Macam Mana Nak Hilangkan Panau Atau Kurap?

Bagi yang tinggal di asrama, masalah dijangkiti panau dan kurap memang biasa berlaku. Lebih-lebih lagi jika dapat rakan sebilik @ se"dorm" yang kurang menitikberatkan kebersihan.

Pun begitu, bila balik kampung nanti (Cuti Raya Cina), boleh cuba satu petua tradisional untuk hilangkan kurap mahupun panau yang bakal saya kongsikan sekejap lagi. Bahan utama yang perlu dicari ialah akar pokok lengkuas genting.

Lengkuas genting ni agak berbeza sikit daripada lengkuas biasa. Saiz dan akarnya lebih kecil. Sila rujuk gambar di bawah ya. Anda boleh mencarinya di kawasan tanah poros yang cepat menyerap air.


Pokok Lengkuas Genting - Flickr.com


Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan tumbuhan ini seperti berikut;

1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.

2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.

3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.

4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.

Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.


Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.


Begini caranya;

1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.

2. Bersihkan daun serta akar tadi.

3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.

4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.

5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.

6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.

Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.


Sekian saja petua yang mampu saya kongsikan dengan anda yang budiman. Jumpa lagi lain kali yea. Kalau nak komen atau kongsikan pengalaman anda, sila gunakan ruangan komen@ulasan sebaik mungkin yea.

21 ulasan:

  1. Selain daripada pokok ni,apa lagi yang boleh digunakan?kerana pokok ini sangat susah untuk di cari harap tolong ye :D

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama: Boleh saya tahu, awak nak hilangkan kurap ataupun panau?

    Kalau panau, boleh sental dengan bawang putih spt yg pernah saya kongsikan di Petua Kecantikan: Anda Ada Panau?.

    Ataupun awak boleh gunakan daun belimbing besi spt di artikel 4 Khasiat Daun Belimbing Besi.

    Selain panau, ia boleh juga digunakan utk mengubati kurap.


    Harap ia membantu awak & moga lekas sembuh.

    BalasPadam
  3. sya tdak dpt mncari pkok lengkuas gnting ni...ad x petua lain tuk ubt pnyakit kurap ni??

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: Cuba awak gunakan daun belimbing besi ~ 4 Khasiat Daun Belimbing Besi.

    Harap ia membantu awak & moga lekas sembuh ya.

    BalasPadam
  5. Utk hilangkan panau ,cuba petua.INSYA ALLAH MUJARAB!!

    BalasPadam
  6. @ zamri: Silakan ya tuan Zamri. Moga berjaya hilangkan panau. ;)

    BalasPadam
  7. boleh ke guna Bawang putih nk hilangkan kurap?

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: Boleh. Awak boleh rujuk di artikel Petua Kecantikan: Anda Ada Panau?.

    Harap ia membantu awak. :)

    BalasPadam
  9. Kelly Blossom telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Macam Mana Nak Hilangkan Panau Atau Kurap? " anda:

    sy guna miconazole dah 2 buln x hlg ponnn ;P hrp ptua ni hd ekkk


    @ Kelly Blossom: Saya kurang pasti kenapa komen Kelly tak keluar kat sini. Tapi saya harap petua di atas dapat membantu Kelly.

    Moga lekas sembuh ya.

    BalasPadam
  10. Emm..sy tensyen la dgn penyakit kurap ni..sy bli ubt kt farmasi pn x bek lg....gne bwg puteh tu camne caranye?btol2 mujarab ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Tanpa Nama: Ambil 1 biji bawang putih. Kupas kulitnya dan ketuk. Kemudian, tenyehkan bawang putih ke kawasan kurap.

      Saya doakan kurap awak lekas sembuh dan hilang kesannya.

      Padam
  11. guna clorox tue btul ker??

    BalasPadam
  12. Guna jew ubat kaki 3.. Insyaallah bleh smbuh

    BalasPadam
  13. Kalo ade kurap kat muke mcm mne nak ilangkan ?
    Nak ilangkan ambil mase bape minggu ?

    BalasPadam
  14. Salam, saya nk tnya admin, mcm mna nk hilangkan kurap di muka dn badan .. semua cara tlah sya gunakan, tapy ad lagi kurap tu, saya mmg risau sgat2. Tolong lah saya, , minta pendapat and ubt blh .. ? Harap dpt tlong.

    BalasPadam
  15. @ Tanpa Nama:

    - Saya minta izin jawab soalan saudara/i "Tanpa Nama" berkenaan penyakit kurap sekaligus ya.

    Waalaikumussalam wbt.

    Saya cadangkan awak sapukan campuran madu lebah asli dan sedikit serbuk kayu manis pada bahagian kurap.

    Campuran ini boleh menyembuhkan semua jenis jangkitan kulit dengan izin-Nya.

    Tentang jangkamasanya, saya kurang pasti. Cuma saya berharap awak amalkan petua ini setiap hari sehinggalah kurap tersebut sembuh sepenuhnya.

    Harap ia membantu kalian ya.

    BalasPadam
  16. Kenapa tak cuba krimmutiara bumi yang terbukti berkesan.

    BalasPadam
  17. Saya mengalami panau dan kurap saya ingin meminta tolong untuk menghilang kan masalah saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aslm..sy syorkan guna krimmutiarabumi. Alhamdulillah ramai dah baik. Layari krimmutiarabumi.blogspot.com atau hubungi terus 0134389413..tk

      Padam
  18. saya mempunyai kurap lbh kurang 10thn dh.. lps bersalin ank pertama.. ia jd makin truk.. suami pn duk mrh2 sbb tergaru2.. pastu saya ada terbc yg myb tubuh kita ni de bnyk toksin .. saya pn cb mkn produk detox tuk buang toksin dlm bdn.. dan alhamdulillah.. gatal2 sudah berkurangan dan saya juga sudah dpt tdo dgn lena

    BalasPadam
  19. apabila sya mengguna bawang putih di panau saya,tidak berkesan terlihat hangus dipanau saya

    BalasPadam