Petua Kesihatan: Mencegah Kanser

Posted by Unknown at Khamis, Ogos 14, 2008
Salam Sejahtera,

Pada zaman yang serba moden ni, kebanyakan daripada kita kalau nakkan sesuatu tu, mesti nak dapatkannya dengan cepat. Sepantas kilat yang boleh. Lebih-lebih lagi orang muda! Biasalah, darah mudalah katakan. Hehe :)

Tapi macamner pulak dengan penyakit. Memang takder sape pun yang sudi mengundang penyakit tu datang. Lebih-lebih lagi orang yang dah berumur. Kalau boleh, mestilah nak sentiasa kelihatan muda ataupun jelita.

Ajal Penyakit ni sebenarnya tak mengenal umur. Sesiapa pun layak dijangkiti dengan kehendakNya. Memang takder benda yang boleh menghalangnya.

Tapi kita perlulah berusaha menghindarinya. Betul tak? Salah satu daripadanya ialah dengan cara pencegahan. Mencegah lebih baik daripada merawat, kan?

Okay, kali ni saya nak bawakan petua kesihatan iaitu petua mencegah kanser. Anda semua bolehlah mengamalkannya dari sekarang sebelum terlambat.

Asasnya, anda haruslah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang. Antara gaya pemakanan sihat yang boleh diikuti adalah:

1. Memakan bijan, kekacang, makanan berakar dan berubi lebih daripada 7 set hidangan sehari.

2. Memakan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lebih daripada 5 set hidangan sehari.

3. Hadkan pengambilan gula yang diproses dan elakkan dari memakan semua makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nugget.

4. Meminimakan pengambilan daging masak merah, makanan berlemak, makanan bergaram dan garam itu sendiri.

5. Lakukan senaman yang konsisten setiap minggu. Kalau boleh setiap hari. Sehari dalam 20-30 minit pun dah cukup. :)

6. Jauhi alkohol dan tembakau. Dalam ertikata lain. Jangan minum minuman beralkohol dan berhenti merokok.

Dengan mengamalkan petua kesihatan kat atas ni, anda sebenarnya dah selangkah ke hadapan dalam usaha mencegah kanser.

Tahniah dan teruskan usaha anda!

8 komen on "Petua Kesihatan: Mencegah Kanser"

Samdaddycool on Ogos 15, 2008 1:36 PG berkata...

alkohol... memang tak pernah ambil.. rokok... no komen... :P

Unknown on Ogos 15, 2008 4:03 PG berkata...

hehe...

part rokok ni mmg susah skit.

kalo nak stop gak, mesti ada
tekad yg btul2 kuat. :p

Samdaddycool on Ogos 15, 2008 10:24 PG berkata...

dah pernah berhenti 5 tahun...

tapi start balik masa kerja ladang kambing.... rugi.. rugi..

Unknown on Ogos 15, 2008 12:01 PTG berkata...

5 tahun...lama jugak tu bro. :)

mesti ada sebab tertentu sambg
balik ni....

anyway, next time boleh try lagi.

Good luck eh!

Tanpa Nama berkata...

sy nk lebih detail utk mencegah kanser usus selain pengambilan B17. boleh x?

oktant on Januari 29, 2012 8:06 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau sy ada info mengenainya, saya akan kongsikannya di blog ini. Insya-Allah.

hyz on Februari 17, 2012 4:27 PTG berkata...

bagus la tips2 ni. ada yang mmg sy amalkan. alhamdulillah

oktant on Februari 18, 2012 12:33 PG berkata...

@ hyz: Alhamdulillah.... Terima kasih atas maklumbalas hyz. :D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez