Minyak Gamat Mampu Hilangkan Jerawat

Jika anda ke Langkawi, minyak gamat merupakan salah satu barang yang wajib dibeli. Bukannya apa, kegunaan minyak gamat ni banyak. Kalau anda lihat pada botol, ada tertulis beberapa khasiatnya seperti;

- Melegakan luka kecil

- Lenguh-lenguh sendi

- Gatal-gatal ringan

- Kembung perut

Kegunaan Minyak Gamat Hilangkan Jerawat


Anda cuma perlu sapu dan gosokkan minyak gamat tersebut pada bahagian yang sakit. Lakukan sebanyak 3 kali sehari. Mudah, bukan?

Tetapi apa yang lebih penting, saya nak kongsikan pengalaman peribadi mengenai keberkesanan minyak gamat yang anda patut tahu. Iaitu;

- Ia boleh surutkan jerawat seterusnya menghilangkan jerawat dengan izin-Nya

- Ia boleh menghilangkan kesan kemerah-merahan di muka

- Ia boleh menghilangkan kesan parut kecil yang masih baru


Pertamanya, dulu muka saya agak kerap ditumbuhi jerawat kecil ataupun jerawat biasa. Walaupun sentiasa amalkan rutin penjagaan muka yang sepatutnya, keadaannya tetap sama.

Saya pun naik hairan. Pelik. Apa lagi yang tak kena nih? Tanya saya pada diri sendiri.

Fikir punya fikir, saya pun nekad untuk sapu minyak gamat ke seluruh muka. Saya amalkan dalam 3 malam berturut-turut sebelum tidur. Alhamdulillah, jerawat pun beransur surut dan berjaya dihilangkan. Yeay!


Keduanya, masa menjalani latihan praktikal di sebuah kilang elektronik, muka saya pernah mengalami kemerah-merahan. Beberapa bulan pertama, keadaan muka ni baik-baik saja.

Tapi bila dah nak masuk bulan ke-4, keadaan muka saya mula kemerah-merahan. Terutamanya di pipi. Masa tu saya memang tak pasti apa punca sebenarnya. Malah secara jujurnya, sampai sekarang pun saya masih belum dapat jawapannya. Cuma apa yang saya agak, ia mungkin disebabkan alahan.

Sebab memang ramai kawan-kawan yang menegur dan bertanya mengenainya. Saya cuma senyum jer jawab yang saya pun tak tahu apakah punca sebenarnya. Sebab saya pun pelik. Takde hujan, takde ribut, alih-alih benda ni terjadi. Sabo aje la.

Bila tengok cermin, memanglah risau. Kenapa tetiba saja benda ni berlaku. Setelah dua tiga hari berlalu, saya teringat kembali pada jasa baik si minyak gamat. Kebetulan, kat rumah masa tu stok minyak gamat memang tak pernah putus.

Sekali lagi, setiap malam saya sapukan minyak gamat ke seluruh muka. Tapi, untuk kesan kemerah-merahan di muka ni, ia agak memakan masa. Kira-kira 3 ke 4 minggu barulah kemerahan tu hilang sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur sebab berjaya juga menghilangkan kesan kemerah-merahan tersebut. Alhamdulillah.


Akhir sekali, untuk parut kecil yang masih baru. Nak dijadikan cerita, masa tengah mengemas rumah kemaslah sangatttt, saya mengalami luka di tangan. Tapi masa tu, darah pula keluar tak berhenti-henti.

Oleh sebab minyak gamat memang sentiasa menjadi peneman di rumah, khidmatnya sekali lagi ditagih. Saya bersihkan dulu luka tu dan terus sapu minyak gamat. Beberapa minit kemudian, pengaliran darah yang keluar menjadi perlahan dan seterusnya berhenti.

Beberapa jam lepas tu, baru saya perasaan kesan luka tadi meninggalkan kesan parut. Aduh... Tanpa berlengah, saya sapukan lagi minyak gamat ke bahagian yang berparut. Untuk hari-hari yang berikutnya, saya sapu lagi sebanyak 3 kali sehari. Sampailah kira-kira seminggu.

