Daun betik ni salah satu ramuan penting yang perlu ader kalau anda nak buat botok-botok. Botok-botok ni sejenis masakan yang dibungkus dengan daun pisang yang kemudiannya dikukus. Dalam tu ada pelbagai jenis ulam-ulaman dan ikan yang dimasak bersama rempah. Bagi yang suka makan ulam-ulaman, mungkin anda kata ianya sedap. :)
Ooohh, tapi saya bukan nak sentuh pasal botok-botok. Sebaliknya pasal daun betik. Seperti yang anda tahu, daun betik ni pahit rasanyer, kan? Lebih-lebih lagi kalau anda memakannya macam gitu jer!
daun betik - ms.wikipedia.org
Atas sebab itulah saya nak kongsikan satu petua menghilangkan rasa pahit tu kat sini. Caranya mudah saja. Ketika anda merebus daun betik, campurkan sekali dengan daun senduduk.
daun senduduk - melur.com
Itu saja. Mudah, kan?
Selamat Mencuba!
14 komen on "Menghilangkan Rasa Pahit Daun Betik"
macam mana nak hilangkan rasa pahit pada daun inai
Saya kurang pasti pula pasal hal ini. tapi takper, kalo saya tahu caranya kelak, pasti akan dikongsikan kat sini.
Terima kasih kerana bertanya. :)
saya rebus pucuk betik campur sedikit asam gelugur untuk megurangkan rasa pahit
@ Tanpa Nama: Ribuan terima kasih atas perkongsian awak.
Sy rebus daun betik kemudian perah 2 biji limau nipis
@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas petua yg awak kongsikan. :)
adkh rbusan air betik nh dpt mnmbhkn berat badan???????????
@ Tanpa Nama: Maaf ya. Buat masa ini, saya kurang pasti mengenainya.
yg pahit itu sifatnya alkali,dpt meneutralkan asid dlm badan,tubuh yg sihat adalah tubuh yg penuh alkali.
@ Khairul Anwar: Terima kasih atas makluman tuan.
bestnya dpt byk maklumat. buah betik bukan utk naikkn bdn tp melangsingkan badan
@ noy: Terima kasih noy atas perkongsian mengenai buah betik.
Selain melangsingkan badan, daging yang diperap dengan daun ataupun buah betik boleh menjadikannya lebih lembut. Lebih senang untuk dimakan. :D
Saya rebus pucuk betik dgn garam.. Soo rasa pahit n getah berkurangan
@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas perkongsian awak. :)
Catat Ulasan