14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis nie mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Sebelum saya pergi lebih jauh, apakata survey anda kenali dulu rupa madu dan kayu manis. Tapi dalam mengamalkan petua nie, kita gunakan serbuk kayu manis tau.



Rajah 1: Madu Lebah



Rajah 2: Kayu Manis


Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:


1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tue, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.


2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tue, ia boleh menurunkan berat badan gak.


3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.


4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.

Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.


5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tue. : )


6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.


8. Kolesterol

Anda nak mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.


9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.


10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.


11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan anda. Hehe...

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.


Selamat Mencuba!

77 ulasan:

  1. wahhhhh tapi susah la nak dapat madu asli. hehe :)

    BalasPadam
  2. @ KNizam:

    Betul gak tuh. Slalu beli yang tak brape nak ori jer.

    Kene tanyer kat pakar mana nak cari yg btul2 asli nih. :)

    BalasPadam
  3. ada cuba beli madu yemen ia adalah antara madu yang terbaik didunia.....http://punyakawan.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Oh, saya belum pernah cuba lg madu yemen tu.

    BalasPadam
  5. Salam, hmm.... saya pernah terbaca satu artikel di surat khabar tentang madu asali tempatan dan yang import. katanya madu asli tempatan adalah yang terbaik untuk orang tempatan. Saya tinggal di jb, di sini ada kedai ubat trdisional bernama MAJMAL di giant plentong jual madu asli yang sememangnye asli. klu di kl tak pastilah. di botol tu ada stiker tulis 'madu malmas'. :) well i'm just happy to share

    BalasPadam
  6. oh ya, satu lagi saya terlupa. madu yang betulkeasliannye makin lama di simpan makin berubah warna dan rasa.kalau dari segi warna ia akan menjadi lebih gelap. dan rasa pulak, lebih 'kaw' klu mula2 makan sebelah kening terangkat lepas 1-2bulan dua-dua kening terangkat hehehe.... so makin tua madu makin pahit. ade setengah madu dah tua tak layan lansung muncung aje mulut hehehaha
    and... sekiranya lebah itu bersarang di kebun rambutan so rasa madu tu akan rasa rambutan bau pun sama, warna madu tu kalau baru tuai cerah. kalau ladang kopi warna hitam rasa kopi pait pun macam kopi bau pun kopi. jimaaaat takyah bli nescfe hehehe......... just to share :)

    BalasPadam
  7. @ Sarah Adnan : Waalaikumussalam Sarah. Thanks for sharing. :)

    Nanti saya nak try gak cari "Madu Malmas" ni.

    Lagi satu, saya pernah diberitahu yg kalau madu tu benar2 asli, semut takkan mendekatinya. :)

    BalasPadam
  8. salam. hmm kalau semut tu saya tak pasti, tapi pernah dengar jugaklah. pernah sekali tu kwn pakcik saye ade bagi madu baru tuai dari ladang nenas cair habis sebab belum hydrate air dari madu tu. tapi semut datang jugak.


    ntah-ntah kalau madu dari ladang jadam kot semut tak datang hehehe...... eheh gurau je...

    BalasPadam
  9. @ Sarah Adnan: Waalaikumusalam. Tu la... saya pun hanya dengar cakap2 orang jer. Sebab selama nie, saya pun tak pernah dapat lagi madu yg bebas dari semut. :)

    BalasPadam
  10. camane nak beza madu asli & madu tiruan?

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Sepanjang pengetahuan saya, kalau madu tu asli; ia takkan didatangi semut.

    p.s: Jika ada rakan-rakan lain yang mengetahui cara membezakan antara madu asli dan tiruan, harap dapat berkongsi di sini. Saya amat menghargai setiap patah perkataan anda. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Madu asli titik pada lengan gosokkan ia akan hilang(yg tak asli ia akan rasa bergetah dlengan)

      Padam
  12. teramat susah untuk mempastikan madu asli dan palsu....jika mahu kepastian bolehlah bawa ke makmal untuk kepastian. Untuk makluman tuan/puan madu asli boleh juga didatangi semut kerana aromanya dan ada juga yang tdak didatangi semut kerna kandungan airnya tinggi. Jika di Yemen kebanyakkan pencari madu asli diambil secara tradisional jadi tidak salah jika dikatakan ia antara terbaik didunia. Ada diantara madu yemen jejak ribuan ringgit ttp sukar dimiliki kerna ia telah diambil oleh pembesar2 dan golongan istana di arab.Jika mahukan madu asli cari di MARDI kerna ia juga memasarkan sendiri madu tualang dan dibuktikan sendiri oleh pihak makmal MARDI. Jika mahu mencuba madu Yemen boleh la hubungi saya atau lawati blog saya http://punyakawan.blogspot.com (maaf lama tak update)019-7972705

    BalasPadam
  13. nk tau madu asli atau tiruan..amibil seceis kertas..sapukan madu tersebut secara nipis..kemudian bakar..
    klu menyala maknanyer madu asli
    klu x menyala maknayer tiruam atau campuran. sbb dlm madu asli ader wax atau lilin...

    BalasPadam
  14. KALAU NAK MADU YEMEN PERGILAH KE RANGKAIAN KEDAI MAJMAL TERUTAMANYA DI GIANT PLENTONG. DI SANA AD MADU YEMEN GRADE A TAPI HARGANYA MAHAL LAH SIKIT.

    BalasPadam
  15. @ saudagar madu: Terima kasih atas maklumat saudara.

    @ Tanpa Nama: Bagus tips awak ni. Nanti saya nak cuba lah. Terima kasih bebanyak.

    BalasPadam
  16. saya dah cuba yang no 1 tu..mmg berkesan dan puas hati..bukan setakat jerawat je yng hilang,malah parut-parut jerawat pun makin menghilang..terima kasih.

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama: Wow! Tahniah atas kejayaan awak nie. :)

    Terima kasih atas maklumbalas penting ni. Saya amat menghargainya. :D

    BalasPadam
  18. betullah, harga madu yemen yang no 1 mahal tapi memang rasanya pun lain kalau dibandingkan dengan madu tempatan.khasiatnya saya belum tau lagi sebab baru cuba. terima kasih kerana beritau ttg madu tu di kedai majmal. sya pergi majmal giant plentong sbb dekat rumah je. tq tq

    BalasPadam
  19. petua org arab kalau batuk teruk ambil air suam campurkan sedikit perahan lemon dengan madu arab,
    insyaallah berkurangan batuk

    BalasPadam
  20. saya dah pergi kedai majmal tapi madu tu habis pulak, katanya sebelum puasa datang yang baru. Katanya lagi madu yemen no 1 namanya madu Du'an atau Baghaiyah. betulke?? sesiapa yg ada maklumat boleh tolong terangkan

    BalasPadam
  21. Nak tahu Madu Asli atau tiruan letakkan dalam peti ais (bukan freezer ya). Jika setelah sekian lama, di bawah botol itu ada mendak macam gula maknanya itu adalah tiruan. Madu asli tak kan berubah texturenya.

    BalasPadam
  22. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian anda semua. :)

    BalasPadam
  23. Saya dah amalkan beberapa petua ttg madu nie..antaranya ialah memerah bibir..mmg terbukti madu nie memerahkan bibir secara semulajadi..law rajin..gunakan tiap2 ari..jdikan madu ni sebagai pelembap bibir..tak perlu gunakan pelembap bibir yg ada kat pasaran.madu byk khasiat yg tersendiri..

    BalasPadam
  24. ttg cara nak tahu madu asli tuh..sy dah cuba yg bakar madu atas kertas tuh..mmg terbukti madu yg saya beli tu terbakar n bila simpan dlm peti ais..madu tuh still dalam keadaan asal n tak berketul..klu bkn asli..ia akan menjadi keledak gula di bwahnya..malah..madu asli takkan membeku w.p disimpan dlm peti ais terlalu lama..

