Cara Hilangkan "Stretch Mark" Pada Kulit

Saya kurang pasti istilah "stretch mark" dalam BM. Rekahan kulit, kulit pecah, garis hitam atau kerepot? Tak kiralah apa yang anda selalu sebut. "Stretch mark" ni terjadi kerana regangan berlakunya regangan kulit. Biasanya dialami oleh para ibu yang kerap bersalin dan ahli bina badan. Begitu juga mereka yang mengalamai pertambahan atau pengurangan berat badan.

Biasanya anda boleh nampak ia pada sekitar bahagian perut, dada, lengan, belakang badan, paha dan kawasan sekitarnya.

cara hilangkan stretch mark
Sumber - http://en.wikipedia.org

Ada sesetengah orang tak peduli pasal benda ni. Biasanya lelaki la. Hehe... Tapi bagi kebanyakan wanita, ia sesuatu yang agak merisaukan. Betul ke?

Kalau begitu, saya kongsikan cara untuk hilangkan strech mark anda. Tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya boleh amalkan petua ini.


Bahan- bahan yang anda perlukan;

~ 1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)

~ 1 sudu teh air limau nipis

~ 20 titik minyak kayu putih

Caranya;

1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas hingga sebati.

2. Sapukan pada tempat-tempat yang ada "stretch mark".

3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.


Selamat Mencuba!

2 Cara Memutihkan Siku Hitam

Warna siku yang agak gelap pun boleh membuatkan seseorang rasa kekurangan. Dahlah hitam, permukaannya kasar pula. Antara sebab musabab siku hitam ni adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan. Ataupun faktor keturunan.

Jadi, kalau anda nak memutihkan siku, di sini ada 2 cara untuk dicuba. Pilihlah yang sesuai dengan anda yea.


cara memutihkan siku hitam


Cara #1


1. Anda perlukan 1 biji limau nipis ataupun lemon. Pilih salah satu aje.

2. Belah dua limau nipis/lemon tadi.

3. Gosokkan ia sebelah pada siku kanan dan sebelah lagi pada siku kiri anda.

4. Gosoklah dalam beberapa minit.

5. Kemudian, biarkan air limau nipis/lemon tadi kering dan menyerap pada siku anda.

6. Akhir sekali, anda bilas kedua siku dengan air suam.


Ulangi cara memutihkan siku ini setiap hari. Sehinggalah anda puas hati dengan hasil yang diperolehi.



Cara #2


1. Sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;

~ Serbuk kunyit

~ Tepung gandum

~ Sedikit susu kotak

2. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.

3. Gaulkan hingga rata.

4. Sapukan bahan tadi pada kedua-dua belah siku.

5. Biarkan selama 30 minit.

6. Akhir sekali, bersihkan siku anda dengan menggosoknya perlahan-lahan menggunakan air suam.

Sama seperti cara memutihkan siku #1, lakukannya setiap hari sampai anda puas hati. :D


Selamat Mencuba!

4 Cara Diet Ketika Di Pejabat

Hari ini, kebanyakan anda yang bekerja terpaksa meluangkan masa yang lama di depan komputer. Maklumlah, banyak kerja yang perlu disiapkan. Hal ini menyebabkan anda kurang bergerak. Kekadang, nak bangun kejap pun rasa cam malas. Betul, tak?


Imej - positivetosuccess.com


Tapi dalam masa yang sama, anda tetap mahukan tubuh yang menarik lagi menawan. Cuma kekangan bekerja di depan pc agak membataskan impian anda tu. Huhhh... mesti kecewa giler.

Oke. Dahlah tu. Usahlah bersedih. Sebab anda masih mampu untuk mengatasi kekangan tersebut. Cuba kuatkan semangat dengan mengikutI cara diet di pejabat berikut;



1. Minum banyak air


Nak senang, letakkan botol air putih berhampiran meja anda. Pastikan anda minum air putih yang mencukupi setiap hari.



2. Jaga waktu makan


Atur waktu makan anda secara konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari. Ataupun dalam lingkungan 30 minit sebelum hingga 30 selepas jam 1 petang.

Pastikan juga memilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori tau.

Sementara itu, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi anda mesti UBAH jika mahu "maintain" langsing.



Untuk itu, mulai saat ini kosongkan meja anda daripada sebarang jenis makanan. Pastikan mata anda tidak terpandang sebarang jenis snek, buah-buahan dan sebagainya semasa tengah bekerja.



3. Bergerak sekali-sekala


Usah jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk anda tidak bergerak. Mata anda pun tahu letih tau.


Jadi, sekali sekala anda perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh anda lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa.



4. Cari kawan yang ada matlamat serupa


Biasanya kalau buat seorang diri, anda takkan bertahan lama. Semangat lekas pudar. Lebih-lebih lagi jika ramai yang memperlekehkan usaha murni anda tu.

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan anda. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat.

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila rakan anda kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan beliau. Begitu jugalah sebaliknya.



Sekian dulu buat kali ini. Harap anda mampu melaksanakan beberapa tip diet di atas. Mulakannya hari ini juga tau! :D

12 Faktor Lemah Daya Ingatan

Ada sesetengah orang asyik lupa aje kerjanya. Sikit-sikit lupa. Walhal dah diberitahu berkali-kali, tetapi tetap juga lupa. Memang dia pelupa agaknya.


Lemah Daya Ingatan
Mudah lupa? - kabarindonesia.com


Oke. Saya nak kongsi sikit beberapa faktor yang menyebabkan seseorang jadi pelupa. Dalam erti kata lain lemah daya ingatan. 12 faktor itu adalah;


1. Bercinta tidak berlunaskan ajaran Islam.

2. Bermain mata dengan wanita dan sebaliknya (zina mata).

3. Buang air kecil sambil menggosok gigi.

4. Minum minuman atau makan makanan yang telah dimasuki semut.

5. Minum minuman dan makan makanan yang haram ataupun diperolehi secara haram.

6. Onani atau melancap.

7. Selalu mengadu domba serta mengumpat.

8. Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau berdukacita.

9. Suka melihat benda-benda yang haram.

10. Suka memikirkan perkara yang bukan-bukan.

11. Terlalu memikirkan pasal wanita dan begitu juga sebaliknya.

12. Tidak membaca Al-Quran dalam sehari.


Begitulah antara faktor yang menyebabkan kita boleh jadi pelupa. Kalau anda nak tambah faktor lain, silakan. Mudah-mudahan ia dapat  mengelakkan kita mudah sangat terlupa.


P.S: Membaca Al-Quran setiap hari adalah ubat terbaik untuk menjaga kesihatan jantung kita.

5 Manfaat Jalan Kaki

Anda suka jalan kaki untuk ke satu-satu tempat? Tak kiralah sama ada ke kedai runcit berdekatan rumah mahupun ke kedai makan berhampiran pejabat. Ataupun bersiar-siar di taman pada setiap petang dan hujung minggu. Ini pun dikira juga. =)




Jikalau anda memandang rendah pada aktiviti berjalan kaki ni, cuba fikir semula.

Berjalan kaki secara perlahan atau sederhana dengan purata 150 minit seminggu mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Di samping memberikan kebaikan lain kepada anda.


Antaranya;


1. Kurangkan risiko diabetes

Kajian terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes.


2. Kurangkan risiko strok

Berjalan kaki secara sederhana selama 30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu pengurangan sekitar 40%. Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali seminggu.


3. Kurangkan risiko kanser payudara

Berjalan kaki bukan setakat boleh mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu si pesakit melawannya. Jadi, apa tunggu lagi??


4. Menguatkan daya ingatan

Kajian dari Itali mendapati berjalan kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun mampu mengurangkan 27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah menelitinya selama 4 tahun.

Demensia merupakan sejenis penyakit otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun dengan cepat. Contohnya seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta pergaulan.

Dimensia ini boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an ke dan atas.

Oleh itu, lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak.


5. Memperbaiki kehidupan seks

Ah-ha! Bagi pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?

Menurut kajian lagi membabitkan wanita 45-55 tahun, mereka yang menjadikan aktiviti jalan kaki sebagai rutin akan dapat ...

A. Meningkatkan ransangan seks

                          &

B. Meningkatkan kepuasan seks mereka


kerana pengaliran darah yang lebih lancar.


Sekarang, bagaimana persepsi anda terhadap aktiviti berjalan kaki? Dah berubah ke belum? Kalau dah, amalkan aktiviti ini 30 minit sehari selama 5 hari seminggu sebagai rutin baru anda. (*-*)

4 Tumbuhan Mengubati Darah Tinggi

Setiap tumbuhan yang dijadikan oleh-Nya tentu mempunyai khasiat tersendiri. Cuma mungkin kita saja yang kurang tahu mengenainya. Justeru, saya kongsikan beberapa jenis tumbuhan yang dikatakan berupaya mengurangkan atau mengubati tekanan darah tinggi anda.


1. Pegaga

Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda. Selain itu, amalan meminum jus pegaga membantu anda kelihatan awet muda.


2. Pucuk Betik

Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.


3. Daun Sambung Nyawa

Satu lagi tumbuhan yang boleh anda jadikan sebagai ulam-ulaman ialah daun sambung nyawa. Andai memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan macam nak muntah.


Daun Sambung Nyawa

Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.


4. Daun Tenggek Burung


Daun Tenggek Burung - deazliyanish.blogspot.com

Anda yang menghidapi darah tinggi boleh buat daun tenggek burung ni sebagai ulam. Lawan pula dengan sambal belacan. Mmmm... memang sedap.

Di samping darah tinggi, ia membantu melancarkan perjalanan darah anda juga.


Sekian, terima kasih. :-)

Ramuan Menambah Tenaga Batin 3

Agak lama saya tak paparkan petua suami isteri dengan anda yang telah berkahwin. Apa kata saya kongsi satu ramuan menguatkan tenaga batin khas buat suami. Boleh, kan?

Baiklah, bahan-bahan yang diperlukan adalah;

~ 1 gram lada hitam

~ 1 sudu minyak sapi

~ 1 ulas bawang putih

~ 7 ulas cekur



Oke. Anda dah sediakan kesemua bahan di atas? Kalau dah, baguslah. Sekarang, anda perlu lakukan langkah berikut;


1. Bersihkan cekur dan tumbuk ia sampai lumat.

2. Bawang putih dan lada hitam tadi pun perlu ditumbuk juga.

3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi beserta minyak sapi hingga sebati.

4. Akhir sekali, makanlah ramuan ini.

Anda perlu memakan ramuan ini pada waktu pagi selama 7 hari berturut-turut. In Shaa Allah masalah anda akan dapat diatasi.


Cuba tau!


****** Lain-lain ramuan menguatkan tenaga batin:

~ Ramuan Menguatkan Tenaga Batin

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Kopi

Setiap hari, anda terdedah dengan asap, debu, habuk dan sinaran matahari. Keadaan ini memang tak dapat dielakkan. Sekiranya diabaikan, ia membuatkan kulit menjadi kusam dan kurang bermaya. Terutamanya kulit muka. Anda pasti menyedarinya bila membelek muka di depan cermin.

Risau?? Tentulah risau, kan?

Justeru, kalau anda ingin mengekalkan kulit muka yang putih serta cerah, apakata rawat muka dengan serbuk kopi. Ini kerana serbuk kopi mampu mengembalikan kecerahan kulit anda.

Kalau nak memutihkan satu badan pun boleh amalkan petua memutihkan kulit yang bakal anda ketahui sebentar saja lagi. :-)  


serbuk kopi
Serbuk kopi


Untuk makluman anda, serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.


Jadi, usah tunggu lagi! Sediakan bahan-bahan yang diperlukan;

~ 1/2 kg biji kopi

~ Sedikit minyak zaitun

~ Sedikit tepung sengkuang


Caranya;

1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.

4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.


Petua ini boleh diamalkan seminggu sekali. Selamat Mencuba!

Makanan Kurangkan Lemak Di Perut?

Lemak di perut adalah paling berbahaya berbanding lemak pada bahagian lain. Malah, ia merupakan lemak yang paling degil untuk dihilangkan. Walaupun anda sering melakukan senaman perut. Apa yang lebih merisaukan adalah diabetes, kanser dan penyakit jantung sering dikaitkan dengan lemak berlebihan pada perut!!

Sebagai langkah mengurangkan lemak di perut, anda perlu memilih jenis makanan yang mampu merealisasikan impian anda tu. Di sini, terdapat 4 jenis makanan yang mudah membakar lemak.


1. Enzim


Buah-buahan segar seperti betik dan nanas amat kaya dengan enzim. Begitu juga dengan sayur-sayuran. Di mana dimana pengambilannya membantu memecahkan protein agar lebih mudah dicerna.


buah nanas
Nanas


Selain itu, ia turut membantu hati dan pankreas mengeluarkan lebih banyak racun serta mengubah lemak yang tersimpan dalam perut menjadi sumber tenaga untuk keperluan tubuh anda.



2. Lemak sihat


Bukan semua jenis makanan yang berlemak itu menjadi penyebab perut buncit tau. Ini kerana, lemak tidak tepu tunggal boleh meningkatkan metabolisme dan mengubah lemak di perut menjadi tenaga.

Antara jenis makanan yang kaya dengan lemak sihat adalah avokado, kacang badam dan minyak zaitun.

Badam kaya dengan lemak sihat dan sumber protein yang mampu membakar lemak. Selain itu, ia juga mencegah sakit perut akibat lapar.

Minyak zaitun pula mengawal kadar kolesterol agar sentiasa berada pada paras normal.



3. Serat


Antara makanan berserat tinggi ialah kacang buncis dan tepung oat (oatmeal). Kandungan serat yang tinggi mampu mengurangkan lemak di perut. Ini kerana ia membuatkan anda berasa kenyang pada kadar yang lebih lama.


Kesimpulannya, jika selama ini anda dah puas bersenam tetapi lemak masih banyak terkumpul di perut, apa kata amalkan memakan 3 jenis makanan di atas. Mudah-mudah ia boleh mengurangkan kadar lemak pada bahagian perut anda.