Petua Merawat Kudis dan Kudis Buta

Sebelum saya kongsikan petua merawat kudis buta, ada baiknya jika kita ketahui dulu serba sikit mengenai kudis buta.

Apa itu kudis buta?

Ia merupakan sejenis jangkitan kulit yang berjangkit akibat hama gatal (betina). Ia boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit. Malah, semua orang terdedah kepada jangkitannya.

Terutamanya jika tinggal serumah dengan individu yang dijangkiti kudis buta. Ataupun berkawan rapat dengannya. Anda mesti merawatnya segera.

Walaubagaimanapun, kudis buta yang menjangkiti haiwan dikatakan tidak akan menjangkiti manusia. Ia hanya akan menyebabkan ruam.


Tapi, bolehkah kudis buta ni dirawat?


Kalau rawatan moden, anda boleh menyapu krim atau losyen pembunuh serangga. Antaranya seperti "permethrin", "malathion" dan "gamma benzene hexachloride (lindane)". Ish... susah betul nak sebut

Sebaliknya, jika anda dah buat rawatan moden tapi tidak berhasil, cubalah rawatan tradisional pula. Iaitu dengan menggunakan daun pokok semuluh ataupun keseluruhan bahagian pokok semuluh.


Daun Pokok Semuluh @ Polygonum Chinense


Caranya:


1. Ambil beberapa helai daun semuluh. Ataupun boleh ambil keseluruhan bahagian pokok semuluh.


Daun Pokok Semuluh - sumber


2. Bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, rebus daun atau keseluruhan bahagian pokok semuluh sampai mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam seketika.

5. Akhir sekali, jiruskan air rebusan tadi secara perlahan-lahan pada bahagian yang berkudis.


Selain kudis buta, air rebusan tadi turut berfungsi merawat penyakit kulit lain seperti kudis, panau dan ulser. Begitu juga jika nak hilangkan biasa akibat dipatuk ular, digigit anjing ataupun serangga. Caranya merawatnya tetap sama.


Sebagai tambahan, air rebusan tadi sebenarnya boleh diminum. Sekiranya anda mengalami cirit-birit, ada penyakit di usus besar, sakit kepala dan nak membersihkan darah, minumlah air rebusan daun semuluh ni. Ia dikatakan mampu mengubati 4 masalah yang dinyatakan tadi dengan izin-Nya.


Akhir sekali, jika anda sakit perut dan tidak tahu nak buat apa, gunakan daun pokok semuluh ni. Jadikan ia sebagai demah untuk mengubati sakit perut anda.


p.s: Wah, banyak betul khasiat daun semuluh ni yea. Boleh merawat pelbagai penyakit. Jadi, kalau anda jumpa tumbuhan ini, tanamlah saja di rumah. Senang nak guna nanti.


[ Demah = benda (spt pasir, air dll yg dipanaskan) utk menuam  bahagian badan yg sakit ~ Kamus Dewan Edisi Keempat]

22 ulasan:

  1. lepas ini boleh la cuba dgn petua ini..

    BalasPadam
  2. @ redlomo: Tentu saja boleh. :)

    BalasPadam
  3. Salam akak, daun semuluh ni boleh jmpe kt mana ea?

    BalasPadam
  4. boleh tak bagi gambar penuh

    BalasPadam
  5. daun ni banyok duk dalam utan

    BalasPadam
  6. kat mana nk dptkan daun ni??

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Saya dah tambah satu lagi gambar daun semuluh yang lebih jelas.

    Harap ia membantu awak.

    BalasPadam
  8. boleh tak dekat nya

    BalasPadam
  9. mana boleh dapat pokok ni

    BalasPadam
  10. Trima kaseh krane bgi tips brgune.

    BalasPadam
  11. @ saya comel: Cuba awak hubungi pihak Taman Pertanian Universiti UPM melalui web UPM [klik].

    Saya dapati mereka ada menjual 93 jenis anak pokok herba di sini.

    Harap ia membantu awak. :)


    @ Tanpa Nama: Sama-sama. :)

    BalasPadam
  12. nurdhiasinarcahaya.blogspot.com
    hope blh jd follower sy

    BalasPadam
  13. @ nurdhia sinarcahaya: Saya baru saja berbuat demikian. Harap awak terus kongsikan info yang bermanfaat ya.

    BalasPadam
  14. nak dapatkan pokok semuluh kat mana

    BalasPadam
  15. Beli di kedai seng seh...ubat cina

    BalasPadam
  16. @ knisacs: Terima kasih atas makluman awak.

    BalasPadam
  17. Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk kudis buta. Disapu terasa sejuk saja. Hilang rasa gatal dan pedih. Dalam masa beberapa hari insyaAllah ia akan sembuh. Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi. Harganya murah cuma 12.00 saja..Hj Man 0134389413..T kaseh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat mamah kalu kita bili krim mutara bumi ni..

      Padam
  18. sebelum ne sya ada brusaha cri ubt kudis dn akhirnya sya tlh mcuba mgunakn asamjawa utk mgubati kudis yg ada pda bhgian kaki sya tpi hsilnya smikin lma smikin menghitam..jd sya nk mta kongsi sdkit sbnyak apa ubat sbnar kudis trsbut.

    BalasPadam
  19. Pakai sabun JFsulfur d guardian, sapu krim nixoderm,banykkn makan bawng putih mentah.eg seulas garlic tiap 2jam. Ketuk, cincng halus,ltk dlm sudu, baca bismillah n doa,telan dgn air suam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian anda. :)

      Padam
  20. selain nama pokok semuluh nie nama apa lg ye yg sng dikenal..

    BalasPadam