Nak Melegakan Kembung Perut?

Masalah kembung perut seringkali terjadi kat bayi, kan? Tapi ada juga orang dewasa yang mengalaminya. Mungkin kerana ketidakselesaan. Orang biasa cakap "masuk angin". Justeru, kalau anda mengalami masalah ini, bolehlah mencuba petua di bawah. Tak susah sebenarnya kalau nak melegakan kembung perut ni. Anda cuma perlukan sebuku halia dan air panas.



air halia untuk melegakan kembung perut

Gambar halia - Wei East



Langkah-langkah menyediakan air halia ni;


1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.

3. Sediakan air panas. Kalau takder, gi jerang dulu. :)

4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia. Agak-agak dalam setengah gelas, ok.

6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2. Setengahnya untuk anda minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tu.

9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh. :)


Selamat Mencuba!

29 ulasan:

  1. ulang punya ulang, perut kembung pulak dgn air halia, mcmana?

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama: Mungkin awak terminum banyak sangat kot?

    Minumlah sekadar dalam 1/2 gelas untuk setiap kali minum.

    Katakan waktu tengahari awak minum 1/2 gelas. Kemudian pada waktu petang atau malam, barulah minum baki air yang telah disejukkan tadi.

    Harap jawapan ni membantu awak yer. :)

    BalasPadam
  3. tanpa nama juga..
    saya kat tempat keje skrg ni..
    mcmana nak wat air halia

    BalasPadam
  4. kalau bayi kembung perut,apakah petuanya?

    BalasPadam
  5. boleh ke budak kecik kita bg mnm air halia kalu jadi kembung perut kat diorang?

    BalasPadam
  6. sapu la minyak yun yee cap limau...

    BalasPadam
  7. Nak tanya..
    1.Kalau rajin belenging ( x pakai baju ) badan bole masuk angin x?
    2.Air halia tu utk penyelesaian jangka pendek or pjg sbb saya dah asik kembung perut ni agak lama.

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama:

    1. Boleh.

    2. Kedua-duanya boleh.

    BalasPadam
  9. beli eno halia je kalau x tau nak buat :)

    BalasPadam
  10. kalau beli yang siap dalam botol tapi yg berkarbot tu boleh tak?sedap..

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama:

    - Boleh juga kalau nak guna eno. :)

    - Sebaik-baiknya buat sendiri. Barulah "terbaikk".

    Bukan apa, kalau awak beli yg berkabonat tu dah lari khasiatnya.

    BalasPadam
  12. maaf ya saye nak tanya ade tak petua melegakan kembung perut yang laen selain minum air halia,,,maaf laaa saye cuma bertanya jew

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Awak tak perlu minta maaf. :)

    Cuba awak lihat artikel ini ~ Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi?

    Kalau ada petua lain, Insya-Allah saya akan kongsikan di blog ini ya.

    BalasPadam
  14. sya kt tnyelh,mmcmne cara nk elakkn perut dari kembung,sya ni selalu sangat kne....

    BalasPadam
  15. doktor kata saya ada gastrik dan selalu kembung perut.halia dpt bantu ke mslh ni?

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama:

    - Cara nak elakkannya, awak amalkan minum air masak (yg dingin) setiap pagi sebelum sarapan ataupun sebelum makan apa saja.


    - Kalau gastrik, cuba awak amalkan minum susu kambing yg dicampur dgn buah tamar.

    Makseudnya, masakkan susu kambing tu bersama buah tamar sekali yea.


    Harap ia membantu.

    BalasPadam
  17. dah macam saya cuba,,,tapi masih mengalami masalah kembung perut dan bila kembung ia akan naik ke kepala saya,,,saya pening..berat badan saya turut dengan mendadak,,,,sbb sakit kembung dalam perut saya,,,saya sudah rasa ade sebesar biji buah anggur merah..setiap kali saya kembung,,saya akan urut bahagian yg berbiji tu,,tenyata ia akan menguarkan kentut dan sedawa,,tp keadaan itu tetap sama,,,sentiasa berlaku,,walaupun saya dah menggunakan pelbagai cara dan petua,,,tolongla saya

    BalasPadam
  18. ek..itu dah teruk sangat tue..baik jumpe doc trus... :-)
    mane taw skt lain

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama:

    - Saya pun syorkan awak berjumpa doktor utk pemeriksaan lanjut. Ini utk kebaikan awak juga.

    - Terima kasih atas saranan awak. Saya amat bersetuju.

    Berjumpa doktor bg mengetahui apa punca sebenarnya.

    BalasPadam
  20. Saya sudah satu bulan lebih mengelami perut berangin, tapi kentut kurang dan tidak berbau. Masalahnya perut sangat sensitif, tidak boleh menerima makanan berlemak dan berkarbobat, semesti akan menyebabkan ketidakselesaan perut dan najis berair. Walabagai manapun perut tidak berasa sakit. Selepas pemeriksaan doktor kata ada sedikit batu karang kat hempedu... Tuan apa perlu saya buat. Tw

    BalasPadam
  21. Menarik ini ramuan untuk mengatasi perut kembungn. makasih

    BalasPadam
  22. @ Tyas: Terima kasih kembali. :)

    BalasPadam
  23. ada satu lgi petua utk legakan perut kembung..
    sediakan 3 biji cili, 3 gengam ketumbar, sedikit gula merah dan 4 gelas air. bahan2 masukkan dalam air tdi dan panaskan hingga mendidih. selepas itu, tggu hingga sejuk dan saringkan. lepas tu boleh la di minum. sekali sehari.

    BalasPadam
  24. @ Tanpa Nama: Terima kasih sebab sudi kongsi petua. :)

    BalasPadam
  25. cubalah cari tablet arang. boleh cari kat farmasi, mungkin boleh legakan gas yg berlebuhan dalam perut.

    BalasPadam
  26. setuju..halia mmg remedi kembung perut..thanks for sharing..

    Tips Atasi Kembung Perut

    BalasPadam
  27. @ fatimatuzzahra: Terima kasih kembali ya. :)

    BalasPadam
  28. ada senaman tak utk perot kembong

    BalasPadam