Mencegah dan Mengubati Sakit Kepala

Posted by Unknown at Selasa, November 02, 2010
Anda diserang sakit kepala ataupun berasa pening kepala mungkin disebabkan oleh faktor tertekan, migrain mahupun darah tinggi. Kebiasaannya jika pening kepala, anda mesti telan panadol (paracetamol), kan?

Tapi saya pernah terbaca(tak ingat pula di mana sumbernya) bahawa amalan memakan panadol tidak digalakkan. Ia dikatakan boleh memberikan kesan buruk dalam jangkamasa panjang. Ini kerana terdapat satu bahan yang akan kekal dalam tubuh anda kira-kira selama 5 tahun.

p.s: Saya harap jika anda yang mengetahui fakta sebenar dan terperinci mengenai hal ini, dapat berkongsi di ruangan komen@ulasan ya. Harap maklum.


Justeru itu, saya ingin berkongsi satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. Paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri.


Bahan yang anda perlukan ialah daun sambung nyawa. Ataupun jika ada, anda boleh gunakan bahagian pucuknya. Kesannya lebih baik terutamanya untuk pesakit migrain. Sambung nyawa ni juga dikenali sebagai Gynura Procumbens. Anda boleh rujuk gambar di bawah;


Daun Sambung Nyawa - besitai@flickr



Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.

Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.

Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.


Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain.


Selamat Mencuba!

20 komen on "Mencegah dan Mengubati Sakit Kepala"

nurmisnan on November 03, 2010 11:44 PTG berkata...

salam...
thanks for sharing here
suka jika ada lagi petua2 yang
terkadang kita tidak tahu..
padahal depan mata jer der... huhhuhu

blog-tips-kurus on November 04, 2010 12:38 PTG berkata...

kena la tnm pokok ini..

Tanpa Nama berkata...

hye tq 4 ur petua.act mne nk cri daun tu,coz xtau pon rupe daun tu cner.i alwys kna skit kpala pai sumtimes nk bgun pon x lh.kdg tkot gak,lau2 pai kna cncer kan.da g klnik jmpe dctr but still ckp juz mgrain,da masuk 3 mnggu p x bek2 gak...

Tanpa Nama berkata...

kat pasar pagi taman melawati hari sabtu......

Tanpa Nama berkata...

sy harap sangat ustaz dpt tolong sy krn sy menghidp penykt drh beku.sy baru berumur 15 thn.thn lps lg sy kena.sy nak tahu cara utk sembuhkn pnykt ini.y sy tahu caranya ialah dgn pembdhn.sy sudah bjump dgn dktr tp normal siap bjmp dgn pakar lg.bantu sy ustaz....sakit sangatt.setiap hr dlm otak sy ditarik-trk,sy dpt rs y drh x menglr dgn lncr.ia tolak2 kt nadi otak sy.stress sngt

Tanpa Nama berkata...

sy sering hadapi sakit kepala..xkira waktu nye...mkn ubat pn kejap je ok..kalau pergi jmpe dokter pn..die cme ckp tekanan darah rendah...

oktant on Mac 05, 2012 4:38 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau tekanan darah rendah, cuba hirup @ makan sup. Kalau boleh, sebaik-baiknya sup kambing.

Selain itu, boleh minum minuman yg manis-manis sikit sehinggalah tekanan darah awak kembali ke paras normal.

Tanpa Nama berkata...

sy prnh tgk daun tu,dkt umah sy ade.ade kwn yg bgtau daun tu elok utk menurunkan darah tggi..die kt xleh mkn hr2 tkt darah terlampau rendah.jd ape2 lak.so, sy x try lg sbb sy ade mkn ubat yg doktor bg.

oktant on Mac 25, 2012 4:09 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya doakan awak lekas sembuh ya.

Tanpa Nama berkata...

kt umah ade pokok ni, daun ni xde rase... bese2 je... :)

Tanpa Nama berkata...

TEKNIK BATUK UNTUK KELUARKAN KAHAK..

Salam..saya nak berkongsi petua dengan para pembaca sekalian. Dengarnya macam lucu, namun praktikal. Melalui pengalaman dan tiada yang mengajar saya, sekadar cuba-cuba tapi berhasil.
Caranya: kalau tuan/puan batuk berkali-kali untuk keluarkan kahak yang tersekat di kerongkong namun tidak berjaya menyebabkan rasa pedih. cuba kaedah ini hanya sekali-dua batuk dah keluar kahak yang kita tak suka tu..ptuiii
Sebelum batuk, tekan sedikit bahagian kerongkong yang berhampiran tulang rusuk dengan ibu jari. Tarik nafas dan cuba batuk untuk keluarkan kahak tu...Cubalah.insyaallah.
p/s: jgn tekan kerongkong terlalu kuat

Unknown on Mei 23, 2012 2:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- :)

- Waalaikumussalam wbt.

Terima kasih di atas perkongsian awak.

matnuar on Jun 23, 2012 2:53 PTG berkata...

salam...maaf der, pokok sambung nyawa...x pernh dgr pn...hhehehhe...ade jugk erk...biasa org tnm or tumbuh sebagai pokok hutan?

nad berkata...

saya peka dengan cahaya jika sakit kepala..

oktant on Ogos 17, 2012 9:11 PG berkata...

@ nad: Jika boleh elakkan daripada terkena cahaya ya.

Selain itu, cuba perbanyakkan makan buah-buahan segar seperti tembikai dan timun. Kalau boleh setiap hari ya.

lynn berkata...

Assalamualaikum tq bb da share kn petua ni.ibu sy sllu skt kpla smpi 2,3 mggu mnum ubt pn x bksan..sy cma nk tau d psr ada jual x area sandakan thankz again..

Tanpa Nama berkata...

salam..sy selalu sakit kpala..mkn ubt pun xbaik2 gak...dh 3mggu sakit bhg dahi,kepala sebelah kiri n knn...sy xtau nk buat cmna...tolongla sy....

oktant on Oktober 30, 2012 4:12 PTG berkata...

@ lynn: Waalaikumussalam wbt. Sama-sama lynn.

Saya kurang pasti sama ada ia ada dijual di pasar sekitar kawasan Sandakan atau tidak. Maaf ya.


@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Cuba awak amalkan ayat ringkas merawat sakit kepala ini [klik pautan ini].

Bacalah berulang kali sehingga sakit kepala awak berkurangan dan pulih seperti sediakala.

Mudah-mudahan ia membantu mengurangkan sakit kepala awak.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum....mmg panadol x bgus utk diri kita..bg perempuan yg slalu amalkan panadol mmg x baik utk kesihatan krna ia ada kaitan dgn rahim..sy ada terbaca kisah 2...kandungan yg ada dlm panadol 2 bleh jejaskan rahim org perempuan..doktor sndiri pun mengaku begitu..tentang daun sambung nyawa pulak,sy migrain..kalau rebus ja daun 2 lps 2 minum x boleh ka?

oktant on November 17, 2012 3:56 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Saya setuju dengan anda mengenai perkara tersebut. Sebab saya pun pernah baca artikel berkaitan dan pernah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Tak perlu rebus. Basuh daun tersebut hingga bersih dan makan secara mentah.

Ataupun satu lagi amalan yang terbukti berkesan dengan mengamalkan ayat 19 Surah Waqiah.

Ayat yang ringkas dan saya telah amalkannya berulang kali dan hasilnya Alhamdulillah. Memang lega.

Kepala awak akan terasa panas(bahang) semasa proses tersebut. Bacalah berulang kali sehingga awak lega.

Tak perlu makan apa-apa. Hanya amal setiap kali sakit kepala/migrain datang dan yakinlah kepadaNya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez