Ayat Ringkas Menghilangkan Sakit @ Pening Kepala

Posted by Unknown at Rabu, Mac 07, 2012
Ramai di antara kita sering sakit kepala ataupun pening kepala. Kekadang tu, kita sendiri pun kurang pasti apakah punca sebenarnya. Sekejap baik, lepas tu sakit balik. Mak ai.... Makin bertambahlah pening dibuatnya.


Buat pengetahuan anda, ada dua kategori sakit kepala iaitu;

1. Berpunca dari bahagian dalam kepala

2. Berpunca dari bahagian badan yang lain


Sakit kepala yang berpunca dari dalam kepala amat jarang berlaku. Kalau berlaku pun disebabkan oleh angin ahmar, edema otak dan tumor. Sekiranya ia terjadi pada anda, sila dapatkan rawatan segera ya.

Manakala bagi sakit kepala jenis kedua, selalunya disebabkan oleh ketegangan, migrain ataupun servikogenik.


Ringkasnya, sakit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami secara kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di kepala.

Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada sesuatu melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh... memang sakit.


Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara berkala. Rasa sakitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia hanya terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sakit kepala yang berpunca daripada ketegangan.

Akibatnya, penghidapnya mula hilang selera makan, loya ataupun mengalami muntah-muntah.


Bagi pening kepala jenis servikogenik, ia berlaku akibat ketegangan yang melibatkan otot skeletal. Ermmm, ia boleh juga dikaitkan dengan migrain. Tapi ia agak sukar untuk didiagnosis.



Doa Sakit Kepala - Ayat 19 Surah Al-Waqiah

Baiklah, walau apapun jenis sakit kepala yang dialami, saya ingin kongsikan satu doa ringkas tapi mujarab bagi mengatasinya. Sila rujuk video di atas yang saya sertakan khas buat rakan-rakan yang beragama Islam.

Caranya;

- Letakkan tangan kanan anda pada bahagian kepala yang sakit

- Baca ayat 19 Surah Al-Waqiah secara berterusan sampai hilang rasa sakit kepala anda 


Mengikut pengalaman saya, tangan anda mungkin akan terasa panas sedikit selepas beberapa ketika membacanya disebabkan bahang panas yang keluar dari kepala.

Mudah-mudahan ia dapat mengatasi sakit kepala anda. Amiin.

41 komen on "Ayat Ringkas Menghilangkan Sakit @ Pening Kepala"

Khidhir on Mac 08, 2012 12:04 PG berkata...

bagus ni. rasa sakit kpala maybe sbab pnas sgt. demam. boleh cuba kot

madammondoq on Mac 08, 2012 10:37 PG berkata...

boleh dipraktikan ni sebab i selalu sakit pala jugak.. thaanks for sharing.. ;)

Unknown on Mac 09, 2012 2:59 PTG berkata...

@ Khidhir: Terima kasih. Silakan.... Insya-Allah akan lega selepas tu.

@ madammondoq: Boleh. Bila sakit aje, boleh terus praktikkan. Terima kasih kembali yea. :)

Fakhruddin on Mac 10, 2012 12:04 PG berkata...

info menarik..boleh dipraktikkan ni..

Unknown on Mac 13, 2012 2:24 PTG berkata...

@ Udinz.com: Terima kasih. Insya-Allah boleh.

Unknown on Mac 17, 2012 12:07 PG berkata...

bagus ni..nak amalkan..follow sini

oktant on Mac 17, 2012 12:14 PG berkata...

@ Spudin: Terima kasih. Jom kita sama-sama amalkannya.


p.s: I follow u too. :)

zool on April 12, 2012 4:32 PTG berkata...

OO.. baru tau. bagus ni

oktant on April 12, 2012 8:09 PTG berkata...

@ zool: Terima kasih. Mudah-mudahan kita dpt amalkan bila kena sakit kepala ataupun migrain.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih...besar jasa awak, sbb saya mmg menghidap migrain...terima kasih banyak2

oktant on April 17, 2012 11:11 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Saya harap ia dapat bantu sembuhkan migrain awak. Amin.

aReLaN on April 20, 2012 12:03 PG berkata...

terima kasih atas perkongsian.kena hafal siap2 ayat tu.selalu pening & sakit pale bila keje.

oktant on April 21, 2012 4:20 PG berkata...

@ aReLaN: Sama-sama. Mudah-mudahan dipermudahkan hafal ayat di atas ya.

aidajusoh on April 24, 2012 4:44 PTG berkata...

nice info...boleh laa diamalkan...
p/S:follow cni :)

oktant on April 24, 2012 5:09 PTG berkata...

@ aidajusoh: Terima kasih & mudah-mudahan ia bermanfaat utk aida.

Unknown on April 27, 2012 9:17 PG berkata...

ayat dr surah waqiah memang slalu d jadikan ayat utk penawar. tq untuk info

oktant on April 27, 2012 4:31 PTG berkata...

@ chii: Alhamdulillah. Sama-sama chii. :)

Tanpa Nama berkata...

Mohon share..tq ustaz

oktant on Mei 22, 2012 10:47 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Silakan. Saya amat alu-alukannya.

Sama-sama. :)


p.s: Saya bukan ustaz, yang dalam video tu namanya Ustaz Sharhan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih,senang mengapal....

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu pening...tak menentu...ayatul qursi pun boleh baca saya baca seribu sekurang-kurangnya 5 waktu sebagai zikir.

oktant on Jun 12, 2012 6:45 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Ya, mmg mudah nak hafal.

- Boleh cuba ayat di atas sekiranya dah tak terdaya nak baca ayat kursi bila kepala dah terlalu pening.

Tapi kalau dapat amalkan ayat Kursi ni, memang banyak kebaikannya.

Terima kasih di atas perkongsian awak tu.

matnuar on Jun 23, 2012 2:56 PTG berkata...

salam...betul dan benar kalamullah, mmg benar2 mujarab...saya dh rasakan kenikmatan apabila saya menggunakan ayat ini ketika dimana kepala saya pening,sakit dan bercelaru....TQ utk info

oktant on Jun 25, 2012 11:20 PTG berkata...

@ matnuar: Waalaikumussalm wbt.

Syukur Alhamdulillah jika tuan berasa sedemikian.

Sama-sama. Jika sukar mendapatkan bahan lain, ayat di atas sebenarnya adalah pilihan terbaik.

Lebih mudah serta mujarab. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Merawat Migrain.

Dulu sewaktu tingkatan 3, saya setiap hari sakit kepada (Migrain), terutama bila dah Jam 9.00 pagi & berlarutan sehingga jam 12.00 tengahari. Ini mungkin kerana saya kuat membaca buku (ulat buku) sehingga lewat malam. Kemudian sy mengadu masalah sy itu kepada Arwah Ayah Angkat saya. Beliau menyuruh sy mengambil pokok batang betik Muda (Sebesar lengan) & kemudian membakarnya, sehingga batang luar betik itu jadi seakan hangus & hitam . Setelah itu, sy belah batang betik itu & ambil isi dalam batang betik itu (yang telah masak & lembut) dengan sudu & meletakkannya pada kain putih. Akhir sekali saya lilitkan kainb putih & isi batang betik itu di keliling kepada saya & kemudianya sy tidur. Sy buat petua ini sekali sahaja. Selepas dari itu, sehingga kini sy tiada lagi menghadapi masalah sakit kepala (Migrain). Wassalam.

oktant on Julai 06, 2012 2:31 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Wow, begitu hebat kesannya.

Terima kasih banyak di atas petua yg awak kongsikan.

Bekamkini on September 11, 2012 6:09 PTG berkata...



ziarahlah kami..semoga ada manfaat yang banyak..

http://bekamkini.blogspot.com

oktant on September 11, 2012 6:12 PTG berkata...

@ Terapi Sunnah: InsyaAllah saya akan ziarah sekarang juga.

chenoma berkata...

Alhamdullah ,saya dah baca ayat ini. marilah kita berbalik kepada perubatan Islam . Insya Allah mudah mudahan dengan izin Allah.

oktant on September 11, 2012 9:57 PTG berkata...

@ chenoma: Syukur Alhamdulillah. Saya pun dah amalkannya. Memang mujarab. :)

bekamkini on September 25, 2012 5:37 PTG berkata...

BEKAN RAWATAN UNTUK MIGRAIN...SELAMAT MENCUBA..

Tanpa Nama berkata...

saye akan cube cara tu

Tanpa Nama berkata...

tq

oktant on November 08, 2012 1:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Silakan. Moga berjaya menghilangkan sakit kepala.

- Sama-sama. :)

arjun on Disember 07, 2012 11:46 PG berkata...

Saya ni kalau sakit kepala bumi rasanya berputar-putar dan mual,bagaimana cara mengatasinya,

oktant on Disember 08, 2012 3:19 PG berkata...

@ arjun: Kalau dah amalkan ayat di atas tetapi masih tidak sembuh, ia mungkin disebabkan urat saraf.

Cuba arjun cari pakar perubatan tradisional ataupun pusat rawatan homeopati bagi mengetahui apakah masalah sebenar yang dihadapi.

Harap ia membantu arjun.

Tanpa Nama berkata...

Sakit kepala sebab hadap monitor komputer lama-lama untuk membaca. Aduii sakit tengkuk skali.

oktant on Mac 05, 2013 5:27 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Setiap 20 minit, awak alihkan pandangan pada tempat yang agak jauh sedikit dari pandangan. Kemudian, kelipkan mata 20 kali.

Petua ini sebenarnya lebih untuk penjagaan mata. Awak boleh cuba dan amalkannya jika sesuai dan mudah untuk awak praktikkannya. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam, mohon izin kongsi petua ni yea, tq

Muhammad Akbar bin Abdullah on Julai 29, 2015 5:29 PTG berkata...


Info yang sangat menarik mengenai kaedah rawatan Islam untuk merawat masalah sakit kepala migrain. TQ for sharing.

oktant on Ogos 02, 2015 10:14 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Boleh. Silakan. Mudah-mudahan lebih ramai sahabat kita dapat manfaatnya.

@ Muhammad Akbar bin Abdullah: Terima kasih kembali tuan Akbar.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez