Menurunkan Berat Badan Dengan Buah Delima

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Masalah berat badan yang berlebihan memang menghantui kebanyakan individu sejak zaman-berzaman. Seolah-olah ianya takkan berakhir sampai bila-bila. Namun perlu anda sedari hakikatnya senaman yang konsisten beserta amalan pemakanan yang seimbang mampu menurunkan berat badan.

Di samping itu, anda boleh mengikut petua orang lama. Biasanya ia akan diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Salah satu petua tradisional yang digunapakai oleh orang dulu-dulu ialah menggunakan buah delima untuk menurunkan berat badan.

Buah Delima (Sumber: Wikipedia)


Caranya seperti berikut;

1. Ambil sebiji buah delima muda dan kikis kulitnya.

2. Kisar buah delima tadi dengan setengah gelas air dan tambahkan secubit garam.

3. Kemudian, tapis air delima tersebut dan sejukkannya dalam peti sejuk.

4. Amalkan meminum air delima ini 1 minggu sekali selepas makan tengahari.




Selamat Mencuba!

17 ulasan:

  1. tapi bukan senang nak cari buah delima ni kat supermarket....

    BalasPadam
  2. mungkin papabear boleh tanam sendiri. :)

    BalasPadam
  3. kikis kulitnya? maksud buang tros kulit or kikis lapisan luar kulit...?

    BalasPadam
  4. awak ambil isinya saja. manakala kulitnya awak buang terus.

    BalasPadam
  5. salam ..sy aziz dari kemaman ade menjual 100% jus delima 0199311274 http://ajih83.pomepureasia.com tq

    BalasPadam
  6. @ aziz : Waalaikumusalam. Sama2. :)

    BalasPadam
  7. ada sesiapa...jual buah delima??my friend mengidam buah delima tapi tak tau mane nak cari....

    BalasPadam
  8. mkan buah delima pada waktu malam ok ke?

    BalasPadam
  9. @ aizat: Boleh. Takde masalah. :)

    BalasPadam
  10. Buah Delima dari Spain menjadi kegemaran saya...memang bagus buah ini.

    Tahukan Anda?
    8 PERKARA UTAMA YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN DALAM MENDAPATKAN BENTUK BADAN YANG MEMUKAUKAN DAN MENJAGA KESIHATAN DENGAN BAIK

    http:dothemikrossfitnesspro.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Salam. minum sekali seminggu..untuk berapa lama ye?

    BalasPadam
  12. @ mya ray: Waalaikumussalam. Saya tidak pasti secara tepat berapa lama ia akan menunjukkan kesan. Mungkin dalam 3 bulan ataupun lebih.

    Namun, saya sarankan sebaik-baiknya awak jadikannya amalan sepanjang hayat. Ini kerana buah delima terbukti banyak khasiat. :)

    BalasPadam
  13. kalau delima masak xbolehh ke??

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama: Bagi mendapatkan hasil yg terbaik, gunakan yg muda.

    Selain delima muda, awak boleh amalkan memakan buah betik yang dah masak.

    BalasPadam
  15. salam, boleh tahu cmne nk dapat buah delima muda kat area sg buloh nie :)

    BalasPadam
  16. salam..

    area rumah sy bnyk sngt buah delima...klu ada sape2 nak blh sy tlg poskan..tp kos poslaju u all tanggung..buah delima nie klu letak dlm peti sejuk 3 ,4 bulan masih elok lagi..ini lah salah satu buah ajaib pernah saya jumpa..boleh call sy..rm3.50 jer 1 biji dkt sini..013-9989658

    BalasPadam