Petua Tradisional Menghilangkan Jerawat

Apasal la jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi? Dah banyak petua dicuba, tapi keadaannya masih sama. Malah, kadang-kadang ia bertambah teruk. Betul ker petua yang ada dalam blog ni?

Biasanya begitulah persoalan yang bermain di fikiran anda, kan? Sebenarnya, ia bergantung pada banyak faktor lain. Petua yang dikongsikan hanyalah satu usaha yang perlu anda lakukan agar masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Namun begitu, sekiranya anda mengamalkan sesuatu petua tetapi tidak menitikberatkan soal lain seperti kebersihan diri, kemungkinan besar apa yang anda harapkan akan menjadi sebaliknya.

Justeru, anda perlulah utamakan soal kebersihan diri dan persekitaran agar kulit muka dan tubuh kekal terpelihara setiap masa.

Kulit Muka Cantik


Pagi tadi semasa membaca akhbar Sinar Harian, saya terjumpa petua menghilangkan jerawat. Mungkin ia dapat memberikan manfaat kepada anda masih dibelenggu masalah jerawat.

Oke, ramuan yang diperlukan adalah kulit Pokok Bunga Tanjung, bedak sejuk dan sedikit air.


Pokok Bunga Tanjung
Pokok Bunga Tanjung


Cara mengamalkannya;


1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.

2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.

3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.

4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.

5. Jadikan ia sebagai amalan harian.

Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat.


Harap petua jerawat ini membantu anda yer. :D

89 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian anda! Satu artikel menarik yang pastinya membantu teman-teman yang bermasalah di luar sana.Saya juga ada menulis topik yang sama. Harap sudi beri feedback dan pendapat.http://www.slideshare.net/specialgigs/cara-menghilangkan-jerawat-adakah-anda-tahu-cara-mengatasinya

    BalasPadam
  2. @ wannabe: Sama-sama. Harapan saya begitulah hendaknya.

    Oke. Artikel awak juga bagus. Memang tak macho kalau ada jerawat, kan? ;)

    BalasPadam
  3. @ Tanpa Nama: Terima kasih. :D

    BalasPadam
  4. pokok tanjung??????????

    BalasPadam
  5. weeeiii tak ada bunga tanjung guna ramuan lain seperti bedak sejuk sahaja tak apa

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Boleh. Tapi dgn hanya menggunakan bedak sejuk, hasilnya agak lambat.

    Kalau awak sanggup bersabar & konsisten mengamalkannya, boleh pakai bedak sejuk saja.

    Sebab pemakaian bedak sejuk ni, kesannya akan dinikmati selepas jangka masa panjang.

    BalasPadam
  7. beri laluan

    Nak promosi produk atau perkhidmatan? Klik sini PERCUMA 100%

    BalasPadam
  8. urmmm... bagus,banget

    BalasPadam
  9. klu guna bedak sejuk sahaja bleh x???sbb susah laa nk cri pokok bunga tanjung

    BalasPadam
  10. @ Tanpa Nama: Boleh juga. Tapi selalunya lambat kalau hanya guna bedak sejuk.

    BalasPadam
  11. yee , nak gune bdak sejuk sje laa , :)) sbb ssh nk cri pokok tuh ,

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Oke. Amalkan pakai bedak sejuk setiap mlm tau.

    BalasPadam
  13. sye nk cuba tips ni tapi x berani la coz sepupu sye prnh ikut tips kat blog, akhbar dan mcm2 lah die cuba. tapi hasilnya mukanya dipenuhi jerawat.

    BalasPadam
  14. @ bazilah: Selain mengikuti petua yg disyorkan, faktor-faktor lain pun harus diambilkira. Cthnya soal kebersihan diri & persekitaran, pemakanan dll.

    BalasPadam
  15. (mia)oktant sye ting1...sye bli 3 pncuci muka yg berlainan.....adakah 3 produk tu...knne pkai wktu sme???

    BalasPadam
  16. ya... sya brksan

    BalasPadam
  17. @ mia: Pakai 1 jenis aje dlm satu masa. Selepas tu, dlm seminggu sekali boleh pakai skrub.

    @ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah... Tahniah yea & teruslah amalkannya.

    BalasPadam
  18. chitot kentot
    we..dulu aku sek.tak der lak jerawat skrg der lak aku da pki bedak sejok da mcm muke antu da x oke..bunge tanjung mane nk cri we..

    BalasPadam
  19. mana nk cri pokok bunga tanjung ni

    BalasPadam
  20. apa cari lain untk mndpat klit muke yg licin??

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama: Harap awak sudi rujuk pada senarai petua berkaitan utk melicinkan kulit muka pada label Licinkan Kulit Muka.

    Harap ia membantu awak yea. :)

    BalasPadam
  22. sya igin cuba tapi takut nak cuba emm

    BalasPadam
  23. @ Tanpa Nama: Awak mesti beranikan diri & yakin. Barulah boleh dapat hasilnya. Insya-Allah.

    BalasPadam
  24. sya nk sngt mncuba tips2 tpi sya tkut laaaa...

    BalasPadam
  25. ye la kan,,ad prasaan nk mncuba sangt tpi,pd msa yg sma prasaan tkut 2 ska sngt mnggngu tau..tkut jdi lbih truk drpd yg sdia ada.Tpi nk cari bhan dy pun 1 problm gak.....mna nk dpt pkok tnjung 2???

    BalasPadam
  26. @ Tanpa Nama: Silakan. Tapi sekiranya awak takut mencuba petua di atas ataupun sukar nak dapatkan bhn yg diperlukan, boleh cuba petua lain.

    Harap awak sudi mencarinya dalam blog ini. Antara senarai petua yg boleh awak perolehi melalui label Hilangkan Jerawat.

    Harap ia membantu. :)

    BalasPadam
  27. Antra tips-tips yg dberikan ad jgk yg sya cba n alhmdulilah ia mmg agak mujarab.

    BalasPadam
  28. @ Tanpa Nama: Syukur, Alhamdulillah.

    Terima kasih tak terhingga juga atas maklumbalas yg awak berikan.

    BalasPadam
  29. @ dilla: Boleh juga kalau nak menumbuk atau mengisar kulit pokok Bunga Tanjung tu.

    BalasPadam
  30. duluh muka sy tk tumbuh jerawat selepas sy kemalang muka dh tumbuh jerawat mcm mn nk hilang kan jerawat dkt muka sy

    BalasPadam
  31. @ Tanpa Nama: Sebenarnya ada banyak cara. Cuma ia sesuai dgn awak ataupun sebaliknya.

    Harap awak dpt luangkan masa utk mencarinya dlm blog ini.

    Sekian, terima kasih.


    p.s: Kalau ada parut kesan kemalangan, sapu aje dgn lendir lidah buaya. Amalkan selalu. Insya-Allah hilang.

    BalasPadam
  32. Memang bagus petua yang disediakan di blog ni.. Amat berguna untuk semua...

    BalasPadam
  33. @ Lintah: Terima kasih. laman web tuan pun apa kurangnya. Banyak info berguna ttg lintah. :D

    BalasPadam
  34. macam mana pulak dengan nak menghilangkan minyak dimuka ?

    BalasPadam
  35. @ Tanpa Nama: Bila kulit muka tak selesa kerana berminyak, basuh saja dgn air bersih. Lepas tu lap dengan kain lembut yg bersih.

    BalasPadam
  36. Konjac Sponge adalah antara kaedah semulajadi untuk mendapatkan kulit wajah yang menarik dan bersih ... http://www.carahidupsihat.com/konjac

    BalasPadam
  37. @ Kaz: Terima kasih atas info Tn Khairul & Pn Naznina.

    BalasPadam
  38. hmm...tapi nak cari kat mane pokok tanjung?bedak sejuk ngan air tu,mudah la nak cari,,

    BalasPadam
  39. @ Sarah Mini: Sekarang ni mgkn dah susah sikit nak cari kot.

    BalasPadam
  40. hmmm..mane nak cari pokok tanjung 2 ekk??

    BalasPadam
  41. Tak mahu dah ada muka berjerawat.harap jerawat lepas ni tak der..:D

    p/s : jerawat ni buat orang stress betul lah..:D

    BalasPadam
  42. @ Pakar Jerawat: Rasa lebih yakin kalau muka bersih & bebas drpd jerawat. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  43. salam, boleh tak nak tanye..
    kalau ada jerawat kita kena biarkan aje ke?
    kalau picit takut tinggalkan kesan hitam pulak.
    apa yang patut saya buat dengan jerawat tu?
    terima kasih :)

    BalasPadam
  44. klu guna bedak sejuk, teda kesan smpingan ka ?

    BalasPadam
  45. klu guna bedak sejuk, teda kesan smpingan ka ?

    BalasPadam
  46. @ yuyueyuliana: Waalaikumussalam wbt.

    Sebaik-baiknya biarkan saja jerawat tu.
    Cuci muka dgn pencuci muka seperti biasa, iaitu 2 kali sehari.

    Selebihnya, jika rasa kulit kurang selesa, cuci dgn air bersih dan lap dgn kain lembut yg bersih.

    Pada sebelah malam, boleh pakai bedak sejuk atau sapu dgn minyak gamat ataupun sapu dgn lendir lidah buaya dll.

    Pilih salah satu cara saja. Apa yg penting ia sesuai dgn kulit adik.


    @ blair: Sepanjang saya gunakan bedak sejuk, belum ada sebarang kesan sampingan yg negatif.

    BalasPadam
  47. ASSALAMUALAIKUM adik nak tanya ni ni, nape kalau tak picit jerawat tinggal kesan gak.jgn marah:D

    BalasPadam
  48. Ooo ye ke, guna je ubat tradisional .Insyaallah o.k bukan k.o tau

    BalasPadam
  49. @ Tanpa Nama:

    - Waalaikumussalam wbt.

    Memang ada kesan. Tapi kesan tersebut boleh dihilangkan dgn lebih mudah berbanding jika adik memicitnya.

    Terutamanya kalau adik suka picit pakai kuku.


    - :)

    BalasPadam
  50. nak tanya... bedak sejukkan banyak jenama..yg mana 1 pling elok ??

    BalasPadam
  51. @ pretty_juliet: Dulu saya pakai yg tak ada sebarang jenama. Jadi, saya tak pasti jenama apa yg elok.

    Tapi kalau Ila nakkan kepastian, cuba tanya pada penjual tu yang mana satu jenama yg dah lama di pasaran. Harganya... satu lebih kurang dalam RM3.50.

    BalasPadam
  52. ouh..saya pakai jenama ape tah... beli kat mydin je... p lambat la kesannya...sampai skunk x tunjuk kan hasil,,, tau x pasal DR HASEENAH tu ?

    BalasPadam
  53. @ ila maLEk: Biasanya kalau pakai bedak sejuk sahaja, kesannya agak lambat. Tapi, kulit akan halus jika terus-menerus memakainya. :)

    Dr Haseenah adalah doktor pakar khas mengenai jerawat. Beliau pun ada produk sendiri khas utk jerawat.

    Sebaik-baiknya jika Ila ada masalah jerawat, berjumpalah dulu dengannya. Lebih mudah utk beliau membantu Ila.

    BalasPadam
  54. kalau kita ada jerawat,bolehke pakai bedak? sebab orang kata kalau ada jerawat jangan pakai bedak. betulke?

    BalasPadam
  55. @ maryam: Boleh saya tahu bedak yg macam mana tu?

    Kalau bedak sejuk, ia memang baik utk kulit.

    BalasPadam
  56. bedak yg ada jenama.

    BalasPadam
  57. @ maryam: Pada pandangan saya, tiada masalah jika awak nak pakai bedak.

    Cuma, pastikan awak membasuh muka sebersih-bersihnya sebelum masuk tidur. Itu saja. :)

    BalasPadam
  58. n@pie biarkan je jerawat2 bila ia kering hilangla

    BalasPadam
  59. n@pie satu lagi gunakan putih telur utk kulit muka yg licin wokey 2 je

    BalasPadam
  60. thanks huhuhu

    BalasPadam
  61. Thanks ,insyallah saya akan cuba :)

    BalasPadam
  62. @ Tanpa Nama: Sama-sama. Mudah-mudahan muka awak bebas jerawat tak lama lagi.

    BalasPadam
  63. em.. salam.. sya nak tanya.. betul ke petua menghilangkan jerawat dengan menggunakan limau nipis tu?

    BalasPadam
  64. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Maksud awak petua yg mana satu yea? Maaf saya kurang jelas.

    Boleh sertakan pautannya?


    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  65. bkan.. petua ni.. kakk spupu sya yg cdangkan.. sya try jer.. mang pdih sgat tym letak tu.. memang kalo jerawat tu nak sembuh, dy akn keluar byak ke fes2?

    BalasPadam
  66. @ Tanpa Nama: Oh, ok. Saya pun kurang pasti mengenainya.

    BalasPadam
  67. x pernah nmpk bga tanjung la

    BalasPadam
  68. saya pun nak cuba... tpi bkn utk saya..saya pun ada petua gak ttg jerawat ni..

    BalasPadam
  69. @ hidupsihat7072: Baiklah, silakan mencuba ya.

    BalasPadam
  70. ADMIN, bila dah letak dkt muka,kene biarkan smpai esok pagi ?

    BalasPadam
  71. @ ProH4ck3R: Ya. Keesokan paginya baru awak cuci. :)

    BalasPadam
  72. adoi !! mane nak carik pokok bunga tanjung nie ???

    BalasPadam
  73. @ zack afron: Jika begitu, awak perlu cuba ~ petua hilangkan jerawat yg lain. :)

    BalasPadam
  74. xmenjadi pon . dh lme gne petua nie . opah sye yg bgi tw . mmg xmnjdi lngsung .

    BalasPadam
  75. @ Tanpa Nama: Ya, petua ni selalunya diberi oleh orang lama. Namun, mungkin ia kurang sesuai dgn awak.

    Walauapapun, usah berputus asa. Terdapat pelbagai petua yang boleh dicuba.

    Cuma pastikan petua yang dicuba tu tidak memudaratkan. Sekiranya keadaan kulit makin teruk, hentikan penggunaannya tau.

    BalasPadam
  76. bungA yg dmkzkn i xpRh tAw poN...

    BalasPadam
  77. @ Tanpa Nama: Sekarang "u" dah tahu, kan? :)

    BalasPadam
  78. Hai sy jojo...muka sy slalu ada kluar jrwatn jrwat batu..serta bnyak minyak d muka??apakah yg harus sy lakukan admin??mcm2 suda sy pkai pncuci muka..tp still mcm tu juga..xda kurang pun bertambah ada lah..hehe...ni yg mmbuatkan sy jelos dgn kwn2 yg kulit muka nya halus dan licin...:(...apa petua yg boleh sy ikut admin?? Sy pena cuba sabun susu beras...2 minggu suda ok..tapi last2..muka sy merah2.. Terutamanya d bhgian pipi..then timbul jrwat n jrwat batu??
    RUNSING!!!

    BalasPadam
  79. @ jojo: Secara jujurnya, jika mengenai masalah muka, ada 2 benda yg menjadi teman baik saya. Iaitu minyak gamat dan lidah buaya.

    Kalau boleh, setiap malam sapukan minyak gamat ke seluruh muka sebelum tidur. Jadikan ia sebagai amalan harian.

    Jika tiada, jojo boleh gunakan lidah buaya. Potong sikit daripada keseluruhan lidah buaya dan buang duri di bahagian tepi.
    Kemudian hiris kulitnya, untuk mendapat jumlah lendir yang lebih banyak.
    Sapukan lendir tersebut ke seluruh muka jojo.



    Untuk amalan setiap bulan pula, jojo boleh pakai tepung kastard dengan putih telur tu.

    Caranya;

    - Ambil putih telur (1 biji).

    - Campurkan dgn sedikit tepung kastard (dulu dlm tin warna oren).

    - Kacau putih telur dgn tepung kastard sampai sebati. Pastikan campurannya tak terlalu pekat atau terlalu cair.

    - Lepas tu, perahkan sebelah limau nipis dalam campuran tu dan kacau lagi.

    - Kemudian, sapukan mask tu kat muka (elakkan drpd kena mata).

    - Biarkannya hingga kering (dalam 15 - 25 minit).

    - Akhir sekali, bilaslah dengan air suam.

    Harap ia membantu jojo ya.

    BalasPadam
  80. banyaknya input untuk menghilangkan jerawat.....info yang bagus...

    BalasPadam
  81. insyallah boleh diamalkan...

    BalasPadam
  82. @ Nurliza: Terima kasih atas kunjungan cik puan. :)

    BalasPadam
  83. cmna na nak hilangkan jerawat nie terlalu bnyak sgat kat muka...

    BalasPadam
  84. @ Tanpa Nama: Secara asasnya, mestilah sentiasa jaga kebersihan diri, pemakanan dan juga senaman.

    Kemudian, rawatan jerawat pun mesti dilakukan. Rawatan jerawat pula sama ada melalui kaedah tradisional ataupun menggunakan produk tertentu di pasaran.

    Kemudian, jerawat juga ada yang biasa dan ada juga yang serius.

    Boleh saya tahu, jerawat awak jenis biasa ataupun serius?

    BalasPadam
  85. saya akan cuba petua yang awk bgi ini.. saya harab masalh jerawt di muke sya ni hilang dengn petua ni

    BalasPadam
  86. @ Tanpa Nama: Silakan. Saya doakan awak berjaya menghilangkan jerawat yang ada di muka. Amiin.

    BalasPadam