Sekali saya bersyukur. Parut tu dah sekata dengan warna kulit. Macam tak percaya pula kesan parut tu boleh hilang. Alhamdulillah.

Begitulah serba sikit perkongsian yang dapat saya coretkan buat anda. Mudah-mudahan adik-adik, tuan puan ataupun rakan-rakan yang buntu dengan masalah jerawat, muka kemerah-merahan serta nak hilangkan parut kecil yang masih baru dapat menggunakan minyak gamat untuk mengatasi masalah yang menimpa kulit anda.

Saya doakan anda semua berjaya mengatasinya serta cantik luar dan dalam. Amiin.


54 ulasan:

  1. saya nak tanya...sapu masa nak tdo ke?

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama: Iya. Kalau untuk jerawat, awak basuh dan lap muka dulu.

    Kemudian, barulah sapukan minyak gamat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol ke ni? Sebab minyak gamat kan berminyak...betol boleh elok ke copy paste je ayat2 kat ats ni??

      Padam
    2. Betolke bolehke ilang kan myk gamat brminyak ...ke tipu...copy paste je ayat kat ats ni?

      Padam
    3. @ Zafriq tUAH: InsyaAllah boleh. Memang berminyak tapi pagi esoknya, awak cuci muka dgn air yg agak suam. Ataupun gunakan pencuci muka utk hilangkan kesan minyak tu.

      InsyaAllah boleh. Ini saya kongsi atas pengalaman sendiri.

      Cuba tau. :)

      Padam
  3. Saya ada kesan melecur dekat muka dan kulit macam merah2. Boleh tak letak minyak gamat ni? Sebab ada org cakap nanti ada kesan parut hitam. -shila-

    BalasPadam
  4. @ shila: Boleh. Letakkan segera kat tempat yang melecur. Jangan biarkan lama-lama.


    p.s: Maaf bebanyak sebab lambat balas. Dah lama saya tak berkesempatan untuk "online".

    BalasPadam
  5. Takpe :) parut dah makin hilang. Terima kasih :) -shila

    BalasPadam
  6. @ shila: Syukur Alhamdulillah.

    Sama-sama. :)

    BalasPadam
  7. cara ni boleh hilangkan parut di muka ke?

    BalasPadam
  8. @ Nazri Hamzah: Sukar ataupun hampir mustahil untuk hilangkan parut jerawat yang serius. Walaupun dgn menggunakan kaedah perubatan moden.

    Tapi kalau sekadar parut biasa (bekas jerawat biasa), InsyaAllah boleh. :)

    BalasPadam
  9. Gammat memang luar biasa dan sangat banyak manfaatnya, insya Allah. Meminum gammat sambil melakukan pola hidup sehat akan membantu pengobatan parut, jeragat dan jerawat. Misalnya berolah-raga, minum air putih yg banyak, rajin bab, dll. Hasilnya bisa anda baca di artikel berikut ini : Cara menghilangkan bekas jerawat

    BalasPadam
  10. itu untuk menghilangkan bopeng bekas jerawat bisa ngak tu

    BalasPadam
  11. itu untuk menghilangkan bopeng bekas jerawat bisa ngak tu

    BalasPadam
  12. @ Hadi Nugraha: Terima kasih atas perkongsian.

    @ lifeischoice: Jikalau parut yang biasa mungkin bisa.

    Jika parutnya agak serius, mungkin juga bisa. Tapi tidak dapat kembalikan keadaan kulit 100% seperti asal.

    BalasPadam
  13. Salam ,
    saye berumur 13 tahun.sewaktu saya umur 12 tahun saya mengalami masalah kulit b'minyak dan berjerawat (kecil)...kalau time saya geram sgt dgn jerawat ni saya akan pecahkannya(picit).apabila saya berumur 13tahun muka saya terdapat byk bekas jerawat ,bintik hitam...(geramnye!)
    Adakah dengan cara menggunakan minyak gamat dapat menghilangkan masalah2 yg saya alami ini? -Nami

    BalasPadam
  14. @ Nami: Waalaikumussalam wbt.

    Bekas jerawat yang dipicit dengan kuku, agak sukar untuk pulih 100% seperti asal.

    Kalau setakat nak kurangkannya, InsyaAllah boleh.

    Cubalah. :)

    BalasPadam
  15. menarik Info dan petua anda saya sebagai penjual minyak gamat langkawi pun dapat sedikit ilmu dari anda Thanks
    www.langkawi7.wordpress.com

    BalasPadam
  16. Boleh hilangkan jerawat kecil atau bintik2 merah kat muka x??

    BalasPadam
  17. @ langkawi7: Terima kasih kembali. :)

    p.s: Kalau begitu, bolehlah tuan belanja saya minyak gamat. :D (Gurau aje....)


    @ Tanpa Nama: InsyaAllah boleh.

    Pun begitu, ingin saya nyatakan bahawa tindakbalas sesuatu bahan dengan kulit setiap orang adalah berbeza.

    Maksudnya, jika ianya tidak berkesan dengan kulit awak, harap awak faham ya.

    Walauapapun, saya tetap doakan agar awak dapat menghilangkan jerawat kecil ataupun bintik merah tersebut dalam masa yang terdekat.

    BalasPadam
  18. As.salam sis.... Dh lama dh entry ni eh... Ekekeke... Pipi kanan saya gatal2 n kemerahan slpas saya memicit jrawat yg agak besar d wajah... Saya guna cara cmpurkan bedak sejuk+minyak gamat dan sapukan d wajah... Cara cmni pn bole eh?...ekekeke

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Walau entri ini dah lama, In Sha Allah saya akan berikan maklumbalas selagi diizinkan-Nya.

    Ok, saya sarankan awak buang tabiat memicit jerawat di wajah. Sama ada jerawat besar ataupun kecil.

    Sebab, kesannya sukar untuk dihilangkan. Itu yang tak "best", kan?

    Pun begitu, awak tetap boleh sapukan minyak gamat. Lakukan setiap hari dan berdoalah pada-Nya mudah-mudahan kesan parut tersebut dapat dipulihkan seperti sediakala.

    Mengenai campurkan dengan bedak sejuk itu, saya kurang pasti. Sebab saya tak pernah cuba. Selalunya saya hanya sapukan dengan minyak gamat sahaja. Tapi, kedua-dua bahan tersebut memang berkhasiat untuk kesihatan kulit.


    Ataupun, saya syorkan awak sapu dengan lendir lidah buaya. Pada awalnya, memang akan rasa gatal. Tapi awak tahanlah sikit ya.

    Selamat mencuba. :)

    BalasPadam
  20. dbhgian tepi hdung sy ada sbjik jrwat yg keras srta mmgmbil msa yg lma utk ckup masak.sy gunakn ubat utk cpatkn jrwat itu msak krna jrwat itu sdh lma dtepi hdung sy.bila da msak,sy picitnya mnggnakn krtas tisu.ubat yg sy pkai itu sbnrnya mmbuatkn kulit sy mnggelupas dan slps jrwat dpcit ia mnjd spt luka.jika keadaan bgni elokkh sy mnggnakn minyak gamat?buat msa skrg sy cuma mltakkn bdak sjuk dbhgian luka trsebut.to sblehnya sy mhu luka itu lekas smbuh.ada jln pnyelesaian kah?bntulah sy..hmm

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama: Sebaik-baiknya cuba elak picit jerawat dengan kuku ya.

    In Sha Allah boleh. Awak sapukan minyak gamat pada waktu malam ya. Mudah-mudahan ia akan beransur pulih.

    BalasPadam
  22. ada lgi 1 cara..mmg berkesan...letak minyak gamat ke jerawat batu...lepas tu letak serbuk kayu manis..kayu manis tu d tumbuklah dulu utk dpt sebuk halus...smlm saya dah cuba... jerawat kempis n tidak rasa sakit lagi....n cara ni juga boleh hilang kan bekas hitam2 dgn lebih cepat lagi.... cuba lah.. :)

    BalasPadam
  23. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak di atas perkongsian saudara/i. :)

    BalasPadam
  24. Org ingin bertanya.Januari 23, 2014 9:59 PTG

    Kepala saya ada luka luka . Kerana kerap mengaru kepala, adakah minyak gamat berkesan utk melegakan luka dikepala saya? -capital N-

    BalasPadam
  25. @ capital N: InsyaAllah boleh dan ia sesuai untuk mengubati luka awak.

    Selain itu, awak boleh juga sapukan madu lebah asli pada luka tersebut.

    BalasPadam
  26. @ Zafriq tUAH: InsyaAllah boleh. Saya dah pernah amalkannya.

    Kalau boleh, sapu setiap hari pada jerawat waktu malam sampai jerawat tersebut surut dan hilang.

    BalasPadam
  27. Aslmualaikum,
    Nk tanye bleh x gune minyak gamat yg jenis lain???maksudnye selain yg ditunjukkan di ats...

    BalasPadam
  28. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Sekiranya untuk masalah jerawat, saya biasa pakai minyak gamat biasa sahaja.

    Kalau jenama lain tapi daripada jenis minyak gamat biasa, awak boleh gunakannya. Insya Allah.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum , setakat ni letak minyak gamat kat muka ade side effect yg teruk tak? Saya mempunyai masalah kesan jerawat yang agak teruk dan hampir 2 tahun mempunyai masalah ini,risau gak letak minyal gamat kt muka

    BalasPadam
  30. assalammualaikum...sis...sya nk tnya...hidung sya ada kesan terbakar tpi dh tinggal parut tpi hitam...klau guna minyak gamat nie blh x,nk hilangknya....nk keluar pun rasa malu sngt2....

    BalasPadam
  31. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Daripada pengalaman saya, InsyaAllah ia akan mengecutkan jerawat dan mengurangkan kesan jerawat tersebut.

    Dulu, muka saya pernah kemerah-merahan yang agak teruk setelah cuba satu produk kulit ni.

    Kemudian, saya terus berhenti gunakan produk tu dan sapukan minyak gamat pada seluruh muka pada setiap malam, iaitu ketika sebelum tidur.

    Kalau tak silap, dalam masa kurang 2 minggu saja kemerah-merahan tu hilang dan kesan jerawat tu pun pudar. Boleh kata hampir tiada.

    Cumanya, kesan untuk setiap daripada kita mungkin berbeza.

    Saya harap awak dapat mencubanya dalam beberapa hari dulu dan lihat kesannya. Jika positif, awak bolehlah teruskan.

    Saya sudah tentu akan doakan agar awak mendapat hasil yang positif. Amiin.

    @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Adik cuba dulu. InsyaAllah jika sesuai dengan kulit adik, pasti boleh pudarkan kesan hitam tersebut.

    Kalau nak hilangkannya, mungkin perlu ambil masa sikit. Tapi, kalau adik buat dengan konsisten, InsyaAllah boleh.

    Saya pasti akan doakan kejayaan adik. Amiin.

    BalasPadam
  32. Awk saya salah guna pencuci muka habis naik merah2 kat muka.....boleh hilang merah2 kat muka saya klu guna ubat gamat itu dgn izin-Nya....doakan semoga ruam ruam kat muka saya hilang......Amim

    BalasPadam
  33. @ Tanpa Nama: In Shaa Allah boleh hilang kemerah-merahan tu.

    Sapukan pada muka setiap malam sebelum tidur dan berdoalah agar usaha awak dipermudahkanNya.

    Saya pun doakan agar ruam-ruam tersebut segera pulih dan kulit awak semakin sihat dan cantik. Aamiin.

    BalasPadam
  34. Dalam minyak gamat tu kan dah ada cmpuran ramuan lainnya, seperti minyak klpa sawit, ketumbar,,minyak pala,minyak kayu putih,,,tak salah ke guna minyak gamat tu kt muka??? N btl ke bleh hilangkan jerawat?? Jerawat saya susah hilang,,merah2 sgt

    BalasPadam
  35. @ Tanpa Nama: Muka saya juga pernah kemerah-merahan dulu dan saya sapukan minyak gamat biasa setiap malam.

    Alhamdulillah kemerah-merahan tu berkurangan keesokan paginya.

