing Manis

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa rakan saya yang bertanyakan tentang petua untuk mengubati penyakit kencing manis. Justeru itu, saya akan berkongsi salah satu ubat kencing manis dan cara perlaksanaannya sebentar jer lagi. Ubat yang saya maksudkan tu ialah daun pegaga.


Sebenarnya, khasiat daun pegaga ni banyak. Selain mampu merawat kencing manis, ia mampu mengubati "kembarnya" iaitu darah tinggi, mengecutkan peranakan dan menghilangkan bintik hitam di muka. Anda boleh rujuk post terdahulu di sini dan juga sini.


daun pegaga ubat kencing manis

Gambar daun pegaga - Forum Anakku Sayang




Baiklah, ringkasnya ada 2 kaedah perlaksanaan yang boleh anda amalkan melalui pengambilan daun pegaga ni iaitu:


1. Jadikan sebagai ulam-ulaman

Mula-mula, anda ambillah beberapa helai pucuk daun pegaga dan basuh sehingga bersih. Kemudian, makanlah daun pegaga ni semasa menikmati makan tengahari, petang atau malam. Usah bimbang, anda boleh memakannya bersama lauk-puak lain macam biasa.

Ini kerana, pucuk pegaga mampu mengurangkan paras gula dalam air kencing anda.


2. Minum air rebusan akar dan daunnya

Anda sediakan dulu kira-kira 30 helai daun pegaga dan bersihkannya dulu. Kemudian, rebus air kira-kira dalam sukatan 2 cawan air putih bersama-sama dengan pegaga tadi.

Setelah mendidih, biarkan air rebusan tu sejuk secara semulajadi. Lepas itu, minumlah air rebusan tersebut dalam 2 kali sehari. Amalkan setiap hari sampailah anda berpuas hati dengan hasilnya.


Itu saja caranya. Mudah-mudahan petua kesihatan kali memberi alternatif tambahan kepada kebanyakan penghidap kencing manis.


Selamat Mencuba!

19 ulasan:

  1. Salam sejahtera

    Selain pegaga, STEVIA juga merupakan satu alternatif terbaik bg pesakit kencing manis untuk menikmati makanan dan minuman yg manis tanpa perlu risau kandungan guladlm darah

    Stevia secara tradisi digunakan oleh kaum asli Paraguay sebagai teh herba dan ubat berkurun lamanya. Di jepun STEVIA telah digunakan selama 30 tahun sebagai pemanis makanan.

    STEVIA tidak mengandungi kalori dan mempunyai rasa manis yg jauh lebih tinggi daripada gula. Guna sedikit sahaja cukup utk maniskan makanan dan minuman.Ia sesuai utk semua

    http://ciktipahcyber.blogspot.com

    BalasPadam
  2. bolaeh ke guna untuk mengurangkan lemak dalam badan??

    BalasPadam
  3. @ Tanpa Nama: Ia sememangnya baik untuk kesihatan. Awak boleh rujuk khasiatnya di artikel Menambah Selera Makan Dengan Pegaga.

    Kalau awak nak kurangkan lemak di badan, artikel di;

    1. 1 Cara Mengurangkan Lemak Dalam Badan

    2. Mari Kurangkan Lemak di Badan

    3. Hilangkan Lemak Berlebihan Pada Perut

    Harap membantu. ;p

    BalasPadam
  4. PENGALAMAN SAYA TENTANG DAUN PEGAGA INI IALAH UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. SAYA MENGAMALKAN SELAMA 6 BULAN ALHAMDULLILAH BERAT SAYA TURUN SEBANYAK 10 KILO.PEGAGA BERSAMA DENGAN AKARNYA DAN EPAL HIJAU DI KISAR BERSAMA, DIMINUM 2 KALI SEHARI.SELAIN ITU JAGALAH SEDIKIT PEMAKANAN BESERTA DENGAN PUASA SUNAT INSYAALLAH MUJARAB.

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama: Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman awak. Insya-Allah... jika diamalkan dgn konsisten, kita pasti memperolehi hasilnya.

    BalasPadam
  6. pegaga ni memang banyak khasiat.
    ibu saya mengamalkan minum air pegaga.
    awet muda dan dapat menurunkan level gula utk kencing manis.

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Saya setuju dgn awak. =)

    Terima kasih juga sudi kongsikan khasiat pegaga.

    BalasPadam
  8. saya menhidap penyakit kencing manis..tp sekarang sya mengandung dan gula dlam darah sya sgt tinggi..ape yang patut sya lakukan untuk menyelamatkan kandungan sya dengan menurunkan gula dalam darah saya??

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Puan boleh cuba petua di artikel bertajuk 2 Petua Mengurangkan Komplikasi Kencing Manis.

    Ataupun amalkan minum jus belimbing besi di artikel 4 Khasiat Jus Belimbing Besi.

    Harap ia membantu puan.

    BalasPadam
  10. saye dah amalkan makan pegage selame tige tahun setiap hari saye kelihatan awet muda umur saye 40 tahun tapi orang kire saye belum lagi 30 fantanstic yee

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan. :)

    BalasPadam
  12. Bagus petua ni, semoga memberi manfaat kepada semua.

    BalasPadam
  13. bagi mereka yg ada tekanan darah rendah x sesuai amalkn mkan pegaga ni...nanti makin rendah tekanan darah..(pengalaman sendiri)dan kesannya jd pitam

    BalasPadam
  14. @ Luke: Terima kasih. Mudah-mudahan. Aamiin.

    @ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum ... makan ulam pegaga sama tak khasiatnya dengan minum jus pegaga ... paksu

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum, thanx ats perkongsian. Sstgh petua mmg terbukti mujarab, namun bg yg alami lebih drp sejenis penyakit, perlu pastikan rawatan 1 penyakit xkan memburukkan keadaan penyakit yg lain.

    Bg yg xsmpat menyediakan ramuan mengikut petua yg diberi, anda disyorkan mengamalkan produk kesihatan nutrisi selular, yg terbukti membantu menyingkirkan pelbagai penyakit termasuk kencing manis, drh tinggi, gout, sakit buah pinggang, obesiti, senggugut dll. Melabur sedikit utk kesihatan anda, kerana jika anda jatuh sakit, 'harga sebuah kesihatan' sgt lah mahal

    untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi saya ;)
    atau jenguk2 blog sy di jomsihatseisikeluarga.blogspot

    BalasPadam
  17. Saya selalu minum air daun pegaga yang dikisar dan diminum mentah2, bagaimana khasiatnya adekah sama?

    BalasPadam
  18. Minum air pegaga yang dikisar dan diminum mentah2 adekah sama khasiatnya?

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Saya kurang pasti sama ada khasiatnya sama atau tidak.

    Pun begitu, jika awak nak gunakannya secara mentah, pastikan awak mencucinya terlebih dahulu ya.

    BalasPadam