Atasi Masalah Kulit Berkedut

Masalah kulit berkedut ni memang dihadapi oleh semua orang. Sama ada bakal, sedang ataupun telah mengalaminya. Setiap yang muda pasti akan tua. Itupun kalau dipanjangkan umurlah Semakin tua usia kita, kulit pun makin berkedut dan tidak berseri lagi seperti dulu.

Kebarangkalian kulit untuk berkedut dalam usia yang agak muda kemungkinan lebih tinggi kalau anda tak menjaga pemakanan, tidak bersenam dan tak peduli langsung pasal keadaan kulit.



Peliharalah kulit anda sebelum berkedut

Biasanya kita lebih mengambil berat tentang kulit muka. Sebab itulah yang orang selalu perhatikan. Jadi, bagi anda yang ingin pulihkan kulit muka berkedut atau kurang berseri...

Ada satu petua yang mampu mengatasi masalah kulit berkedut. Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah mudah didapati iaitu 1 batang lobak merah, 1 biji kuning telur dan 1 sudu tepung jagung.



Sebatang lobak merah jer dah cukup


Caranya:

1. Anda bersihkah dulu lobak merah tadi. Kemudian parut. Kalau nak kisar pun boleh.

2. Seterusnya, campurkan kuning telur dan sesudu tepung jagung dengan lobak merah yang dah diparut.

3. Kacau ketiga-tiga bahan tu sampai sebati.

4. Apalagi... lumurkanlah kat muka anda.

5. Sebaik-baiknya buat pada waktu malam. Beberapa jam sebelum nak tidur.

6. Sebelum masuk tidur, cuci dulu muka anda tu dengan air yang agak suam kuku.

7. Amalkan petua ni 1 kali dalam seminggu. Buat sampai anda puas hati dengan kulit muka masing-masing, ok.


Selamat Mencuba!


26 ulasan:

  1. kalau kita minum je jus air lobak merah , berkesan tk??

    BalasPadam
  2. kalau kita buat dua2 jenis petua sekali dlm sehari leh x????

    BalasPadam
  3. @ Tanpa Nama: Sebaik-baiknya buat satu aje dulu. Itu lebih baik. :)

    BalasPadam
  4. ok..nk try!..tq share - cempaka-

    BalasPadam
  5. @ cempaka: Sama-sama yer. Selamat mencuba & mudah-mudahan kulit awak lebih licin serta tegang.

    BalasPadam
  6. 1 kali dlm sehari mksdnya kne wat tiap2 ari ke?

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Tidak perlu buat setiap hari. Seminggu sekali pun dah ok.

    BalasPadam
  8. mane artikel yang cite pasal kulit kayu manis utk hilangkan parut???xjmpe pon
    :-(

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Mungkin artikel yg awak maksudkan tu ada kat 14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis.

    BalasPadam
  10. thanks utk petua ini..sy da cba n mmg rasa perbezaanya..

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Terima kasih kembali atas maklumbalas yg awak berikan.

    BalasPadam
  12. @ sheeraY: Welcome sheeraY. :)

    BalasPadam
  13. tapikan telur tu hanyir la...saya da try petua masker campuran tomato dan putih telur..baru sapu kat muka saya da muntah....bleh x kalau x gunakan telur?

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama: Telur amat baik utk kesihatan kulit.

    Kalau tidak tahan dgn baunya, boleh gunakan bahan-bahan lain spt serbuk kopi, serbuk teh, ataupun lendir lidah buaya.

    Sapukan saja pada muka & biarkan beberapa ketika. Lepas tu barulah cuci muka dgn air bersih.

    Tapi kalau guna lendir lidah buaya, biarkan ia semalaman pun ok. Sapulah masa nak tidur. Esok pg baru cuci muka.

    Amalkan dgn teratur dan konsisten.


    Harap membantu.

    BalasPadam
  15. Tumpang tanye
    Kalo nak guna serbuk teh
    Macam mane pulak caranya???

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Memula, bersihkan muka dengan air biasa.

    Kemudian, ambil serbuk teh yang telah digunakan (lebihan serbuk yang telah dibuat air minuman) dan lumurkan ke seluruh muka perlahan-lahan.

    Seterusnya, biarkan sekejap (dalam 30 saat) dan bilas semula dengan air bersih.

    Kalau nak senang, buat sebelum mandi ya. :)

    BalasPadam
  17. Assalam..mohon izin share petua2 disini boleh? ;)

    BalasPadam
  18. @ Su: Waalaikumussalam puan.

    Boleh. Silakan. Tiada masalah.

    Mudah-mudahan ia dapat memberi kebaikan kepada rakan-rakan kita yang lain. :)

    BalasPadam
  19. Ubatan tredisonal amat berkesan sekiranya diamal selalu,ini yang menjadi masalah persediaan.Ubat modern beli dan telang sahaja cukup senang.haihaihai.

    BalasPadam
  20. @ Pak Wan: Betul tu Pak Wan. Perlu persiapkan segala ramuan dan amalkan dengan teratur. :)

    BalasPadam
  21. telur yang masak ke masih mentah pakai tu ?

    BalasPadam
  22. @ pseyla jey: Pakai kuning telur mentah ya.

    BalasPadam
  23. tapi biasanya Lobak merah tepung jagung saya buat Kuah kantonis ��

    BalasPadam