Kulit Lebih Lembut, Parut Jerawat Pun Hilang

Setelah beberapa hari tak berkongsi "sesuatu" dengan anda, saya sambung kembali dengan siri petua berkaitan penjagaan kulit muka. Iaitu khusus untuk melembutkan kulit muka serta menghilangkan parut jerawat anda.


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan dulu ialah buah jambu batu, sedikit kemenyan, sedikit air dan juga piring pasu.

Gambar jambu batu - Wikipedia.Org



Cara melakukannya pula seperti berikut:


1. Anda asahlah dulu jambu batu dan kemenyan tadi kat dalam piring pasu.


Contoh gambar kemenyan - DKImages.com


2. Campurkan bahan-bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan air asahan itu pekat tau. Supaya ia senang melekat kat muka anda nanti.

3. Apabila campuran itu dah sebati, sapukanlah ke seluruh kawasan muka anda.

4. Biarkannya selama 30 minit.

5. Kemudian, cucilah muka anda dengan air bersih.


Amalkan setiap hari petua ni. Jika diizinkan-Nya, kulit muka anda bukan saja lebih lembut malah parut jerawat pun boleh hilang.


Selamat Mencuba!

35 ulasan:

  1. salam, saya pernah dapat petua dari orang keje saya, katanye daun jambu batu bagus untuk hilangkan bau badan, tumbuk lumat buat scrub mandi. memang berkesan lepas 3 hari guna, lagi2 kat ketiak, takyah pakai under arm

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Saya pun pernah terbaca dulu tentang petua menggunakan daun jambu batu ni. Nanti saya update kalo ingat petua lengkapnya.

    Terima kasih juga atas perkongsian petua di atas. :)

    BalasPadam
  3. Sedikit pengumuman, saya baru saja menerbitkan artikel terbaru tentang penggunaan daun jambu batu untuk mengatasi jerawat.

    Anda boleh terus ke post bertajuk Cara Mengatasi Jerawat Dengan Daun Jambu Batu.

    Sekian, terima kasih. :)

    BalasPadam
  4. tapi saya da jugak petua utk hilangkan jerawat...gunakan buah pisang ataupun kulit pisang...gosokkan di tempt yg ada jerawat perlahan-lahan...insyaallah hasil nya akan kelihatan hanya dalam beberapa hari...yang selebihnya kita tawakal ja...jika berjaya sya pun turut gembira..=)selamat mencuba...

    BalasPadam
  5. saye pn ade mslh jrwt ni.tnsen glr

    BalasPadam
  6. kemenyan 2 an tok owang mati jew..?

    BalasPadam
  7. sy ada juga petua nak hilangkan jerawat dan parut jerawat, iaitu ambil sedikit kacang hijau, rendam sehingga lembik kemudian blender, pas tu letak kat muka macm masker. guna sebelum tidur dan cuci dengan air suam keesokan harinya.. smga berjaya..

    BalasPadam
  8. x brani r nk gne kmeyan..

    BalasPadam
  9. Sekadar bertanya... pada pandangan oktant la ye, adakah penggunaan pasu bunga itu adalah salah satu ramuan yang mesti digunakan (ie faktor keberkesanan petua) atau boleh juga digantikan dengan benda lain contohnya batu lesung? Terima kasih

    BalasPadam
  10. nk kna amek kmenyan kt owg mati la klu cmtu..huk tkut..

    BalasPadam
  11. sy de msalh jerawat di pd bahagian blkg bdn lah..de sape2 yg dpt membntu msalah sy tak...?

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Sebenarnya saya pun kurang pasti sama ada penggunaan pasu itu dimestikan atau sebaliknya.

    Harap maaf ya kerana ia diluar pengetahuan saya.

    BalasPadam
  13. ada x cara yg lain untk mghlgkan kesan jerawat kt muka...?? mgkin dgn cara yg lebih mudah...

    BalasPadam
  14. @ az runsing: Buat sementara waktu ni, awak boleh rujuk pada " Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bawah bahagian blog ini.

    Ada banyak senarai petua kat situ. Harap awak dapat luangkan masa untuk memilih mana yang sesuai ya. :)

    BalasPadam
  15. bleh ka gna ni parut kat kaki? perut yg bekas2 luka pnya. parut tu bsaiz kacang. hehe. -mel

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Awak boleh cuba di kaki jika mahu.

    Takpun cuba sapu lendir lidah buaya kat bekas parut tu selalu.

    InsyaAllah boleh hilang.

    BalasPadam
  17. takder brg lain ker selain kemenyan

    BalasPadam
  18. @ Tanpa Nama: Untuk petua di atas, memang perlu guna kemenyan.

    BalasPadam
  19. saye ade parut kt kaki..banyak...akibat nyamuk n pijat!!cane nk ilang kn 2...mcm2 care da gune...xde yg berkesan...tlgggg...

    BalasPadam
  20. Muka saya sangat banyak parut jerawat..da mcm2 buat..pakai aloevera pon tak jalan...haduhhh~huhu

    BalasPadam
  21. huii..xbrani laa guna kemenyan..lekat kuong gak,,

    BalasPadam
  22. mntak2 la bksan..khdran jrwat bt sy mlu trsgt2..

    BalasPadam
  23. huhu....insyallah saya akan cuba

    BalasPadam
  24. tq dgn petua tu...sama2 la kita cuba...

    BalasPadam
  25. iih guna kemenyan tu...macam orang mati pula

    BalasPadam
  26. ada lagi satu guna kemenyan tu apA KHASIATNYA...

    BalasPadam
  27. ade bedak sejuk ni, dia menggunakan daun jambu batu jugak, kunyit, beras ( of course ) dan batu nasila. alhamdulillah,pakai kat jerawat nasi beransur hilang dalam 1-2 hari cam tuh. bedak seri wajah azi namanya. -intan, 017-5079705

    BalasPadam
  28. saya byk jerawat , tolong . ni buatkan sy malu nk bhadapan org ramai

    BalasPadam
  29. hingga kini sy masih belum memiliki teman lelaki akibat mslh jerawat ini

    BalasPadam
  30. susah la nak carik daun2@ulam2 yg dinyatakan kat sini? boleh tau nk dptkan kat mana x? -org bandor

    BalasPadam
  31. salam, muka saya gatal2, merah dan sedikit bengkak. Dah tu ada yg mengelupas pulak. saya tk tau kenapa jadi begini, mungkin sbb sunburn masa piknik kt pulau. ade apa2 petua tk? tk tahan, gatal sgt muka ni mcm nk tonyoh ngan kertas pasir he...

    BalasPadam
  32. takot la gna kemenyan...

    BalasPadam
  33. trims infonya.....petuahsejagat

    BalasPadam
  34. piring pasu tu ape ea?? kalau guna piring biase tak boley ke??

    BalasPadam
  35. @ Tanpa Nama:

    - Sama-sama. :)

    - Alas yg diletakkan bawah pasu.

    Kalau tiada, asah pada lesung batu pun boleh. :)

    BalasPadam