Memiliki sepasang bulu mata yang cantik merupakan satu anugerah. Bukan semua orang dikurniakan bulu mata yang lebat dan panjang, kan? Kekadang, ada yang terpaksa memakai bulu mata palsu untuk tampil lebih menarik.
Gambar hiasan
Namun, jika anda sukakan sesuatu yang asli, lebih baik kalau dapat memanjangkan atau melebatkan bulu mata secara semulajadi, kan?
Di sini, saya akan kongsi 2 petua berkaitan. Harap anda bersedia mencubanya ya.
Cara 1:
1. Ambil beberapa biji kurma kering (tamar).
Gambar hiasan - wikipedia.org
2. Bakar tamar tu sampai hangus.
3. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.
4. Akhir sekali, jadikannya sebagai celak.
[*UPDATE*] Saya sertakan maksud celak menurut Kamus Dewan edisi ke-4 sebagai rujukan anda semua.
celak = habuk hitam (biru) utk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata)
Oleh itu, sapukan kurma yang telah dihancurkan itu pada bulu mata anda.
Harap ia dapat memberikan lebih penjelasan kepada anda yang keliru dengan cara di atas.
Cara 2:
1. Ambil sebiji bawang besar dan bunga tahi ayam.
Bawang Besar
2. Tumbukkan kedua-duanya sekali.
3. Kemudian, ambil airnya dan sapu pada kedua-dua bulu mata anda.
Sekiranya anda dah mencubanya, harap dapat kongsikan hasilnya dengan rakan-rakan lain kat sini ya. ;D
68 komen on "2 Cara Melebatkan dan Memanjangkan Bulu Mata?"
untuk perempuan saja :P
@ ken: Lebih kurang macam gitu lah. :)
laki pun bleh pa!!!!! laki pun ada yg nk blu mata yg pnjang!!
from:miez
bawang merah nak letak kat mata?oh..biarlah sy xcantik..xsampai thp nk menyakitkn diri..
@ Miez: Boleh gak kalau nak cantik.
@ Tanpa Nama: Bukan kat mata. Tapi pada bulu mata. Pedih oo.
p.s: Cuba elakkanlah dari terkena mata. (^-^)
macam mana nak jadikan kurma tu celak ye? xphm sgt:)
@ Tanpa Nama: Awak tumbuk kurma hangus tu sampai hancur. Nanti ia jadi spt serbuk, kan?
Gunakanlah serbuk tu sbg celak. :)
cam ne pla nak celakkan kat mata..srbuk kurma tu perlu ltakkan air ke lagi..??x pham
@ Tanpa Nama: Serbuk kurma tu tak perlu ditambah air.
Boleh guna alat celak yg biasa org sebut celak mekah (celak arab) tu.
bg yang ada anak2 baru lahir, boleh guna petua TK ni kalau nak bagi anak berbulu mata lebat, panjang, hitam dan lentik..
memang menjadi..
caranya, bila anak2 dh berusia 3-4 bulan, gunting hujung bulu mata ia, sapu dengan minyak buah keras..
bila ia tumbuh semula memang akan panjang dan melentik cantik! kalau x lumur minyak buah kers pun anda tetap berpuas hati engan hasilnya..
cuba la..
@ toyolkiut: Terima kasih sekali lagi atas petuanya. :D
kawan aq kata klu budak2 masi kecil lagi. kena tiup bulu mata sebelum mandi..
@ Tanpa Nama: Saya kurang tahu pula mengenai kaedah tu. Walau apa pun, terima kasih atas perkongsian awak ya. :)
korang pun bley try guna vesalin(jeli petroleum)...
biar betul......(*-*).tapi apa pn tima kasih sbb bg petua yg unik untk saya..
@ Tanpa Nama: Sesama. ;D
eer , slm . guna sebgai celak ??? serbuk kurma tu nk letak kt bahagian bulu mata ke or tempat lain ??
conpius dah niy -.-'
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Sapu kat bulu mata.
Maaf jika awak ter"confuse" yea.
tapi lau habuk tu trkne mate mesti pedihkan..sebab penggunaan bawang...p apepun tqs kngsi petua ni,sesiape yang dah menjadi tu gtaulh ek..t nk cuba(",)
@ Tanpa Nama: Jgn sampai kena mata tau. Sama-sama. ;)
alhamdulillah setakat ini saya menggunakan petua yang pertama mujarab. sebelum ini saya hanya menggunakan vaseline petroleum jelly. ianya cuma memanjangkan bulu mata saya tetapi tidak menghitamkan. selepas mencuba petua yang pertama, alhamdulillah semakin hitam bulu mata saya dan ia kelihatan lebat. alhamdulillah
nak cube nak cube ^^
TO KEN;KALAU LELAKI ADA YG SEMULAJADI BULU MATA PJG N MELENTIK,KAU NAK SIBUK JGK KE?KALAU PMPN BULU MATA LEBAT,MELENTIK MCMANA PUN TP KALAU MUKA PENUH JERAWAT XGUNA JUGAK WEH..BLAHLA LU!
@ Tanpa Nama: Tahniah & syukur Alhamdulillah. Sy tumpang gembira yea. ;)
@ Nadia Yeahupp: Cuba jgn tak cuba. Hehehe...
yang petua pertama tu, gunakan sebagai celak eh. lekat ke serbuk tu kt bulu mata ?brape lame nak guna. :erkk. saki baki serbuk tu xpe ke kalo simpan? ke kne simpan kt dlm peti sejok ke. ?
bape jam kene gune celak 2 ?
sya ada celak dari mekah> kalau saya pakai celak tue je boleh ke??? :D
~LaLa~
@ LaLa: Kalau nak lebat & panjangkan, lebih baik LaLa cuba petua di atas. ;)
hm , bbner gk tuh !!
kata nya pake keminting Juga bisa ..
kemudian di bakar , lalau ambil minyak nya ,
lalu di oles kan bagian yang kalian mau ,
terutama bulu ketekk ..
hahahahaha ...
nak sapu padabulu mata kena guna air or minyak x??supaya lekat??kalau minayk baby??
@ Tanpa Nama: Tak perlu letak air atau minyak. Tapi kalau awak nak letak gak, rasanya takde masalah di situ.
jadi ke kalau buat dengan bawan x pedih ka mata kita
jadi ke kalau kita buat guna kan bawang x pedih ka mata kita
saya da cuba baru sekali tapi terkena mata mak ai terus berair la mata sakit cket coz kne serbuk to
bakar ngan biji2 tamar seakli ker..??
@ Tanpa Nama:
- Elakkan drpd ia kena mata awak.
- Bakar isinya saja.
ade lgi x cara lain?
ye la saya da wat tapi tak lekat kat bulu mata to terkena mata to macam masok pasir
kpd yang guna vaseline to brapa lame amalkan baru panjang,panjang lentik pun alhamdulillah even x lebat,for my husband
senang jer,.bagi yg baru lahir tu sapu dgn susu ibu..tak pedih pun..tak pasti le lau da besar cuba petua ne..
@ Tanpa Nama: Ok. Terima kasih atas petua yg awak kongsikan. ;)
ayie -
nk gne cra prtma mse bile?
mse tido?
atau x kra mse?
lebihan serbuk 2 nk smpan di mne?
@ ayie: Waktu malam & esok paginya barulah awak cuci.
Lebihannya boleh diletakkan dalam bekas tertutup yg kering & bersih pada suhu bilik.
harap petua melentikkan bulu mata ini berkesan
@ Tanpa Nama: Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amin.
Moga awak berjaya tau. :)
Macam mne pakai bawang kat bulu mata brape lme masanye tunggu smpai kering ke,bru basuh,
Atau Mcam mne
salam, kena bakar isi tu je ke atau kena bakar skali dgn biji2 dia?
firstly..thanks lah share dgan ktorg..
tp petua y first 2 leh lah buat..but y second..pedih kot..tp xpe..nce petua..thanks again
firstly..thanks lah share dgan ktorg..
tp petua y first 2 leh lah buat..but y second..pedih kot..tp xpe..nce petua..thanks again
lepas bakar n tumbuk tu....dia akan jd serbuk ke?
pastu...sah x wuduk kalau pakai benda nie?
lepas bakar n tumbuk tu....dia akan jd serbuk ke?
pastu...sah x wuduk kalau pakai benda nie?
salam terima kasih kerana berkongsi petua tersebut.hope sapa sapa yang cuba akan berpuas hati dan memiliki bulu mata yang cantik.insyaallah.
@ Kirana: Ya.
Pastikan air wudhu' dapat sampai ke keseluruhan bulu mata. Bahan yang digunakan hanyalah kurma. InsyaAllah tiada masalah untuk digunakan.
p.s: Jika saya silap, saya harap rakan-rakan yang lebih arif dapat betulkan. Saya dahului dgn ucapan terima kasih.
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. Sama-sama. InsyaAllah.
makasih infonya ..semoga berhasil...
Tk melekat pun serbuk tu kt bulu mata ni. Lpastu rasa panas panas kt bulu mata ni normal eh?
@ Tanpa Nama:
- Sama-sama. Aamiin.
salam... petua ni untuk kening jugak ke??
@ akzleendbeb: Waalaikumussalam wbt.
Sepengetahuan saya, ia hanya untuk bulu mata.
Saya kurang pasti sama ada ia boleh digunakan untuk kening atau sebaliknya. Maaf ya.
ini cara pakainya gmana ?
seperti celakan atau sprti maskaraan ?
@ Tanpa Nama: Dua-dua pun boleh sebenarnya. Tapi kalau sebut maskara mungkin lebih mudah difahami.
Terima kasih atas pertanyaan awak ya. :)
p.s: Saya sertakan maksud kedua-duanya menurut Kamus Dewan edisi ke-4;
Celak = habuk hitam (biru) utk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata)
Maskara = bbahan mekap utk menghitamkan dan mencatikkan bulu mata.
ok makasih :)
kalo menebalkan alis secara cepat pakai bahan apa ya ??
@ Tanpa Nama: Sama-sama. :D
Cuba awak amalkan sapu alis dengan minyak buah keras jika nak menebalkan ataupun melebatkannya.
saya dah cuba petua pertama memang mujarab..
malah saya sapukan di kening juga, hasinya kening bertambah lebat dan hitam..
saya tumbuk kurma yg dah dibakar smpai hangus itu dengan lesung pastu gesel dia sampai halus..
saya gunakan kohl stick (lidi plastik halus yg selalu disertakan kalau anda beli celak ithmid)celupkan dalam serbuk kurma itu dan letakkan keliling mata seperti memaki ithmid kohl..
jangan risau, ia sebenarnya pun baik utk mata..
tahukah anda semua yang kebanyakan celak mekah dari arab diperbuat dari buah kurma dan daun kurma yg dibakar?
jadi tak perlu risau, ianya tak akan memudaratkan mata..
saya dah tak pakai semua eyeliner moden..
saya jadikan serbuk kurma ini sebagai eyeliner dah hampir dua tahun pun.. mata saya cerah bersinar, bulu mata & kening saya sangat lebat dan panjang.. Alhamdulillah
@ Nur Hayyu: Syukur Alhamdulillah. Terima kasih banyak di atas perkongsian cik puan Nur Hayyu.
Pertanyaan sy :
1. Minyak buah keras tuh sprti apa ? Atau ada ndk bahasa lainx, bisa di dptkan dmna minyak itu ?
2. Stelah di gunting di oles minyak, menunggu brp bulan bru kelihatan hasilnya bulu mata lebat dn lentik ?
Guna vaseline..dan buah keras je pun dah okey..cubela..mudah, simple, yg buah keras kena bakar smpai.keluar.minyk.itam wangii then masukn dlm mascara bekas kosong..pki sebelum tdo,Kat bulu mata and kening..adik sy da buat msuk 3 tahun..mmg berkesanla..
Klu xgunting boleh x? Risau xpnjang plak. Brp lama nmpk hasil?
salam..blh tak cara ni digunakan untuk melebatkan rambut?.terima kasih atas jawapan..
Catat Ulasan