Setiap hari, anda terdedah dengan asap, debu, habuk dan sinaran matahari. Keadaan ini memang tak dapat dielakkan. Sekiranya diabaikan, ia membuatkan kulit menjadi kusam dan kurang bermaya. Terutamanya kulit muka. Anda pasti menyedarinya bila membelek muka di depan cermin.
Risau?? Tentulah risau, kan?
Justeru, kalau anda ingin mengekalkan kulit muka yang putih serta cerah, apakata rawat muka dengan serbuk kopi. Ini kerana serbuk kopi mampu mengembalikan kecerahan kulit anda.
Kalau nak memutihkan satu badan pun boleh amalkan petua memutihkan kulit yang bakal anda ketahui sebentar saja lagi. :-)
Serbuk kopi
Untuk makluman anda, serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.
Jadi, usah tunggu lagi! Sediakan bahan-bahan yang diperlukan;
~ 1/2 kg biji kopi
~ Sedikit minyak zaitun
~ Sedikit tepung sengkuang
Caranya;
1. Tumbuk biji kopi sampai halus.
2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.
3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.
5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.
6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.
7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.
Petua ini boleh diamalkan seminggu sekali. Selamat Mencuba!
salam.... kalo pakai serbuk kopi jek trus boleh tak? sebab susah la nk dari biji kopi...
BalasPadam*cari
BalasPadam@ Tanpa Nama: Boleh. :)
BalasPadamtepung sengkuang tu tepung ape?
BalasPadam@ Tanpa Nama: Tepung sengkuang atau tepung bengkuang. Kalau dilihat produk ni diperbuat serta banyak digunakan oleh orang Indonesia.
BalasPadamkat kedai mane nak cari tepung sengkuang???
BalasPadam@ Tanpa Nama: Cuba cari kat kedai yg ade jual jamu dll produk kecantikan tradisional.
BalasPadamnak tanya sikit ni. Ada orang kata biji kopi ni pon akan mengurangkan lemak yg ada pada badan. Betul ke?
BalasPadam@ Tanpa Nama: Ia mampu mengurangkan timbunan lemak.
BalasPadamAwak boleh rujuk artikel bertajuk Cara Hilangkan Selulit Dengan Kopi. ;)
kalau xpkai tepung sengkuang xpew kew??
BalasPadam@ Tanpa Nama: Boleh juga. Cuma kesannya agak berbeza sikit.
BalasPadamsaya ada mslh parut jerawat kt muka dn parut kudis kat bdn mcm na nk hilgkn cpt?
BalasPadam@ Tanpa Nama: Sapu dgn lendir lidah buaya setiap malam sebelum tidur. ;)
BalasPadambiji kopi sama ke gn serbuk kopi yg kta dok bt air tu
BalasPadam@ Tanpa Nama: Kalau nak guna serbuk kopi yg dlm uncang putih tu pun boleh.
BalasPadamkalau guna safi minyak zaitun? boleh ker?
BalasPadam@ misz shaden: Rasanya jenama apa pun boleh. Janji minyak zaitun. :)
BalasPadamBoleh tak kalau baru masuk remaja gunakan petua-petua macam ni ?
BalasPadam@ Fatin: InsyaAllah boleh. Tiada masalah. Lebih elok jika Fatin mula menjaga penampilan diri seawal usia remaja.
BalasPadamTapi, lakukannya mengikut aturan yg dicadangkan yea.
bley kew klu gne serbuk kopi jew????mcm ssah jew nk cri brang2 semue 2
BalasPadam@ Tanpa Nama: Boleh juga.
BalasPadamklew gune tanpa tpung sengkuang ?? ble ker ??
BalasPadamlaw guna kopi n mnyak zaitun jak ?? bole ?
BalasPadam@ Tanpa Nama & lieya: Awak boleh cuba tanpa tepung sengkuang. Mgkn sbb agak sukar utk mendapatkannya, kan?
BalasPadamCuma hasilnya mgkn agak berbeza sikit drpd mereka yg amalkannya dgn campuran ketiga-tiga bahan tersebut.
Harap maklum yea.
kalau umur macam saya ni 13 tahu boleh tak
BalasPadam@ Tanpa Nama: Boleh saja dik. ;)
BalasPadamsetahu saya tepung sengkuang memang susah nak di dapati
BalasPadamtapi di mna di semu kedai di semu soping tiada tepung yang bernama tepung sengkuang kalu tpung beras ade la
BalasPadamkalu guna kan tepung beras tak boleh ke
BalasPadam@ Tanpa Nama: Awak boleh gunakan 2 bahan tu saja jika mahu. Sbb tepung sengkuang tu susah nak cari.
BalasPadamSaya kurang pasti dgn penggunaan tepung beras. Harap maaf ya.
KALAW KTE WAt stiap ary ley ke?
BalasPadam@ Tanpa Nama: Amal seminggu sekali saja. Tak perlu lakukan terlalu kerap ya.
BalasPadamkenape kena bilas dengan air garam? boleh tolong terangkan...
BalasPadamader tak petua menghilangkan lubang kat muka bekas demam campak?
BalasPadamadoi mcm soalan la korang ni hihi
BalasPadamminyak zaitun yg minyak rambut tu boleh jugak ke?
BalasPadam@ Tanpa Nama: Minyak zaitun ni sebenarnya banyak kegunaan. Selain untuk rambut, ia baik untuk kesihatan kulit kita.
BalasPadamMalah, sering juga digunakan untuk masakan dan penyediaan salad.
Jadi, jawapannya "boleh". :)
beli saja bh produk kecantikan di kedai... susah-susah lg mencari.. bgus klu terus putih..
BalasPadamtepung sengkuang itu apa yah karena aku kurang tau tepung sengkunag,...selain dengan tepung sengkuang apakah ada alternatif atau cara yang lain,..terima kasih.
BalasPadam@ Tanpa Nama: Jika awak ke kedai jamu, tanyakan saja pada penjualnya mengenai tepung sengkuang.
BalasPadamkalau lelaki boleh ke ?
BalasPadam@ AdLy Vai: Boleh. :)
BalasPadamtepung sekuang x thu.klu tepung gandum bleh tak
BalasPadam@ Tanpa Nama: Mungkin awak boleh cuba gantikannya sama ada dengan tepung gandum ataupun tepung beras.
BalasPadamWow. Its work
BalasPadam@ people: Alhamdulillah. Thanks for your feedback.
BalasPadamlama mana makan masa kalau guna kopi dengan tpung beras..
BalasPadamAlhamdulillah..jadi..walau tak byk..hehe..thx
BalasPadam@ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Tahniah dan teruskan amalan tersebut dengan konsisten ya.
BalasPadamInsya Allah hasilnya pasti lebih baik nanti.
pening lah nak ambil mana tepung sengkuang......dan saye x pernah dengar lahh
BalasPadam@ Nur Aida: Kalau tiada tepung sengkuang, Aida boleh gunakan serbuk kopi dengan minyak zaitun saja ya.
Padamkalau kulit kita ada jerawat boleh ke?
BalasPadam@ Tanpa Nama: Insya Allah boleh.
Padam