Menambahkan Berat Badan Anak Kecil

Selalunya, kita nak kuruskan badan ataupun menurunkan berat badan, yer tak? Agak jarang kita dengar orang yang beriya-iya nak menambahkan berat badan. Melainkanlah tubuh mereka tu terlalu kurus. Sebab biasanya bila berat dah naik, agak sukar untuk kembali slim.




Tapi petua menambahkan berat badan ni ditujukan khas buat anak kecil dan kanak-kanak yang kekurangan berat badan. Sebagai ibu bapa ataupun abang dan kakak, anda bolehlah mencuba petua mudah di bawah ni nanti.


Caranya begini;


1. Ketika anda menanak nasi, nantikan waktu berlakunya pendidihan.

2. Cedok air didihan nasi tadi sehingga penuh dengan gelas.

3. Kemudian, biarkan ianya sejuk dulu.

4. Bahagikannya kepada 2. Setengah diminum waktu pagi dan bakinya diminum pada waktu petang.

5. Sebagai penambah perisa, anda boleh tambahkan sedikit gula.


Selamat Mencuba!

25 ulasan:

  1. @ eldy: dah pernah cuba ker? kalau berkesempatan, cubalah dulu yer. Nanti baru tau. :)

    BalasPadam
  2. logik ler.. sbb zat dia klua masa didih tu

    BalasPadam
  3. Petua ni sy dapat dari nenek. Orang dulu2 kan banyak petua yg kadang2 kita sendiri tak pernah dengar atau tahu.

    Apa yg saya boleh syorkan, awak cuba dulu. Lihat camne hasilnya. Lepas tu, kalau tak keberatan, kongsilah pengalaman awak kat sini. Sama2 kita dapat faedahnya. :)

    Tapi kalau awak pegi klinik, ada doktor akan syorkan supaya bagi budak tu makan aiskrim vanila ataupun lemak ayam supaya bertambah beratnya.

    BalasPadam
  4. Petua ni dah lama...bagus juga untuk bayi, tanak beras, air bagi lebih, buat macam bubur. bila dah masak, air tu campurkan untuk buat susu. kena tapis la, takut tercekik pulak baby tu. kalau baby tu minum air susu 3 aun, masukkan air nasi(panas taw) tu 2 aun, air suam 1 aun. kiranya air nasi ni diganti dengan air panas la. pastu bubuh la susu, badan baby akan cepat membesar dan keras. menyenangkan kita nak mandikan dia..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...anak sy minum,,,bdn cepat besar n keras tulangnye...org yg pgang dya ingat bby da 8bulan padahal baru 6buln

      Padam
  5. @ QielaLuv: Terima kasih atas penerangan Qiela yg lebih terperinci.

    BalasPadam
  6. wah, sy tetarik untuk mencoba. semoga berat badan anak sy bertambah.

    BalasPadam
  7. @ chery: Silakan puan chery. Moga ia berjaya menambah berat anak puan.

    BalasPadam
  8. Kalau utk anak yang berumur 18mth boleh jugak ke amalkan petua ini..iaitu masuk kan dalm susunya?sbb anak sy kecik aje..18mth tp berat just 9.5kg aje..

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Boleh juga puan.

    Tapi, pastikan puan tapiskan dulu air didihan tersebut sebelum masukkannya ke dlm botol susu ya.

    BalasPadam
  10. salam...sy baru teringat cam zaman2 sy kecil dulu...mama sy selalu bg sy minum air ni....sekarang sy dah ade anak sy nak cuba pulak tuk anak sy.moga berat anak sy bertambah

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt puan.

    Mudah-mudahan berat anak puan bertambah ke paras yang diingini.

    BalasPadam
  12. wah mcm menarijk je petua ni..ptg ni gak sy akn cube.td baru jer bwk bby check up timbang 7 kg jer umo dah 9 bulan..BMI dah tahap kuning hampir merah..bby sy ni kurang menyusu suka mkn tp x suka telan pas kemam kuarkn blik huhuuhu..tension kdg2 sume nk di sembur2

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Baik, silakan puan. Saya doakan usaha puan membuahkan hasil.

    BalasPadam
  14. baby 4 bln ++ bleh tak? risaulah berat badan tak naik. anak saya kembar 1st twin 4kg & 2nd twin 3.4kg je... tapi dah nak masuk 5 bulan ni... dah tukar macam2 susu tapi sama juga. masih belum mengiring @ meniarap pun. tapi alhamdullillah 2-2 sihat. risau sangat.

    BalasPadam
  15. @ Tanpa Nama: In Sha Allah boleh puan.

    BalasPadam
  16. Klu untuk bayi pramatang yg bru lhir ble ke

    BalasPadam
  17. Klu bayi prmatang yg bru lhir ble x

    BalasPadam
  18. kalau anak 1 tahun 7 bulan boleh guna air nasi gak ke

    BalasPadam
  19. petua ni mmg betul n saya merupakan pengalaman petua ni. Anak saya lahir xcukup bulan iaitu 1.44kg sahaja, sekarang dia debab n kalau dukung pun mmg xlarat .

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol ke?puan guna cara seperti diatas?mohon pencerahan anak sy 1thn 4bln bru 7.5kg

      Padam
  20. anak i susah nak minum susu lagipun dia kurus sgt, skg umur dia 1 tahun baru 7.6kg, saya risau tentang berat bdn dia, susu sgt sukar utk minum bnyk formula suda try

    BalasPadam
  21. pls ya. kalau anak 4 bulan ke atas sahaja cuba. yang blom 4 bulan takut usus xready lagi. jangan try.

    BalasPadam
  22. Sy asingkn air ..then bg didih...cm tu boleh kn...??

    BalasPadam