3 Petua Jika Tangan Terkena Air Panas....

Baru-baru ini, tangan saya terkena air panas yang baru mendidih. Pergh... terus terdiam kejap. Semuanya berlaku semasa nak tuang air panas ke termos. Selama ni, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi hari tu, entah mengapa.

Saya pun apa lagi. Terus cari minyak gamat. Memula rasa macam nak ke bilik air. Ambil ubat gigi. Tapi tak jadi. Lepas tu, tunggu apa lagi, terus lumurkan minyak gamat ke seluruh tangan yang kena air panas tadi.


Minyak Gamat


Syukur Alhamdulillah... lega sikit rasanya. Lepas dah kering sikit, saya sapukan lagi. Saya ulangi sehinggalah keadaan tangan saya kembali normal. Mujur tiada perkara buruk lain yang berlaku. Tangan pun dah kembali normal. Alhamdulillah.


Masa kena air panas tu, memang tak sempat nak rujuk memana petua. Apa yang terlintas hanyalah sama ada nak gunakan ubat gigi ataupun minyak gamat. Itu aje. Akhirnya, minyak gamatlah yang jadi pilihan.

Beberapa hari selepas itu, barulah hati saya tergerak nak cari petua lain yang berkaitan. Hasilnya, saya dapati sabun mandi pun boleh digunakan.

Caranya mudah saja. Gosokkan secara perlahan-lahan tangan yang terkena air panas dengan air sabun. Gosoklah sehingga tangan anda tidak terasa panas.

Itu saja. Mudah, kan?

Jadi, seandainya tangan anda terkena air panas, ada 3 benda yang boleh digunakan. Iaitu minyak gamat, ubat gigi dan air sabun.

p.s: Alhamdulillah... tak perlu risau lagi kalau kena air panas.

17 ulasan:

  1. thanks..
    air sabun pun boleh rupanya..

    BalasPadam
  2. kalau macam tu guna air sabunlah yang paling mudah.

    BalasPadam
  3. kalau macam tu pilihannye pasti pakai ubat gigi atau sabun mandi kerne minyak gamat tak de

    BalasPadam
  4. @ foredi bengkulu: Iya, boleh juga. :)

    BalasPadam
  5. salam :) petua tuk gemok ada tak ? maksod naikkan berat badan supaya nampak berisi. sy da makan banyk pon tetap tak gemok. terasa keding sangat sbb saya tinggi :3

    dyza , 16tahun , 162cm , 42kg

    BalasPadam
    Balasan
    1. umr 21thn,169cm,59kg tpi bdan sye npak kurus juga,huhu

      Padam
  6. Masa di sekolah asrama dulu pernah terkena air teh tarik
    tumpah ditangan.. memang perit.. Terlintas depan mata
    susu manis dalam peti sejuk. terus sapu.. Alhamdulillah
    kurang perit + tiada parut..

    BalasPadam
  7. anyways.. thanks dear untuk petua yang aku sendiri tak pernah
    cuba sabun mandi... hik3

    BalasPadam
  8. @ Nur Misnan: Terima kasih sebab sudi tambah satu lagi petua.

    Sama-sama. :)

    BalasPadam
  9. adik sy pun baru je lepas kene air panas...sy terus letakkan air sabun mandi kt tangan die,tak taw ape relevannye cume sy tergerak hati letak sebab air sabun tu alkali,so dapat kurangkan pedih sb kene air b=panas.tu je kot..hehe

    BalasPadam
  10. @ Nurul Husna Mohd Halim: Terima kasih atas perkongsian Una.

    BalasPadam
  11. minyak kelapa dara juga sesuai disapukan jika terkena minyak panas... http://qaizashop.blogspot.com/search/label/Kesihatan

    BalasPadam
  12. Bagus petua ni..selalu sgt kena kalau nak cepat

    BalasPadam
  13. @ Nieyxzha Hassan: Terima kasih. Moga ia membantu awak ya.

    BalasPadam
  14. pagi2 raya nak buat daging goreng kunyit..tgh rebus daging n cerai2kan daging blh pulak kuaki tergolek kene kaki..kecoh jap satu rumah..dah la sy ada baby br 6 bulan..aduhh saba jer lah..trs cr petua kat tenet..try paling mudah..pakai kopi..kopi kat muar ni special 434..tgh menunggu hasilnya..katanya 10 minit..:(

    BalasPadam