    BalasPadam
  25. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas petua dan perkongsian awak di atas. :)

    BalasPadam
  26. sy pun ade bt petua no 1..mmg berkesan...
    sy jg amalkan minum air kosong dgn madu stiap hari..sbb lgpun mgm sunnah babi ...nabi mmg suh minum cmtu utk elak pelbagai penyakit...so,teruskan amalan minum madu ni..plh madu yg ori...rumah sy sll penuh dgn madu sbb ayh sy amalkn minum madu dgn lada,utk turunkan kolestrol..mmg berkesan...dr dulu ayah amalkan...mlm2 sebelum tdr sy amik madu oleskan pd bibir...cube la :)

    BalasPadam
  27. @ suraya: Betul tu, madu memang banyak khasiatnya. =D

    BalasPadam
  28. saya ada menjual madu asli dari pokok tualang yg di ambil dr sekitar hutan pahang. ..boleh hubungi atau sms saya untuk keterangan lanjut...untuk sekita KL,selangor,kemaman dan Johor...boleh juga di pos jika di luar liputan....014 270 8897

    BalasPadam
  29. SEBENARNYER MADU MEMANG BOLEH GUNE UNTUK KOSMETIK ATAU APE2 MSLH SEBAB DAH TULIZ DLM ALQURAN MADU BLEH MERAWAT SESEORANG ....JADI KAEDAH NEY TAK SALH KALO MENCUBE....SEBAB BYK ZAT BESI DLM MADU ASLI...KAN2??

    BalasPadam
  30. @ Tanpa Nama: Madu memang terbaik. :)

    BalasPadam
  31. dulu kakak ipar sy byk jerawat especially time die pregnant..tp time tak pregnant x byk sgt..sy tanye kat die mkn ubat...die kata die amalkan minum madu setiap ari..tp sy xsure time pregnant ye minum ke tak..skrang nie muke die dah licin..selamat mencube~

    BalasPadam
  32. @ Tanpa Nama: Terima kasih sudi berkongsi pengalaman kakak ipar awak. Pasti dpt membantu rakan-rakan lain. Terbaik! :)

    BalasPadam
  33. mm..kalau nak tahu madu tu asli atau x...
    cuba titiskan madu dalam air..
    kalau madu tu terus bercampur dengan air..
    maknanya madu tu x asli...
    biasanya madu asli x kan terus bercampur dengan air...p kalau kita kacau..bercampur la..ehehe
    titis jer..x yah kacau..
    sekadar perkongsian...

    BalasPadam
  34. @ Dzathunithaqain: Ok, terima kasih sudi kongsi tip psl madu asli ni yea.

    BalasPadam
  35. Saya ada madu Dan rasanya hampir setahun, mmg xda lah semut dtg, kata org yg bg Tu madu Tu madu asli, madu yg saya beli plak mmg ada semut yg dtg.. So logiklah kot klu kata madu asli xda semut

    BalasPadam
  36. @ suhaila: Kalau x ada semut yg datang, rasanya ia memang asli. :)

    BalasPadam
  37. Madu kalau dah disimpan bertahun- tahun masih blh dimakan ke? Memudaratkan tak?

    BalasPadam
  38. @ Tanpa Nama: Biasanya madu yg dijual di pasaran mmg ada tarikh luput.

    Kalau setakat 3 tahun, rasanya boleh dimakan lagi. Tapi jika lebih daripada itu, saya kurang pasti. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  39. nak tahu madu asli, cuba bawa balik kerumah. kalau isteri marah, confirm itulah 'MADU' asli...heheh

    BalasPadam
  40. biasanya madu asli x de tarikh luput, tarikh luput diletak sbb nk eksport ke luar negara, n makanan klu x de tarikh luput x lepas dijual di pasaran. madu asli biasanya lg lama disimpan color die akan jadi lg pekat/ hitam. klu nak tau madu tu asli atau pun tidak rasenyer skrg dh susah nk beza, saya pernah jumpe madu asli dari madinah dihurung semut, stahu saya madu tu asli, wallahu'alam, semut skrg pun dh bijak :)

    BalasPadam
  41. @ Tanpa Nama: =D

    @ aisy: Terima kasih banyak aisy di atas perkongsian awak. :D

    BalasPadam
  42. sungguhpun semut yg menghampiri madu asli ia akan mati kerana madu asli panas....kalo xsilap saya...hehe

    BalasPadam
  43. @ Tanpa Nama: Satu lagi input menarik mengenai madu. Terima kasih di atas perkongsian awak. :)

    BalasPadam
  44. make sure guna kayu manis ceylon. dan bukan yg biasa dijual dikedai2 di malaysia. cuba search kayu manis ceylon. kayu manis yg ada di malaysia buatan vietnam / indonesia kalau ambil berlebihan bahaya untuk liver/hati. cuba search "ceylon cinnamon vs cassia cinnamon"

    BalasPadam
  45. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas ingo awak. Bahaya juga kalau tersalah pilih.

    BalasPadam
  46. Ambil surat khabar. tuang madu tu....kalo ada cecair keluar ikut belakg maknanya x asli...lg satu...mqsukkn dlm peti sejuk...madu yg asli takkan beku

    BalasPadam
  47. Ambil surat khabar. tuang madu tu....kalo ada cecair keluar ikut belakg maknanya x asli...lg satu...mqsukkn dlm peti sejuk...madu yg asli takkan beku

    BalasPadam
  48. @ golden-roses: Terima kasih di atas perkongsian tuan.

    BalasPadam
  49. Asslmkm. Kalo nk amalkan petua yg no 1., tetap kene pkai cuci muke tk?

    BalasPadam
  50. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Awak boleh pakai pencuci muka 2 kali sehari jika sebelum ini awak memang pakai pencuci muka.

    Petua di atas hanyalah sebagai amalan tambahan.

    BalasPadam
  51. Terime kasih. :-). Satu lagi soalan, kalaw sekiranye saye tk dpt nk cari madu yg asli, hasil drpd mengamalkan no. 1 lebih lmbt? Bagaimane?

    BalasPadam
  52. @ Tanpa Nama: Sama-sama. :)

    Usah bimbang. Awak boleh cari madu di pasaraya, farmasi ataupun kedai biasa. InsyaAllah akan dapat yang asli.

    Tentang lambat atau cepat keberkesanannya, awak tak perlu khuatir. Kulit seseorang memang memerlukan tempoh masa tertentu untuk bertindakbalas dengan bahan yang digunakan.

    Mungkin sesetengahnya mudah serasi dan ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk serasi. Jadi, awak tak perlu fikirkan sangat mengenai cepat ataupun lambat.

    Saya bimbang jika awak terlalu risaukannya, ia memberikan tekanan kepada diri awak tanpa disedari.

    Suka saya ingatkan, tekanan juga salah satu faktor tumbuhnya jerawat.

    Kesimpulannya, lakukan dengan yakin dan sentiasa positif dengan usaha ikhtiar yang awak lakukan.

    Saya doakan awak berjaya. Aamiin.

    BalasPadam
  53. Insyallah. Terime kasih sekali lagi. :-)

    BalasPadam
  54. @ Tanpa Nama: Sama-sama dan moga awak berjaya. :D

    BalasPadam
  55. Salam,oktant
    Saya tahu mcm mana nak tahu madu itu asli atau tak.Caranya ialah dgn letakkan madu itu dlm peti ais yang atas(peti utk keraskan air batu).Jika madu itu keras,mmg sah ia palsu.Kalau ia seperti biasa,ia adalah asli.Sy gunakan cara itu untuk tahu.Maaf jika sy ada tersalah ckp.

    BalasPadam
  56. @ Aisyah: Waalaikumussalam wbt Aisyah.

    Terima kasih di atas perkongsian. InsyaAllah, saya pasti cuba. :)


    p.s: Tiada apa yang perlu dimaafkan. Saya memang sukakan perkongsian awak. Tentunya ia baik untuk kita semua mendapat ilmu baru setiap hari.

    p.p.s: Sebaliknya, sayalah yang patut berterima kasih pada Aisyah. Terima kasih sekali lagi ya.

    BalasPadam
  57. Salam,
    Nak bertanya.. campuran minuman serbuk kulit kayu manis dan madu ini harus diminum dengan serbuk kayu manisnya sekali atau hanya minum airnya sahaja?

    BalasPadam
  58. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Minum madu yang dicampurkan dengan serbuk kayu manis sahaja.

    Melainkan kalau dinyatakan perlu dicampur dengan air, barulah awak minum air yang bercampur madu dan serbuk kayu manis.

    Harap awak jelas dengan penerangan di atas.

    p.s: Jika belum jelas, awak maklumkan semula ya.

    BalasPadam
  59. Untuk makluman anda yang saya hormati, kaedah untuk mengetahui sama ada madu tersebut asli ataupun sebaliknya ialah dengan;

    - Mengukur keasidannya. Nilai ph madu asli berada dalam lingkungan 3.4 - 4.5.

    Apabila kita titiskan madu tersebut pada kertas suratkhabar, ia tak mudah menyerap.

    Harap ia membantu kita semua mengenalpasti madu lebah asli selepas ini. InsyaAllah.

    BalasPadam
  60. Kulit kayu manis ade yg asli ngn x asli ke?? Mcm mne nk bezakn tuu

    BalasPadam
  61. Boleh rawat gout tk

    BalasPadam
  62. saya sakit gout menyerang lutut ,saya ada orang bagi petua mminum madu dengan serbuk kulit kayu manis

    BalasPadam
  63. Klau nk madu asli blh hubungi saya... stok ada lg ni. Blk kg raya cina ari tu beli banyak.. mmg susah nk bezakan. Klu tengh mkn kat kdai mamak ada pakcik dtg jual madu jgn le beli.. hihii.. bkn asli.. n klu blh madu xyah simpan dlm peti sejuk atau letak atas peti sejuk.. mmg betul jika makin lama disimpan makin kehitaman n makin sedap.. hihi..
    berminat blh hubungi sy. Sekurang2 nya madu harus sentiasa ada dirumah.. heheee.. bkn madu yg lg satu tu.. haha..
    www.hannyproperty.com
    layari web tu nnti ada no fon saya

    BalasPadam
  64. Salam... saya guna madu asli dari Darfur, Sudan. Cara mereka ambil madu pun berbeza. Iaitu mereka mengambil terus sarang lebah, memotong sedikit, sangkut dan kemudian membiarkan madu tersebut keluar sendiri terus ke dalam bekas. Prosesnya pun agak lama kerana menunggu sehingga habis madu keluar. Kata orang-orang Darfur, madu tidak bole dipegang, jika pegang madu akan rosak. Semasa saya bertugas di sana, saya hanya sempat membawa pulang dlm 3 liter madu.

    Saya sudah cuba petua campuran madu dan kayu manis. Memang berkesan untuk saya iaitu pernafasan lebih lancar dan kurang semput jika berlari, naik tangga atau berjoging.

    BalasPadam
  65. Madu asli tk hurung semut?itu fakta auta...

    BalasPadam
  66. Semua cerita ttg madu shj...x ada cerita ttg kayu manis?kayu manis ada 2 jenis klu tersilap ambil serbuk kayu manis boleh menyebabkan kerosakkan pada hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. ada 2 jenis. Ada bahan aktif yg tinggi dlm slah 1 jenis kayu manis

      Padam
  67. @ MZ: Waalaikumussalam wbt.

    Terima kasih atas perkongsian tuan. :)


    @ abu bakar: Masa kecil dulu, boleh kata hampir semua orang tua kata macam itu bila saya tanya macam mana nak pastikan sama ada madu tu asli atau tak.

    Sekarang, barulah saya tahu ia bukanlah cara sebenar untuk membuktikan keaslian sesuatu madu.


    @ Tanpa Nama: Ia adalah berkenaan campuran madu dan kayu manis.

    Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan.

    BalasPadam
  68. Sy pakai serbuk kayu manis campur dgn air biasa buat seperti bedak sejuk. Bagaimana khasiatnya pula.

    BalasPadam
  69. Ayah saya beli madu asli daripada Indonesia, memang tak dihurung semut pun sedangkan makanan sebelah menyebelah dah bersemut..

    Then pasal kayu manis.. belilah kayu manis ceylon ianya asli daripada Sri Lanka. Tapi harganya lebih mahal, cuma demi kesihatan apa salahnya melabur. Kandungan coumarin yang rendah sesuai untuk diconsume setiap hari.

    BalasPadam
  70. Madu asli dapatkan dari kedai Arab

    BalasPadam
  71. mana nak dapatkan kayu manis ceylon di KL?

    BalasPadam
  72. Bnyak info menarik. Tk.Siapa ada info mana nk dptkn kulit kayu manis dari ceylond di kwasan shah alam/klang? Thanks

    BalasPadam
  73. Bnyak info menarik. Tk.Siapa ada info mana nk dptkn kulit kayu manis dari ceylond di kwasan shah alam/klang? Thanks

    BalasPadam
  74. Petua untuk tahu original atau tak. Simpan madu didalam peti sejuk semalaman. Xakan beku. Dan xakan ada benda yg mengeras Kat dalam botol tu. Even letak dalam freezer skalipun.
    Sharing is caring. :)

    BalasPadam
  75. Madu asli pasti isteri tak suka

    BalasPadam