Atasi Masalah Kulit Berkedut

Posted by Unknown at Isnin, Januari 12, 2009
Masalah kulit berkedut ni memang dihadapi oleh semua orang. Sama ada bakal, sedang ataupun telah mengalaminya. Setiap yang muda pasti akan tua. Itupun kalau dipanjangkan umurlah Semakin tua usia kita, kulit pun makin berkedut dan tidak berseri lagi seperti dulu.

Kebarangkalian kulit untuk berkedut dalam usia yang agak muda kemungkinan lebih tinggi kalau anda tak menjaga pemakanan, tidak bersenam dan tak peduli langsung pasal keadaan kulit.



Peliharalah kulit anda sebelum berkedut

Biasanya kita lebih mengambil berat tentang kulit muka. Sebab itulah yang orang selalu perhatikan. Jadi, bagi anda yang ingin pulihkan kulit muka berkedut atau kurang berseri...

Ada satu petua yang mampu mengatasi masalah kulit berkedut. Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah mudah didapati iaitu 1 batang lobak merah, 1 biji kuning telur dan 1 sudu tepung jagung.



Sebatang lobak merah jer dah cukup


Caranya:

1. Anda bersihkah dulu lobak merah tadi. Kemudian parut. Kalau nak kisar pun boleh.

2. Seterusnya, campurkan kuning telur dan sesudu tepung jagung dengan lobak merah yang dah diparut.

3. Kacau ketiga-tiga bahan tu sampai sebati.

4. Apalagi... lumurkanlah kat muka anda.

5. Sebaik-baiknya buat pada waktu malam. Beberapa jam sebelum nak tidur.

6. Sebelum masuk tidur, cuci dulu muka anda tu dengan air yang agak suam kuku.

7. Amalkan petua ni 1 kali dalam seminggu. Buat sampai anda puas hati dengan kulit muka masing-masing, ok.


Selamat Mencuba!


26 komen on "Atasi Masalah Kulit Berkedut"

Awanama berkata...

kalau kita minum je jus air lobak merah , berkesan tk??

efa on September 05, 2010 1:57 PG berkata...

berkesan tk?

Awanama berkata...

kalau kita buat dua2 jenis petua sekali dlm sehari leh x????

oktant on September 17, 2010 5:16 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sebaik-baiknya buat satu aje dulu. Itu lebih baik. :)

Awanama berkata...

ok..nk try!..tq share - cempaka-

oktant on Oktober 01, 2010 3:28 PTG berkata...

@ cempaka: Sama-sama yer. Selamat mencuba & mudah-mudahan kulit awak lebih licin serta tegang.

Awanama berkata...

1 kali dlm sehari mksdnya kne wat tiap2 ari ke?

oktant on Jun 23, 2011 11:30 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Tidak perlu buat setiap hari. Seminggu sekali pun dah ok.

Awanama berkata...

mane artikel yang cite pasal kulit kayu manis utk hilangkan parut???xjmpe pon
:-(

oktant on Ogos 25, 2011 7:43 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Mungkin artikel yg awak maksudkan tu ada kat 14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis.

Awanama berkata...

zzzzzzzzzz

Awanama berkata...

thanks utk petua ini..sy da cba n mmg rasa perbezaanya..

oktant on Januari 03, 2012 3:25 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih kembali atas maklumbalas yg awak berikan.

sheeraY on Januari 19, 2012 2:34 PTG berkata...

tenkiu ya

Unknown on Januari 19, 2012 7:42 PTG berkata...

@ sheeraY: Welcome sheeraY. :)

Awanama berkata...

tapikan telur tu hanyir la...saya da try petua masker campuran tomato dan putih telur..baru sapu kat muka saya da muntah....bleh x kalau x gunakan telur?

oktant on Januari 23, 2012 10:30 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Telur amat baik utk kesihatan kulit.

Kalau tidak tahan dgn baunya, boleh gunakan bahan-bahan lain spt serbuk kopi, serbuk teh, ataupun lendir lidah buaya.

Sapukan saja pada muka & biarkan beberapa ketika. Lepas tu barulah cuci muka dgn air bersih.

Tapi kalau guna lendir lidah buaya, biarkan ia semalaman pun ok. Sapulah masa nak tidur. Esok pg baru cuci muka.

Amalkan dgn teratur dan konsisten.


Harap membantu.

Awanama berkata...

Tumpang tanye
Kalo nak guna serbuk teh
Macam mane pulak caranya???

oktant on Ogos 17, 2012 10:03 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Memula, bersihkan muka dengan air biasa.

Kemudian, ambil serbuk teh yang telah digunakan (lebihan serbuk yang telah dibuat air minuman) dan lumurkan ke seluruh muka perlahan-lahan.

Seterusnya, biarkan sekejap (dalam 30 saat) dan bilas semula dengan air bersih.

Kalau nak senang, buat sebelum mandi ya. :)

Suhaila on Disember 02, 2012 3:49 PTG berkata...

Assalam..mohon izin share petua2 disini boleh? ;)

oktant on Disember 07, 2012 4:05 PTG berkata...

@ Su: Waalaikumussalam puan.

Boleh. Silakan. Tiada masalah.

Mudah-mudahan ia dapat memberi kebaikan kepada rakan-rakan kita yang lain. :)

Pak Wan on Mei 27, 2013 7:19 PTG berkata...

Ubatan tredisonal amat berkesan sekiranya diamal selalu,ini yang menjadi masalah persediaan.Ubat modern beli dan telang sahaja cukup senang.haihaihai.

oktant on Mei 28, 2013 8:53 PG berkata...

@ Pak Wan: Betul tu Pak Wan. Perlu persiapkan segala ramuan dan amalkan dengan teratur. :)

Unknown on Oktober 09, 2013 11:52 PG berkata...

telur yang masak ke masih mentah pakai tu ?

oktant on Oktober 09, 2013 3:07 PTG berkata...

@ pseyla jey: Pakai kuning telur mentah ya.

Unknown on Mac 11, 2017 6:29 PG berkata...

tapi biasanya Lobak merah tepung jagung saya buat Kuah kantonis ��

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez