Petua Kecantikan: Petua Kuruskan Badan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Siapa yang nak kuruskan badan? Mesti ramai di antara anda yang mengimpikan untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal, kan? Jadi, saya nak kongsi satu petua kecantikan dengan anda nih. Iaitu petua kuruskan badan.

Perkara yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan ialah dengan meminum air asam jawa dan bonglai. Kalau anda tak tahu apekebende bonglai tu, boleh rujuk gambar kat bawah ni;


Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar)
Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar) - kanchanapisek.or.th



Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Ambil segenggam asam jawa yang telah diperah pekat.

2. Ambil sedikit akar kunyit dan akar bonglai.

3. Kemudian rebus perahan air asam jawa, akar kunyit dan akar bonglai dengan menggunakan 2 gelas air sehingga mendidih.

4. Bila air rebusan dah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.

5. Lepas tu, minumlah air rebusan tersebut pada setiap pagi.

6. Amalkan sekali jer dalam sehari.


Selamat Mencuba!


p.s: Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai tip kuruskan badan tanpa menggunakan sebarang ubat, sila dapatkan panduan selengkapnya di SINI ya.

22 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan Salam PErkenalan. Banyak sekali petua-petua berguna di blog ni. Mungkin tuan rumah ni seorang penamal kesihatan yang mantap. Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam dan selamat berkenalan. Biasa-biasa saje, belum begitu mantap lagi sebenarnya. Cuma sebahagian kecil petua yang mampu saya amalkan sejak beberapa tahun lepas.

    Manakala yang lainnya, saya tahu/dapat dan kongsikan saje di sini untuk kebaikan kita semua. :)

    Sama-sama.

    BalasPadam
  3. As. Boleh dapatkan akak petua untuk hilangkan gastrik. Dah lama akak menderita penyakit ini. Ubat doktor tak tahu berapa banyak akak mkn tapi cam tu jugak. Tolong yer

    Akak bertuah jumpa blog nie banyak yang berfaedah akak jumpa. Terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  4. Baiklah kak, nanti saya tolong carikan petua hilangkan gastrik tue.

    Sama-sama kak. :)

    BalasPadam
  5. Akak, saya dah sediakan satu petua hilangkan gastrik seperti yg diinginkan. Akak boleh rujuk di SINI.

    BalasPadam
  6. Saya rasa gambar diatas tu bukan bonglai. kalau tak silap tu pokok bambu.

    BalasPadam
  7. ok, nanti saya semak semula. terima kasih sebab beritahu pasal hal nie.

    BalasPadam
  8. Klu x silap akak pokok bonglai dalam spesies pokok kunyit.Ada ubi

    BalasPadam
  9. Terima kasih kak atas info ni. InsyaAllah, kalo saya dah jumpe gambar lain yg lebih baik, saya akan update. :)

    BalasPadam
  10. [UPDATE] Untuk makluman anda semua, saya dah pun meletakkan gambar pokok bonglai yg baru. Nama saintifik bonglai ialah "Zingiber Cassumunar".

    Harap maklum.

    p.s: Terima kasih sekali lagi di atas segala maklumbalas yg telah anda semua berikan selama ini. :)

    BalasPadam
  11. brapa lama cara ini akaan berkesan kalau
    di amalkan hari2?

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama : Maaf ya, saya tak pasti tentang tempoh masanya. Sebab saya tak pernah mencubanya.

    Saya cuma berkongsi petua ni setelah membacanya di dalam buku rawatan herba.

    Harap ia tak mengecewakan awak ya. :)

    BalasPadam
  13. salam..kalau ikut petua nie cnfrm ke krus bdan??

    BalasPadam
  14. nanti saya cuba...hrap2 bjya..huhuhu..insyaalah

    BalasPadam
  15. berkesan ka benda ni? n ad ka penghidap diabetes boleh mengamalkannya?

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Saya benar-benar berharap yang awak dapat mencubanya sendiri untuk mengetahui sama ada ia berhasil atau sebaliknya.

    Setakat yang saya tahu, ia boleh diamalkan oleh penghidap diabetes. Walaubagaimanapun, awak boleh bertanyakan kepada pengamal perubatan tradisional ataupun doktor untuk mendapatkan kepastian yang lebih jelas.

    Harap ia dapat membantu awak.

    BalasPadam
  17. Saya rasa hanya satu petua mudah dan berkesan untuk kuruskan badan, iaitu rajin bergerak. Kalau tak kurus juga, bermakna tak cukup rajin geraknya. Cuba lihat pergerakan orang gemuk berbanding yang kurus...

    BalasPadam
  18. @ Tanpa Nama: Betul. Memang terrbaikkk ar. :)

    BalasPadam
  19. slam...
    maaf apa akar bonglai bisa di ganti dgn akar yg lain karna saya susah sekali mendapatkannya.
    trims seblmnya

    BalasPadam
  20. @ Tanpa Nama: Jika sukar utk mendapatkannya, anda boleh mencuba petua lain yg ada di blog ini.

    Harap maklum ya. :)

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum :)

    Sesiapa yg ada pokok bonglai yg mcm halia ni, sila e-mail saya. Amat memerlukannya untuk baby saya. Terima kasih :)

    tyreen73@yahoo.com

    BalasPadam
  22. rasanya ini pokok halia bara rasanya....

    BalasPadam