Jering Ubat Darah Tinggi?

Posted by Unknown at Selasa, Mac 22, 2011
Jering ataupun Pithecellobium Jiringa Prain merupakan sejenis ulam yang sering dijadikan pembangkit selera makan. Kalau orang Jawa, mereka menamakannya jengkol, kan? (sila betulkan jika saya silap yea...)

Walaupun mengeluarkan bau yang agak kuat, ia bukanlah masalah bagi penggemarnya. Kalau dah suka, bau sebegitu bukanlah halangan. Malah ada yang akan memeram jering ni lagi beberapa hari supaya baunya lebih menusuk kalbu. Pergghhhh.....


Jering atau Jengkol




Saya nak kongsikan dengan anda sedikit fakta mengenai kandungan jering. Menurut En. Zainal Abidin Jamaluddin (Kurator Muzium Negara), kandungan protein yang ada pada jengkol agak tinggi. Iaitu mencecah 10.5%.

Selain protein, berikut peratusan kandungan lain yang ada pada jengkol;

~ Karbohidrat - 84.1%
~ Air - 52%
~ Gentian - 3.6%
~ Abu - 1%
~ Lemak - 0.8%

Sehubungan dengan itu, En. Zainol mengatakan bahawa jering mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Begitulah khasiat yang selama ini kurang diketahui ramai. Walaupun mereka yang suka makan jering. Ohhh... ye ker?

Justeru itu, bagi anda yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, boleh memasukkan jering dalam menu seharian. InsyaAllah ia mujarab sebagai ubat darah tinggi anda.

Sebelum mengakhiri artikel ini, teringat pula saya pada kata-kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.....

Anda buat, anda dapat :)

4 komen on "Jering Ubat Darah Tinggi?"

Md Said Salleh on Mac 22, 2011 3:43 PTG berkata...

Terima kasih, saya akan cuba....

oktant on Mac 22, 2011 6:57 PTG berkata...

@ Md Said Salleh: Sama-sama. Saya doakan mudah-mudahan ianya serasi dengan tuan. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

yg ada kata jering juga penawar kencing manis.

Tanpa Nama berkata...

ada x petua menurunkan tekanan darah tinggi untuk penyakit tiroid dan ada x yang menurunkan tekanan darah tinggi dengan menggunakan kunyit@halia@ belimbing

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez