Segarkan Bau Nafas dengan Daun Beluntas

Sepanjang bulan Ramadhan ni, anda yang berpuasa pasti mengalami masalah nafas berbau. Hal ini memang tak dapat dielakkan. Sebagai alternatif, terdapat satu amalan yang boleh anda cuba bagi menyegarkan nafas. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun beluntas.


Daun Beluntas - medicineisanart.com



Caranya mudah saja. Iaitu anda amalkan memakan daun beluntas secara mentah. Atau dengan kata lain, jadikannya sebagai ulam-ulaman ketika berbuka mahupun bersahur. Anda akan dapati rasanya agak kelat dan berangin.

Selain berfungsi menghilangkan bau nafas, ia turut berkhasiat bagi menghilangkan bau badan serta sebagai penawar sakit tekak.


Sebenarnya, petua ini bukannya khusus untuk bulan puasa saja. Anda boleh amalkannya pada bulan-bulan lain. Sekiranya anda memang sedia ada masalah bau nafas, cubalah petua di atas ya.


Selamat Mencuba!

11 ulasan:

  1. Terima kasih , satu petua yg baik

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama: Sama-sama. :)

    BalasPadam
  3. bagus ni...nk cba ah..

    BalasPadam
  4. daun sireh yg pedas tu boleh tak?

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama: Daun sireh tu selalu orang dulu2 suka makan, kan? Saya kurang pasti pula. Maaf ya.

    BalasPadam
  6. seeep .. bsa lah d pkek bwat lap.proposal akk .. thks

    BalasPadam
  7. bau mulut boleh dielakkan dengan bunga cengkih

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama:

    - Sama-sama akak. :)

    - Iya betul. Spt yg pernah dikongsikan dulu ~ Atasi Masalah Bau Mulut dan Nafas Berbau.

    BalasPadam
  9. umah sy ada daun beluntas...cuma x lalu mkn ja..pas ni nak try la..

    BalasPadam
  10. mak sy selalu srh mkn daun beluntas wat ulam tp sy x lalu la.....

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama:

    - Wah, baguslah kalau macam tu. Lagi mudah untuk awak amalkannya.

    - Mula-mula mungkin begitu. Maklumlah, daun-daun ni rasanya memang kurang enak. Tetapi banyak khasiatnya.

    Kalau tak lalu makan begitu saja, mungkin awak boleh gaulkan dulu dengan nasi.

    Ataupun cicah saja dengan sambal belacan atau sebarang jenis sambal@sos yang membuatkan awak lalu untuk makan.

    BalasPadam