Cara Menghaluskan Kulit Wajah

Khusus buat anda yang menitikberatkan aspek kecantikan wajah, ada satu petua untuk menghaluskan serta melicinkan kulit muka. Caranya pun taklah sesukar mana. Kos untuk mengamalkan petua ni pun agak rendah. Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan hanyalah;

~ Segenggam daun bayam


gambar daun bayam
Gambar daun bayam - TheDailyGreen.com


~ Sebiji kuning telur

~ Sedikit madu asli

~ Sedikit air mawar


air mawar



Cara untuk menghaluskan kulit anda dengan menggunakan daun bayam ni adalah;


1. Ambil segenggam daun bayam tadi dan bersihkannya dahulu.

2. Tumbuk kesemua daun bayam tu sehingga lumat dan halus.

3. Selepas itu, campurkan kuning telur, madu asli dan air mawar bersama dengan daun bayam yang telah ditumbuk halus tadi.

4. Gaulkan kesemua bahan itu hingga rata. Ia bertujuan menjadikannya sebagai topeng muka (masker).

5. Seterusnya, sapukanlah masker tersebut ke muka anda. Biarkannya di muka anda hingga kering.

6. Akhir sekali, cucilah muka anda dengan air bersih.


Anda perlu membuat petua ini hanya sekali dalam seminggu. Jika anda rajin mengamalkannya, kulit muka anda pasti lebih halus dan licin kelak.


Selamat Mencuba!

33 ulasan:

  1. Ollaah... nak tanya skit, air mawar tu nak dapt kat mana ek.. kat supermarket ada tak,

    BalasPadam
  2. ada je kat supermarket or pasaraya.. air mawar dalam rm2 je

    BalasPadam
  3. x kematu ke muka nanti?? guna daun pisang tak boleh ke??kat blakang umah bnyak pkok psag..hu5,,,

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: Terima kasih sebab tolong jawabkan pertanyaan eylis.

    @ pucuk: InsyaAllah tak kematu muka awak. :)

    Mengenai guna daun pisang tu, saya kurang tahu pulak.

    BalasPadam
  5. hmmm...nak tanya ckit...air mawar tu mcmana??,,,air yg warna merah tu ka??...

    BalasPadam
  6. @ nana: Kalo tak silap saya, air mawar ni warna putih.

    Nanti saya update satu contoh gambarnya yer. :)

    BalasPadam
  7. princes diana: betul ker cara ni berkesan sb saya ntl nk try ni

    BalasPadam
  8. btol ke petua ney..nati kalo sy buat mke sy jdi mkin rosak cm mne pulak

    BalasPadam
  9. insyallah tak kematu mukanya...bayam tu antioxidant, madu tu antimicrobial. Telur pun banyak khasiatnya. begitu juga ddengan air mawar--bahan asas dalam kebanyakan bahan kecantikan jugak.

    BalasPadam
  10. @ Tanpa Nama: Cubalah dgn penuh yakin.

    @ The Poyo Me: Terima kasih atas penerangan awak di atas. :)

    BalasPadam
  11. nak cube nt..muke da xsame ton warne..

    BalasPadam
  12. betul ea boleh licin kulit muka tanpa kering..?

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama:

    - Silakan. :)

    - InsyaAllah ia boleh melicinkan kulit muka tanpa mengeringkannya. :)

    BalasPadam
  14. nk hilangkan jerawat boleh ker pakai petue ni?

    BalasPadam
  15. madu yg cmner eyh..?? boleh tnjukkn cth?

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama:

    - Boleh gak tapi penggunaannya agak terhad. Sebab kalau petua yg guna kuning mahupun putih telur, sebaik-baik hanya perlu diamalkan sebulan sekali.

    Untuk amalan harian, awak perlu cuba petua lain.

    - Madu yg dimaksudkan ialah madu lebah. Harap maklum ya. :)

    BalasPadam
  17. Assalammualaikum...kepada semua pembaca blog ni. saya nak bagi petua tentang cara menghilangkan jerawat di wajah.saya dahulu di wajah memang banyak jerawat tumbuh..saya rasa x selesa n rendah diri, saya cuba amalkan pakai bedak sejuk nak kata setiap malam lah, alhamdulilah semua jerawat saya hilang smpi sekarang wajah saya susak nak tumbuh je

    BalasPadam
  18. selain itu amalkan selalu basuh muka sambil beselawat lagi2 lepas make -up or bangun tido. jgn biarkan wajah seharian tanpa dibasuh.insyaallah, muka akan bersih.

    BalasPadam
  19. wah, tips yang menarik dan sangat mudah untuk dilaksanakan

    BalasPadam
  20. @ SAADIAH: Terima kasih banyak atas tips dan petua yg diberikan. ;)

    @ lushry: Haha... Jikalau begitu, jgn lupa cuba tau. ;p

    BalasPadam
  21. bahasanya....eyyy

    BalasPadam
  22. @ Diana Sesarin: Sama-sama. ;)

    BalasPadam
  23. air mawar ni susah nak cari tak

    BalasPadam
  24. kak na tanye air mawar nie ade x kat pasaraya...ank dare leh amlkn kak huhuhu

    BalasPadam
  25. @ Tanpa Nama: Kat tempat adik ada tak satu kawasan kedai yang kebanyakannya dimiliki oleh kaum India?

    Biasanya kat situ ada jual air mawar. Kalau satu kedai tu tiada, cari pula kedai bersebelahan ataupun berhampirannya.

    InsyaAllah ada.

    BalasPadam
  26. @ Tanpa Nama: Eh, terlupa plak nak jawab satu lagi pertanyaan adik.

    Anak dara boleh amalkannya. Selamat mencuba & moga adik berjaya.

    BalasPadam
  27. slm,klu kite letak bedak sejuk dkt muka pd wktu malam sblom tidur , kulit muka boleh bernafas ke? .nnti ade effect la pulak. n,kite letak bedak sejuk tu mcm bedak biase la ? .*byk tak tahu .:(

    BalasPadam
  28. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Waktu malam adalah salah satu waktu terbaik untuk awak membersihkan muka ataupun melakukan rawatan.

    Jadi, usah risau ya. Awak teruskanlah pakai bedak sejuk. :)

    BalasPadam
  29. men better ek ? .bedak sejuk or masker?

    BalasPadam
  30. @ Tanpa Nama: Bedak sejuk boleh dipakai setiap malam.

    Manakala masker hanya dipakai sekali sekala saja. Contohnya seminggu sekali ataupun sebulan sekali.

    Bergantung kepada bahan yang awak gunakan untuk membuat masker.

    Harap ia membantu awak ya. :)

    BalasPadam
  31. Lelaki pun bleh nak melicinkan dan menghaluskan kulit?

    BalasPadam
  32. @ Tanpa Nama: In Sha Allah boleh.

    BalasPadam