    Untuk hilangkan terus, ia mungkin mengambil masa beberapa hari bergantung kepada kulit awak juga.

    Namun, saya tak berani jamin 100% yang ia boleh hilangkan kemerah-merahan yang awak alami. Cuma saya sekadar berkongsi pengalaman yang pernah saya alami.

    Harap ia membantu awak dan saya doakan moga awak juga dapat hasil yang positif. Amiin.

    BalasPadam
  36. Sya ada msalah dengn jerawat blkang kepala... mcm mna ahhh... dah 3 buln sya ada mslah nie... mcm2 syampoo sya guna... semua x dpt... minyak gamat boleh ker???

    BalasPadam
  37. Sy Personal Shopper utk product gamat langkawi.sy boleh tlg belikan product gamat dgn hargai terbaik di langkawi.tak perlu dtg langkawi..sy tlg belikan...boleh kunjungi semuagamat.blogspot.com utk info lanjut

    BalasPadam
  38. @ mama_mas: Terima kasih atas info puan. :)

    BalasPadam
  39. Saya nak tanya,boleh tak sapu dekat gusi.

    BalasPadam
  40. @ Zulkafli Chon: Tuan Zul, minyak gamat ni untuk kegunaan luaran sahaja.

    Harap maklum ya.

    BalasPadam
  41. @ Zulkafli Chon: Sebelum saya terlupa, tuan Zul boleh cuba sapu madu lebah asli pada gusi yang bengkak tu.

    Harap ia membantu tuan.

    BalasPadam
  42. Pipi saya tetiba byk jerawat kecil2, alahan agaknya. Sah dua minggu makin merah nampak mcm luka. Dah cuba guna modern cream pun sama tak kurang.

    Teringat ada minyak gamat yg borong di langkawi. Gunanya 2kali sehari, dalam masa 3 hari saja nampak jerawat makin pulih. Alhamdulillah, masih gunakan minyak gamat tradisonal ni amat berjasa

    BalasPadam
  43. @ Raisa: Syukur Alhamdulillah. Terima kasih banyak ye Raisa sebab sudi kongsi pengalaman awak. :)

    BalasPadam
  44. guna minyak gamat panas kat atas tu boleh jugak ke menghilangkan bekas jerawat yang dipicit??

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Tanpa Nama: Awak guna minyak gamat yg biasa aje tau. :)

      Padam
  45. boleh tak kalau gunakan minyak gamat yang biasa je??

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Tanpa Nama: Boleh. Saya memang guna yang biasa je. :)

      Padam
  46. Balasan
    1. @ puterikemasul.blogsport.com: Sama-sama cik puan. Silakanlah. InsyaAllah berhasil.
      Saya doakan ya. Amiin.

      Padam
  47. Salam. Saya kagum penulis blog balas semua soalan walaupun sudah bertahun lamanya. Sekarang ni wajah saya kritikal dengan parut jerawat yang sudah berbulan merebak di wajah. Baru saja letak minyak gamat ke seluruh wajah dengan harapan ia akan dapat bantu kurangkan parut2 hitam Insya'Allah. Doakan ya.

    BalasPadam
  48. @ n.a.f: Waalaikumussalam warahmatullah...

    Terima kasih ya. Ohh... Saya cuma balas apa yang termampu aje. :)

    Baiklah. Saya cuma boleh beri semangat dari jauh je untuk awak. Teruskan sapu minyak gamat biasa di muka awak terutamanya di sekitar kawasan parut jerawat.

    Kalau boleh, sapu pada waktu sebelum awak tidur setiap malam. InshaAllah awak dapat lihat perubahannya.

    Cuma cepat atau lambat je. Bergantung pada seseorang. Kalau lambat nampak kesannya, kalau boleh usah mengeluh. Selagi nampak perubahan positif pada muka awak, teruskan je. InshaAllah masa penyembuhannya akan tiba jua.

    Tapi, kalau makin teruk, awak hentikannya ya. Mungkin ia tak sesuai buat awak.

    Walau apapun, saya tetap doakan moga parut jerawat awak beransur pulih dan dikurniakan kulit yang lebih sihat juga cantik. Amiin.

    BalasPadam