Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Bagi yang masih mengalami tekanan darah tinggi, sekali lagi saya bawakan alternatif untuk merawat darah tinggi anda tu. Sebagai makluman tambahan, ini adalah kali keempat saya paparkan petua berkaitan darah tinggi. Sebelum meneruskan pembacaan, anda boleh lihat petua terdahulu yang berkaitan di sini.


lakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi



Sekiranya anda dah cuba petua yang lepas tapi belum berhasil atau kurang serasi dengannya, apakata anda cuba amalkan meminum air limau nipis. Seperti biasa, minum 2 kali dalam sehari.


Untuk lebih terperinci, jom kita sama-sama sediakan air limau nipis ni. :)


1. Memula, ambil 1 biji limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam gelas.

2. Masukkan juga 1 gelas air sejuk ke dalam gelas yang berisi perahan air limau nipis tadi.

3. Jika mahu, anda boleh campurkan sedikit gula.

4. Kacau semua ramuan tadi hingga sebati dan minum.

5. Amalkan meminumnya sehinggalah tekanan darah tinggi anda menurun dan kembali ke paras normal.

6. Anda boleh meminumnya pada setiap pagi dan petang.


Jika tiada aral, anda akan memperolehi hasilnya.


Selamat Mencuba!


Gambar: teknosains.info

34 ulasan:

  1. salam..sye baru berumur 18..sye ke klinik 2hari lepas akibat demam dan sakit kepala..dan doktor memriksa tekanan darah sye..dan tekanan tinggi dan tidak sesuai mngikut umur sye iaitu 150..dan hari ini sye kembali ke ke klinik dan memriksa tekanan darah dan menurun sedikit iaitu 146..punca tekanan ini adalah dri daging..kerana sebelum ini sye kerap memakan daging dan sup secara kerap..maklum larh daging agihan korban..adakah ini punca tekanan darah sye tinggi..dan cara untuk menurunkannya..kerna sye perlu memeriksa tekana darah sye selama seminggu..tolong nye..wasalam..

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Cuba adik amalkan minum jus timun.

    BalasPadam
  3. Selain minum jus timun (cucumber), boleh makan lobak merah. Kedua-duanya baik utk menangani darah tinggi.

    BalasPadam
  4. amalkan makan epal hijau.insyallah berhasil dengan kehendakNya.

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas perkongsian. Moga bermanfaat utk rakan2 kita. :)

    BalasPadam
  6. cuba amalkan minum misai kucing atau pun air rebusan serai. Cuba elakkan makan daging secara kerap. Makan pisang sebiji tiap hari insyaallah darah tinggi akan hilang.

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak di atas perkongsian anda. :)

    BalasPadam
  8. rebusan daun dan belimbing besi amalkan ....mudah-mudahan kencing manis dan darah tinggi akan berkurangan dan hilang

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Terima kasih kerna sudi kongsi petua.

    BalasPadam
  10. sy brumur 48 th, hr doc nasihatkan mula mkn ubat darah tinggi, ader alternatiff lain tak

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Selain mengamalkan petua di atas, tuan/puan boleh cuba alternatif lain melalui pautan ini -> Ubat Darah Tinggi.

    Terdapat beberapa alternatif melalui pautan di atas. Saya harap tuan/puan sudi luangkan masa utk meneliti setiap satunya.

    Sekian, terima kasih.


    Saya doakan tuan/puan berjaya mengatasi masalah darah tinggi.

    BalasPadam
  12. Saya berumur 29 tahun dan menghadapi tekanan darah tinggi selepas ja saya melahirkan anak kedua.....sehingga la doktor menyuruh saya menggambil ubat saya sangat rirau dengan keadaan sya kerana saya terlalu muda untuk penyakit seperti demikian apakah yg perlu sya lakukan.tq

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Pertamanya, saya amat bersimpati dgn keadaan puan.

    Justeru, buat permulaannya saya cadangkan puan amalkan petua di atas. Kemudian, lihat bagaimana perkembangannya. Jika bertambah baik, teruskan.

    Selain di atas, berikut adalah ~ senarai petua darah tinggi yang boleh puan amalkan.


    Di samping mengamalkan petua-petua, puan boleh amalkan membaca;

    - Surah Al-Anbiya (ayat 62-73) dan

    - Surah An-Nahl (ayat 66-74)

    Bacalah ayat-ayat di atas dengan penuh ikhlas dan niatkan agar penyakit darah tinggi puan sembuh.

    Saya pun doakan agar puan sembuh daripada darah tinggi secepat mungkin. Amin

    BalasPadam
  14. tapi jikalau semua petua di atas tidak berkesan apa yang harus saya lakukan selain berserah pada allah dan redha je lah
    apa yang menimpa pada diri sye nie kasihanilah sye.........
    cubalah bagi sye petua yang lain
    please....

    BalasPadam
  15. @ Tanpa Nama: Saya harap awak tidak berputus asa. Lakukan sesuatu petua yang diamalkan dengan konsisten.

    Sebagai contoh, petua di atas merupakan salah satu petua tradisional yang baik untuk diamalkan. Tidak kira sama ada tiada darah tinggi ataupun ada darah tinggi.

    InsyaAllah tekanan darah awak kembali normal dan saya sentiasa doakan kesihatan awak. Aamiin.


    p.s: Awak boleh juga berjumpa dengan pakar perubatan tradisional jika inginkan lebih kepastian.

    p.p.s: Mereka biasanya akan dapat mengenalpasti penyakit yang awak alami melalui urat saraf di kaki ataupun tangan.

    BalasPadam
  16. AsSalaamu'Alaikum..
    Salam Sejahtera..
    ~
    bagi yg muda2 tapi dah ada darah tinggi tue boleh jumpa doktor, saya dulu pun sama..
    ~ doktor kata ia adalah kerana perubahan hormon dalam badan sebab perubahan dari kanak-kanak menjadi dewasa..
    ~ yg penting jumpa doktor ek..

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Terima kasih atas nasihat dan perkongsian tuan.

    BalasPadam
  18. terima kasih perkongsian dan info berguna ini.

    BalasPadam
  19. @ kak nora: Sama-sama Kak Nora. :)

    BalasPadam
  20. askum...bru bru buat pemeriksaan.tekanan darah saya 138/92.adakah ini di kategorikan saya mengahadapi tekanan darah tinggi.dan klu bleh saya x mau makan ubat2an dr hospital...

    BalasPadam
  21. salam...saya nak tanya jika saya mempunyai darah tinggi dan sering sakit kepala ...ada x tips untuk mengurangkan sakit kepala saya...kerana ia sering berlanjutan biarpun saya makan ubat doktor

    BalasPadam
  22. Macam mana cara nak hilang kn tros darah tinggi ini ?

    BalasPadam
  23. salam.. sy bru je brusia 24 thun nk tanye mcm mane nk hilangkn penyakit drh tinggi.. sy nie jnis x suke mkn ubt2 hospital.. ada x tips yg bole mngelakkan drh tinggi.. terima kasih..

    BalasPadam
  24. salam..sy busia 33thn dan mghidapi teknan drh tinggi splas bersalin ank ke 5.. dan kini sy sdh sebuln lebih mmkn ubat hospital iaitu Amlodipine dan tekanan darah sy kmbali normal ttpi ubat masih juga di teruskn mkn.. soalan saya ada kh teknn drh sy kekal normal skiranya sy bhenti mmkn ubat Amlodipine..dan mahu mgamalkn tips2 iaitu ubt2 kg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun lepas sy mengalami sakit kepala yg teruk...selalu kalau makan Panadol trus hilang.ni makan Panadol,tidur apa semua tak hilang2 sakit kepala saya.bila tidur malam,selalu trjaga akibat kepala sakit dan berdenyut truk.lalu sy jmpa doc.doc ckp BP sy mmg tinggi...so,dia sruh sy balik,amik bacaan darah selama seminggu baru jmpa dia balik.dlm smnggu sy amik bcaan mmg tnggi drah sy.so doc prescribed sy ubat drah tnggi 10mg.tp sy cakap cmna cara sy nak elakkan dr makan ubat sbb kalau sy brgntung dgn ubat takut effect buah pinggang sy msa tua nnti.doc ckp.ada 1 cra je iaitu ubah tabiat pemakanan sy dan amalkan senaman...
      So,slama 3 bulan sy amalkan senaman 6 hari smnggu,makan plak sy amalkan makan sayur dan buah yg banyak,kurangkan garam dan gula,minum air msak sntiasa,pastu amalkan mnum cuka epal.sy amalkan juga minum susu Omega yg trunkn kolesterol tu.
      Alhamdulillah,brat badan sy trun dlm 10kg dalam msa 3 bulan dan yg paling happy bila BP sy dh normal dan tak sakit kepala lagi.
      Tapi ubat sy msih makan.tp bulan ke 4,sy jmpa doc cakap taknak makan ubat lg.doc ckp jgn brhnti mengejut.kene dptkan nasihat dia dlu.
      So,dia nasihatkan amik bacaan drah slama smnggu,3x sehari.so,sy amik and normal bacaan.so,doc cakap ubat drah tnggi yg sy makan 2x shri tu dia sruh makan sekali shri dan amik bacaan lagi semnggu lpas tu.bcaan sy still normal.lpas tu doc ckp stop makan ubat and klu bacaan drah normal,takyah makan ubat dah.so,lpas sy stop makan ubat,sy amik bcaan drah and Alhmdulillah ianya normal tp dlm msa yg sama sy masih lg kekalkan cara pemakanan sihat dan senaman...

      Padam
    2. @ Tanpa Nama: Alhamdulillah. Terima kasih bebanyak atas perkongsian awak. :)

      Padam
    3. Tanpa nama saya pun terpaksa ambil amlodipine. Masuk ni dkt sebulan dah. Berat saya dalam kategori obes.

      Padam
  25. Amalkan gaya hidup sihat,bersenam ke ,workout ,gym,kurang mkn nasi.garam,gula.bnyk mkn sayur buah.

    BalasPadam
  26. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas nasihat dan perkongsian awak. :)

    BalasPadam
  27. Hai.sy menghidap tekanan darah selepas bersalin anak ketiga 2bulan yg lalu..umur sy 26tahun..pernah doktor check tekanan darah sy tinggi sampai 160/120..check kali kedua ada turun sikit 140..mcm mana nak kembalikn tekanan darah normal..doktor pun dh start bg makan ubat Metroprolol..tq

    BalasPadam
  28. Adakah jeruk buah menaikan tekanan darah ?.

    BalasPadam
  29. petua terbaik turunkan darah tinggi. amalkan :
    1. Turunkan berat badan dengan senaman 30 minit setiap hari
    2. kurangkan makanan bergaram berminyak dan berlemak dan ubah tabiat makan yg seimbang
    3. tidur kena cukup 6 @ 7 jam sehari
    4. amalkan jus epal @ timun @ air rebusan daun rerama
    5. makan suplement spt minyak ikan omega 3 atau kapsul bawang putih

    ini berdasarkan kajian dan pengalaman saya. insyaallah BP boleh di kurangkan dan normal semula

    BalasPadam
  30. @ Prince Daniel Aduka: Terima kasih banyak atas petua yg tuan kongsikan. ;)

    BalasPadam
  31. tips yang menarik dan mudah untuk diamalkan

    BalasPadam