Sistem Menurunkan Berat Badan Anda?

Barangkali anda banyak membaca mengenai bagaimana untuk menurunkan berat badan, formula mahupun tip kuruskan badan, diet seimbang dan seumpamanya. Tapi sampai sekarang, ianya belum menampakkan hasil. Tentu anda rasa kecewa, bukan?

Anda berjaya menurunkan berat badan? - shape.com


Dimanakah agak silapnya?

Andainya anda masih belum nampak di manakah kesilapan masing-masing, apakata anda ikuti langkah-langkah berikut;


1. Menitikberatkan waktu makan dan kuantiti makanan

Dalam sehari, anda boleh makan sehingga 5 ataupun 6 kali. Paling tidak pun, anda tentu akan makan 3 kali sehari. Iaitu sarapan, makan tengah hari dan malam.

Cuma apa yang penting adalah anda perlu menjaga waktu makan dan kuantiti makanan yang diambil.

Contohnya jika anda selalu bersarapan jam 7.00 pagi, cuba disiplinkan diri untuk bersarap dalam lingkungan waktu tersebut. Ini kerana sarapan penting bagi membekalkan anda tenaga memulakan aktiviti harian.

Contoh hidangan sarapan pagi - thestonesoup.com


Jika sering melewat-lewatkan waktu makan, tahap metabolisme anda akan menurun. Bila menurun, ia akan menyukarkan proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan anda. Inilah sebabnya mengapa anda masih tak berjaya untuk kelihatan langsing.


Begitu jugalah dengan kuantiti makanan yang diambil. Pastikan ianya bersesuian dengan diet anda. Jika nak senang, berhentilah makan sebelum kenyang.


2. Diet yang Betul

Anda sepatutnya memilih makanan yang bergizi lengkap. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak. Cuma, pastikan makanan yang diambil tadi rendah lemak atau rendah kalori.

Ingat, amalkan diet yang betul serta seimbang tau. :)

Contoh Menu untuk Diet - diet-blog.com



3. Minum Susu Rendah Lemak dan Berkalsium Tinggi

Sebaik-baiknya, anda minumlah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh anda.

Saya tahu ramai yang kurang menggemari susu rendah lemak ni, tapi ia sememangnya baik untuk diet anda.

Susu Rendah Lemak - thedailygreen.com



Urmm...nampaknya, saya terpaksa berhenti setakat ini dulu. Tapi jangan lupa yang entri kali ini ada sambungannya. Saya akan cuba siapkannya secepat mungkin untuk anda ya. :)


Jumpa lagi.


P.S: Nak baca sambungannya tak? Sila ke pautan Sistem Menurunkan Berat Badan Anda? Siri 2 ya.

28 ulasan:

  1. SBNRNYA SAYA BUKANNYA DI DLM KATEGORI ORG GEMUK,SAYA SEDERHANA SHJ.CUME KALAU PAKAI JEANS PEHA SAYA NMPK BESAR.LG SATU PERUT SAYA BUNCIT LA..SAYA SUKA MINUM AIS..PAS NI SAYA AKAN DIET YG SEHAT..UNTUK KEKAL LANGSING.

    BalasPadam
  2. saya perasan kalau berat bdn saya naik,pipi n perut saya akan nmpk ketara naik.saya akan guna tips diatas sebaik mungkin untuk maintain 4 ever.

    BalasPadam
  3. sye pla badan mmg agak gemuk pinggang ramping tapi perut buncit apa sbb sye sllu buat senaman holahop kah rotan besar bulat tu

    BalasPadam
  4. minum psyllium husk bagus untuk membersihkan colon serta menurunkan berat badan,sebab ia akan membuat kita kenyang dalam tempoh berdiet..

    BalasPadam
  5. ADUHAI BESTNYE NAK TRY LA... ANYWAY AFTER I BERSALIN BADAN BRAT NAIK MENDADAK.. FROM 55KG NOW 71KG.VERY FRUSTED U NOE.THANKS BAGI TIPS NIE.. DAH PELBAGAI PERODUK TERMASUK PIL I TRY BUT .... :(

    BalasPadam
  6. @ LAILA: You're welcome Puan Laila. Mudah-mudahan dpt kembali ke berat yg ideal. Saya doakan ya. :)

    BalasPadam
  7. ohh..sy ni mmg jenis susah nk turun berat badan..mcm2 cara sy cuba,tp bila sy baca ruangan diatas,sy tau knp berat sy susah turun..ni adalah kerana sy tidak konsisten melakukan nya..

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: Saya pun sama mcm awak. Susah nak turun. Tapi kalau buat betul2, insya-Allah boleh. Lagi satu, nak mengekalkan berat ideal lg banyak dugaan.

    BalasPadam
  9. @tanpa nama & Oktant;
    sebenarnya ada banyak faktor kenapa susah nak turnkan berat badan.salah satunya adalah disebabkan kadar metobolisme yang tinggi, ini akan melambatkan proses menurunkan berat badan. yang kedua mngkin disebabkan anda telah mencuba pelbagai produk sebelum ini, ini menyebabkan kebergantungan terhadap pemangkin/ ubat-ubatan/suplemen & etc dan sekali lagi melambatkan proses penurunan berat badan. Sekadar berkongsi,mungkin anda boleh mencuba kaeadah bebas ubat. jadi antara kaedahnya adalah seperti diatas.cuma nak tambah sikit, bila berat badan da turun, kena kosnsisten untuk jaga pemakanan. selamat berjaya.

    BalasPadam
  10. @ cinta: Setuju dgn apa yg cinta katakan di atas. Terima kasih ya. :D

    BalasPadam
  11. sy dh turun 18 kg dgn amalkan tips nie...from 78 ke 60 skung...tp sush nk turunkan ag...huhuhuhu

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Alhamdulillah...baguslah kalau dah turun sebanyak tu.

    Sekarang, awak teruskan saja amalan tu spt biasa. Cuma lebihkan senaman drpd kalori yg diambil jika nak turunkan beberapa kg lg.

    InsyaAllah awak akan mendpt berat yg ideal.

    BalasPadam
  13. nak tambah sedikit mengenai masa makan tu makan sebelum berasa lapar dan dalam kuantiti yg sedikit iaitu berhenti sebelum kenyang. TQ

    BalasPadam
  14. jelaskan 'kadar metabolisme yang tinggi'? apa maknanya? xde statement yg bertulis mcm mana nak turunkan kadar metabolisme. mcm tergantung je statement tu puan.

    BalasPadam
  15. @ Sandha L Danielle: Sebenarnya kadar metabolisme yg tinggi itu baik. Ini bagi memudahkan proses pembakaran lemak & kalori dlm badan kita.

    Maaf, sy pun terlupa nak maklumkan kat puan cinta mengenainya tempoh hari.

    BalasPadam
  16. Halo..sy nk tahu sikit tip tuk cpt kurus..sy xla gemuk cuma bisi..tp sy ttp xpuas hati coz cm nampak besar.. badan kecil sikit tp paha bsar..sy slalu amalkn bjln kaki ke tmpt keja stiap hari..rasa cm ada kurang sikit..tp mc nampak besar..mc xyakin..

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama: Hai. Pada pandangan saya, cara utk cepat kurus ialah kita lakukan lebih aktiviti fizikal berbanding dgn apa yg kita makan.

    Cuma kalau nak kuruskan bhgn peha, luangkan masa utk berbasikal setiap hari. Kiranya lebihkan aktiviti yg menekankan pd bhgn peha.

    BalasPadam
  18. blh bg petua gebu n tembamkan faraj..nk sgt2 nie..

    BalasPadam
  19. agaknye nanti berat badan sye turun kot!!!

    BalasPadam
  20. @ E-na Rahman: Insya-Allah berat awak boleh turun.

    Kuatkan semangat utk mencapai berat badan yg diingini, makan ikut keperluan tubuh & diikuti dgn amal senaman yg awak suka buat dgn konsisten.

    BalasPadam
  21. cempaka beduriMei 24, 2012 2:40 PTG

    nak try lah petua ni..harap2 berkesan

    BalasPadam
  22. cempaka beduriMei 24, 2012 2:41 PTG

    nak try lah petua ni..harap2 berkesan

    BalasPadam
  23. @ cempaka beduri: Silakan. Ia memang untuk awak.

    Moga berjaya turunkan berat badan awak. Paling penting, teruskan usaha sampai berhasil tau.

    BalasPadam
  24. klau tak bersenam tpi kurangkan makan bole kurus tak ?

    BalasPadam
  25. @ Tanpa Nama: Sekiranya kita nak kurus secara sihat, jaga pemakanan dan senaman perlu seiringan. :)

    BalasPadam
  26. dlu mase kerja boleh tron best gyle tgok dari 71kg ke 64kg neng berbeza bdan ni tpi ble dh duduk umah dkat sbulan bdn mcm nk naek/haha tkot.ape2 pon aq usaha gak.

    BalasPadam
  27. @ Tanpa Nama: Betul tu. Usaha menurunkan berat badan ni mesti konsisten.

    Memula memang agak susah nak buat sebab kita dah tukar gaya hidup. Tapi selepas 3-4 bulan ia pasti lebih mudah.

    Sebab dah terbiasa dan sebati dengan diri kita. Apa yang penting saya syorkan awak mulakan sekarang, tetapkan nak turun berapa kg dan yakin dengan usaha yang dilakukan.

    Itu saja kuncinya. Saya doakan awak berjaya ya. :)


    p.s: Pastikan juga awak ada ilmu yang betul untuk berada di landasan yang betul ya.

    BalasPadam